Hello Kitty Bank

be my inspiration!

Blogger Widgets

Giveaway Sugarscarf by zeeralily




Seperti yang dijanjikan juga, here there goes... Second giveaway by zeera lily



SYARAT PENYERTAAN

1) Mestilah follow blog ini telebih dulu

2) Follow Instagram @zeeralily cari gambar ini dan tag rakan anda

3) Like Facebook :



4) Buat 1 entry bertajuk 'Giveaway Sugarscarf by zeeralily'

5) Copy banner diatas & back link pada entry ini

6) Dalam entry tu, copy semua info dalam entry ini

7) Lastly, tinggalkan link penyertaan pada comment entry ini



HADIAH UTAMA

Sugarscarf Lana Basic Premium Shawl - Lana Ash Pink
Hope By Sugarscarf - Hope Kate Ribbon Red



SAGUHATI
Skin Care Product 

Bagi berlaku adil, Pemenang akan dipilih secara Top Referral & Lucky Draw

Wish u all the best!

B'belle Instant Shawl Pre-order


السلام عليكوم 


berita baik nak habaq
kejap lagi BellaAmmara nak restock #no1 instant shawl yg laku laris hari tu
jadi, untuk menggelakkan korang menangis dikemudian hari, baik whatsapp order lelaju sekarang �� 0133759510

instant shawl yang super duper senang nak pakai.. tak panas, tak rimas tapi kemas dan terletak je bila guna.. so, ini teaser warna-warna menarik yang bakal menanti anda... so, dah habis fikir nak order yang mana?


material : super high quality korean chiffon yang ringan dan tak panas

shawl biasa 'beluxe shawl' pun admin dah tersuka tanpa sengaja.. ini kan pula instant shawl yang senang pakai sekacang abc.. admin rasa nak beli semua warna.. korang pula macam mana? mesti seronok nak cantik-cantik masa raya nanti kan? ok bai.. nk kumpul order dari kesayangan semua.. kalau dah sold out jangan nak merayu menangis tepi bucu tengok orang selfie




Bella Ammara

UNTUK YANG BELUM TAHU
BOLEH FOLLOW INSTAGRAM BELLAAMMARA
BOLEH LIKE PAGE DI FACEBOOK BELLAMMARA


Most awaited collection from Bella Ammara - B'Belle Instant Shawl.
Bakal menemui anda dalam masa terdekat ini dengan warna-warna baru besertakan kotak esklusif. #BBelleInstantShawl #InstantShawl #2016No1InstantShawl #WEBA2016 

December lepas, dalam sejarah Bella Ammara 5,000 pcs B'Belle Instant Shawl sold out dalam masa 48 jam sahaja. Anda rasa anda mampu milikinya kali ini dan berpeluang memenangi RM100,000 cash dan berpeluang mengikat kontrak CEO bersama Bella Ammara Holdings yang dibimbing khas oleh big boss kami @khalifsamsudin? Nantikan bersama �� - BellaAmmara



koleksi lama tahun 2015 yang laris habis
dan akan RESTOK dalam masa terdekat ini

B'Belle #InstantShawl dari Bella Ammara merupakan 'first edition' instant shawl dari kami yang diperbuat khas menggunakan super high quality imported Korean Shiffon dan dihiasi indah dengan BA plate berwarna emas. 
                             

didatangkan dengan kotak yang sangat istimewa lagi ekslusif



          saya adalah orang yang paling tak sabar nak tunggu siapa nak kirim boleh pm or whatsapp 

0133759510

nak tengok antara koleksi dari shawl dari BellaAmmara? Stalk my Instagram





Hello Kitty Gourmet Cafe Review

If u are at the Sunway Pyramis Shopping Centre. Coach outlet area. There is a exit door to the outside lane (Orange Area).. get into that line and turn to the right, you will see the big signage of the cute Hello Kitty faces welcoming to you.

Before you enter,

The staff will ask you: would you like to have lunch or dessert? (cake and tea).

 For lunch, they will lead you to the upper level. 

We choose to have just dessert, so we are seated at the corner end sofa area on the ground floor

kerusi dia.. comel betul.. cushion cam ni mana nak beli ye? rasa kat ike tak de jual.. ade budak taknak duduk diam pula.. geramnya mi mi.. agaknya dia pun geram dengan cafe yang comel ni..

hello kitty decorative cake 

for dessert, cuba la nak makan benda alah yang dipanggil 'smoke salmon' ni.. comel dah decorative dia.. bentuk ribbon.. tapi tak sangka gini rupanya.. sayur potong dadu guna slap chop aganya pastu salmon tu polong slice halus sikit and gulung-gulung jadi rupa bunga.. alahh... serupo maknan kucing dah (icon pfftt)


zoom ciked kasi clear

the rest.. tengok gamber je ye.. sebab tempat ni memang sesuai untuk kaki selfie


Cake & Coffee (Downstair) view :










Dining (Upstair) view :




Till we come again!

semua tiru Be Like Bill

hahaha
kali ni sawan 'be like bill' dah merebak
memviral katanya
cuma banyak edisi
rashid la... rashidah.. shasha..
semua nak fames
nak up
nak tunjuk bagus juga
muahaha
diri sendiri tak terkecuali
sampai main vonvon aps kat facebook


just for fun
try je la korang semua 
tak kena bayar pun 

2016 is coming







salam tahun baru


eh eh dia ni dah masuk setengah bulan baru nak up story..
nampak tak? nampak tak?
betapa belog ni banyak dipinggirkan hanya lebih kepada facebook juga instagram


haaa bukan batak like mahupun komen tapi publish kat sana lebih mudah dan cepat boleh dapat feedback..
ye la ada apps kan.. download dah siap-siap login, tinggal clik scroll scrol je..
kalau rajin boleh komen seketul dua agak malas sedekah like satu kali pun ok..
belog ni kena search la tunggu load la tu yang buat tak sabar..
lagipun sekarang kan zaman serba maju dan pantas..
tapi berharap juga belog tak lupus dizaman..
sebab belog la tempat yang mampu nak berceloteh panjang lebar sambil bubuh gambar sebanyak-banyaknya..


ok, cakap pasal tahun baru..
belum set lagi specific azam or target yang kite nak...
setakat ni cukup makan pakai rehat tido sihat syukur Alhamdulillah..
cuma tahun ni rasa cam nak berbisness lagi untuk tambah pendapatan sendiri..
maklumlah kos sara hidup makin mencanak, elaun cola tak naik tapi cost of living manaik pula..
tak perlu la nak up lagi isu-isu pentadbiran negara ni.. semua orang dah tau.. semua orang dah baca paper..
even kalau tak buka paper sekalipun newsfeed korang confirm banyak orang share.. 


cerita pasal cost of living,
orang selangor patut berbangga at the moment sebab banyak kemudahan tersedia dan part yang ni nanti sy ulas lanjut dan panjang lebar ya...


tahun ni nak buat giveaway...
kira hadiah untuk korang yang bertuah la ye.. tunggu je update


harapan ditahun yang mendatang ini, hidup sy sekeluarga lebih bahagia dan dirahmati allah swt.
sekian pembuka bicara ditahun baru.. assalamualaikum

Balloon Carnival Klang Parade

Wooohooo! Join us at the Balloon Carnival located at the main court of Klang Parade! All you need to do is spend RM15 or more in a single receipt then you will be entitled for 1 FREE entrance! or for only enterance it cost RM12 per person.. What are you waiting for? Head over to Klang Parade now!  #klangparade #ballooncarnival







Adab Mandikan Bayi Baru Lahir

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Share kepada semua , biar semua tahu....



Homade banana crepe untuk si manja

sementara public holiday
sementara mereput kat rumah
sementara tak keluar merayap
sementara hari hujan
sementara perut lapar
sementara si kecik ni minta kudap-kudap
sementara ada tepung, pisang, choclate
sementara mood anak baik nak main sendiri

datang mood nak masak.. so buat je la..
step ikut dalam gambar one by one

resipi: search "resipi lempeng"












tadaa....


sedap dimakan panas-panas.. baby? tunggu sejuk sket baru bagi dia ��

Tips diet

salam. tetiba terasa jadi macam expertise on the health and life style. here i just wanna share about dietry tips opsss dont get me wrong bukan entry untuk jadi kurus sebab i ouls sendiri pun tak tau berat diri sndiri berapa.. setiap kali timbang mesti keluar figure yang berlainan.. adakah pembawakkan saka juga mempengaruhi? huh, stress rasa.. nak measure BMI sendiri pun susah ��


iya kengkawan slalu tanya macam mana maintain badan lepas beranak.. tak gem gem pun.. hurmm.. susah nak menjawab sebab sendiri pun tak pasti macam mana jadi macam ni.. faktor keturunan? mungkin juga.. sebab mak pun halus je macam paris hilton cuma tak tinggi je.. faktor breastfeeding? tu pun salah satu faktor juga.. nanti i ouls share kebaikan breastfeeding kat next entry okay.. faktor pemakanan?  juga betul sebab i ouls adalah hantu nasi dan boleh makan berpinggan-pinggan pada siang hari.. cume dalam diet pemakanan i ouls tak suka makanan yg berlemak berkuah santan bermiyak dan yang seangkatan atau related dengan kolestrol.. 

nah sikit gambaran diet yang berkesan.. amalkan selalu inshaallah kurus.. klu tak kurus pun at least BMI boleh jadi ideal.. or masaalah-masaalah kesihatan yg lain tak tercapai 


3 waktu makan bukan 6 waktu seperti yang tersedia dalam kursus-kursus di jabatan kerajaan.. hampeh tol.. ni sebab tak suka pergi kursus selalu.. banyak slot pengisian makanan makan dan makan

kalau tengok breaskfast ni benda WAJIB. pernah dengar dont skip breakfast! dari breakfast ni lah akan ada tenaga yg akan digunakan sepanjang hari.. tak perlu risau kalau amik heavy breakfast sekalipun make sure your whole day tu dah dibanyakkan dengan aktivity untuk burn kalories dan use of energy. dalam islam sendiri menggalakkan kita untuk bangun sahur.. so this is the one of kifiatnya la.. bila bangun sahur automatik rasa bertenaga dan lebih cergas. this how beauty of islam. anything happen for reasons.

for dinner pun sama.. untuk apa penuhkan perut hanya untuk tidur? take meal secukupnya.. kalau terlalu kenyang pun tak bagus..tidur tak perlukan banyak energy.. it turns to fat je.. paling bagus, sebelum tidur minum plain water... 

serba sikit je nak bebel.. selain tu i ouls amalkan chia seed dlm meal.. baca ni (link) kalau nak tau banyak pasal kebaikan dia.. bila usia dah makin bertambah baru datang kesedaran psl health ni... kalau tak dulu duk bantai cool blog ice blend tanpa had dan tanpa rasa guilty..

korang cubalah tips ni..
kalau berkesan bgtw kat kawan lain-lain kalau tak berkesan bagitau kita.. plsss..


Belum nak closing lagi


baru dapat kesedaran yg bulan november langsung tak post satu entry pun.. sebelum sawang blog ni menebal, baik post seketul entry sket..  maap la.. i ouls baru ditukarkan ke jabatan baru (yahoo... yahoo..) yang lebih aman dan masyuk �� hahaha.. jadi kena belajar banyak benda baru dulu..

tapi masuk ofis baru.. pc, line telefon printer nan hado lagi.. hatta meja kerusi guna untuk pantry punya.. how sadiss it is.. tapi tak pe mujur kerja tak sebeban datang.. masih boleh bertenang dan berangan pikirkan masa hadapan lagi.. eceehh.. 

nak harapkan blogging kat rumah.. memang tak la.. sebab si little helper sentiasa on duty... baik hemak duduk diam diam layan dia main.. kalau tak semua kerja hemak dia nak tolong.. tu belum ajak keluar berjalan.. ajak nak motor or kereta (vroom.. vromm).. masa dah banyak habis tengok keleteh si kecik ni.. penat tapi seronok.. 

tu belum hal kerja rumah.., kalau tak dibuat maka kekal lah ia begitu hingga kehari kiamat.. teruk betul perumpamaan ni dah kenapa?? 

dengan ini, bila mengadap anak segala mala gadget memang perlu disimpan sentiasa.. masa dengan anak kena jadi anti-social media jap.. make it quality family time.. tak rugi pun.. perghhh kau baru anak sorang da poyo ayat.. ok la sambung tulis entry lain masa.. okay bai



Happy Birthday to Me - Pocobox

sesampai je budak comel ni tak nak duduk diam.. tak nak duduk dengan mimi.. tak nak riba atas mimi.. dengan ayah pun tak nak.. nenek pun tak nak... semua tak nak.. dia teruja sangat dengan decoration baloon tu.. dia nak main... huuwaaa.. stress mimi sekejap. nak ajak dia duduk makan, bergambar dia tau mahu.. errghhh.. dia nk turun.. nak baloon nak buat main jalan sana sini melihat kawasan.. duhailah anak.. mujur budak berdua ni dah makan and susu siap-siap kat rumah.. so, sampai sini tak ingat nak makan dah.. nak main je.. dia ingat mimi bawa pergi playroom agaknya.. kalau tak, kebiasaannya fries tu selalu jadi satu menu yang tak boleh nak tinggal..
kenapa suwit sangat pilihan hati kanda?? tetiba meleleh sekali lagi air mata dalam hati.. 
lama mengidam nak kek aiskrim.. terharu

oh sebelum tu lupa nak cakap.. sempena hari tua ni.. kita belanja mak ayah and adik-adik makan tapi ayah tak nak join.. dia kepenatan agaknya.. and adik lelaki lagi sorang pun tak join sebab kerja.. pilih cafe ni sebab dekat dengan rumah.. tak de lah nak bawa budak-budak kecik keluar jalan jauh-jauh.. lagi pun esok pagi nak kerja... hurmmm... western food kita malam ni..

antara best menu or top sale item disini is lamb chop..
grilled chicken..  semua serve with fries, coleslaw and gravy yang tersendiri... 
meatballs.. simple je menu but nice..
tapi tak dapat nak komen jujur tentang food ni sebab i tak makan pun.. baru sesuap bangun duduk bangun duduk bangun duduk bangun duduk bangun duduk tengok-tengokkan budak kecik dua orang ni.. takut-takut dia kacau orang lain tengah makan.. takut dia buat bising.. sekejap main belon tarik belon.. baling sana sini.. tarik kerusi.. tolak stroller adik baby.. kejap duduk atas lantai.. huwaaa.. party paling havoc and hectic pernah kurasa seumur hidup ini.. tak pe.. asal anak-anak gembira..

pastu tetiba senyap.. mengemas rupanya...
stacking up lego malas nak buat.. so project mereka berdua.. mengemas tonggeng terbalik box tu.. 
dan lagi... si naufal (baju kuning) sambil mengemas bersama anaqi sambil tak lepas belon tu dari tangan dia.. takut ada budak lain ambil la tu.. haha.. sudahnya kat rumah pun bergaduh dengan acu dia jugak sebab berebut belon.. hallah...
huarrggghhh sampai mengantuk adik puteri tapi dia tak mau duduk dalam stroller.. dia nak juga tengok abang-abang main... mak-mak kalau ada anak kecik mesti tak feeling nak makan.. biase lah tu.. i is redho, so tak banyak la melantak
tangkap jugak anaqi sebab mimi nak amik gambar potong kek sesama.. nampak muka tak rela dia tu..
takpe-takpe.. nanti mimi taknak bagi cucu.. taknak gambar dengan mimi yer... takpe...
nanak nanak nanak... (bahasa anaqi)
cantik and kreatif sangat decoration cafe ni.. tak sempat nak review semua part sebab tak dapat kerjasama dari anaqi.. 
i is busy menjaga beliau.. tak pe korang boleh ushar Intagram cafe ni.. search : Pocobox



why choose POCOBOX?
  •  harga makanan amat berpatutan
  •  servis sangat baik
  •  children friendly type cafe
  •  toilet & surau tersedia
  •  quiet & privacy environment (except malam tadi.. anaqi & naufal berparty sakan.. bising)
  •  outdoor sitting pun ada.. sesuai untuk smoker
  • for reservation, nak celebrate apa-apa event sekalipun kena booking dulu boleh request untuk deco


video
boleh ke makan dengan aman bersama minions? tapi kenyang tengok gelagat mereka

- Love, XoXo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank