Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

World War Z review

World War Z ( Z for zombie i guess)


terbaca review kt blog diorang kata cerita nih best.. hah dan2 tu jugak balik keje terus beli tiket,
nk tgk juga malam tu.. (so.. we are rocking the night!) zoomba!

Hero Filem of the Day.. introducing my ex - Brad Pitt yg dah tua & tak hensem.. ohoo dulu bukan main ko mimpi2 kn dia ye.. skg x pulak kan.. dasar manusia.. hahaha..


muka masa muda2.. hensem gila kn? menjadi kegilaan ramai.. sejak2 makin berumo dah berstatus anak ramai ni, saham dikalangan aweks makin menjunam.. muahahaha..
Review (copy paste je, malas nk pikir ayat) : 

Filem yang berjudul World War Z adalah sebuah karya adaptasi dari novel yang sangat-sangat berbaloi untuk ditonton. World War Z versi layar perak ini diarahkan oleh Marc Foster, orang yang sama mengarahkan filem James Bond : Quantum of Solace dan ternyata hasil kerjanya tidak mengecewakan.

Ramai yang bersetuju bahawa untuk mengangkat penulisan novel ke bentuk layar perak bukanlah perkara mudah. Namun begitu, Marc Foster bersama pelakon hebat seperti Brad Pitt dan penulis skripnya berjaya menjadikan World War Z sebuah filem wajib tonton tahun 2013.

Secara umumnya, WWZ menceritakan tentang seorang bekas pekerja di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bernama Gerry Lane (Brad Pitt) yang terpilih untuk menyertai misi menyelamat ketika satu wabak berjangkit menyerang dunia.

Kisah penuh debaran ini bermula dengan babak kekalutan apabila sekumpulan spesis manusia yang dijangkiti wabak itu menyerang bandar Philadelphia (teringat cream chesse utk buat red velvet cake fevourite ai tu, nama diambil sempena bandar ini kot) 
Dalam suasana kelam kabut, Gerry mencari jalan penyelesaian untuk membawa keluarganya ke tempat selamat yang jauh daripada ancaman itu.
Gerry akhirnya dibantu oleh kenalannya di PBB dan menemui tempat berteduh di tengah-tengah laut dalam sebuah kapal penyelamat. Unfortunately this is not for free! Dia diarahkan untuk menyertai misi menyelamat atau lebih tepat lagi mencari penawar kepada wabak itu. Ini bermakna dia harus meninggalkan isteri dan anak-anaknya disaat mereka memerlukannya
WORLD WAR Z
Akur dengan arahan diberikan, Gerry mengembara dari New Jersey ke Korea Selatan, Israel dan Wales semata-mata untuk mencari punca dan penyelesaian kepada wabak yang mengubah manusia menjadi makhluk ganas.
Sepanjang pengembaraan, Gerry berdepan dengan pelbagai masalah dan ancaman serangan yang lebih teruk. Lebih malang lagi, satu-satunya doktor yang mampu mencari penawar wabak itu terbunuh di dalam salah satu serangan (kena serang ngan zombie & mendiangnya telah menjadi zombie juga kot)
Konflik berterusan apabila isteri dan anak-anak Gerry dipindahkan ke sebuah kem pelarian yang lain kerana pihak kerajaan menganggap Gerry telah mati apabila mereka tidak mendengar khabar berita darinya selepas beberapa hari.
WORLD WAR Z
Mampukah Gerry Lane mendapatkan penawar yang diperlukan oleh seluruh dunia sedangkan dia sendiri tidak mempunyai latar belakang doktor? Persoalan lain, mampukah Gerry pulang ke pangkuan keluarganya dengan selamat? Segala-galanya akan terjawab bila anda menonton filem ini nanti.
Secara jujurnya, filem ini memang terbaik kerana berjaya mewujudkan perasaan gementar dan mengekalkan suasana penuh debaran sepanjang tayangan selama dua jam.
WWZ membuatkan penonton berasa seolah-olah mereka berada di dalam permainan video. Setiap minit yang berlalu adalah berisiko kerana tak siapa pun tahu apa yang bakal dihadapi. Malah, karakter zombie yang ganas dan menakutkan menambahkan lagi rasa gemuruh para penonton.
Penonton juga pastinya akan terhibur dengan lakonan mantap yang diberikan oleh Brad Pitt. Walaupun usia pelakon senior itu sudah lanjut namun prestasinya ketika melakonkan aksi berlawan patut diberikan pujian.
Pemilihan Brad Pitt sebagai watak utama juga adalah satu tindakan yang bijak. Kematangan dan faktor usia Brad Pitt seakan sesuai dengan karakter Gerry Lane yang sudah berkeluarga dan mempunyai banyak pengalaman dalam menghadapi krisis.

kena tgk sendiri cerita ni baru feeling. scene zombie menyerang Israil melalui tembok pemisah Israil & Palestin diolah cerita menjadi benteng pertahanan dr zombie.. lawaks ok..
Secara keseluruhannya, jalan cerita filem ini agak jelas dan setiap jawapan kepada persoalan utama berkenaan pencarian penawar itu berjaya dirungkai satu persatu dengan sempurna.
bayangkan ai menatap muka zombie ni sampi ke jam 12 tgh malam.. kejap2 dia ngamuk.. kejap2 dia menjerit.. kejap2 dia mengganas.. kejap2 dia main cilup baa.. cilup baa.. hish..tgk rupa pun dah menggerunkan.. nasib baik balik boleh tido dengan tenang dan x termimpi2 zombie.. senghal..

10 comments:

  1. zombie. hihi

    dulu brat pitt mmg enseng

    skrg dah tak kan :p

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, sheila belum tengok lagi! huwaaaaaa best ek? nak ajak abang tengok lah :P

    ReplyDelete
  3. muda2 hemsm..tua2 comel hee..cam best je cite ni..:)

    ReplyDelete
  4. Best citer ni!! Tapi banyak jumpscare! Tgk kat wayang dah la sejuk mengantuk jadinye pastu terkejut punye pasal terus tak ngantok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. standard la tu cite seram..hee.. i pun x mengatuk tgk cite ni even dah nk dekat tengah malam..hee

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank