Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Langkawi Day 1

entry yang sepatutnya update pada bulan 1 (2014)

Chapter 1

bersempena tahun melawat Malaysia 2014, kami buka tahun baru ini dengan cuti-cuti malaysia dan destinasi pilihan adalah Langkawi.. weee.. seronok bak hang, seawal 2 Januari.. masuk je tahun baru terus bercuti. dan kali ni percutian seramai 8 org ahli yang terdiri dari sepupu sepapat sendri. lepas ni memang dah plan siap-siap, dalam setahun mesti ada pergi bercuti. wajib, aktiviti tahunan tu.. mihihi

percutian 4 hari 3 malam gerak naik flight malam, sesampai terus tido dan keesokkan harinya bermulalah aktiviti.. oh, by the way kami semua x menginap di hotel, kitrong sewa homestay pergi langkawi kos penginap + kenderaan + makan minum (self made, senang kata masak sendiri budget RM200 seorang, jimat & murah kan? tapi kos shopping, souvenier & ticket flight x masuk ye)

untuk perjalanan jarak jauh memang kami semua sepakat nak naik flight disamping menjimatkan masa, kos dan tenaga.. hee.. masa cuma dlm setengah ke sejam je dari kuala lumpur, kos lebih murah berbanding harga minyak petrol yg mencanak naik zaman sekarang ni.. ditambah pula dengan tol dan kenderaan. tenaga? iye dapat dijimatkan hanya tunggu di airport, duduk dalam sejam paling lama tau tau je dah sampai langkawi dengan hati girang.. ye, percutian yang amat bermakna.

oleh kerana keesokkan harinya jatuh pada hari jumaat, maka kami 
mulakan aktiviti selepas solat jumaat dengan masa yang agak terhad. destinasi pertama adalah melawat Makam Mahsuri 

sedikit sejarah mengenai mahsuri (versi copy paste)

Mahsuri adalah anak perempuan kepada pendatang Siam yang beragama Islam. Beliau telah dituduh melakukan perbuatan sumbang oleh ibu mertuanya sendiri disebabkan oleh kecantikan serta penghormatan yang dimiliki oleh Mahsuri. Akibatnya Mahsuri dihukum dengan hukuman mati. Pada hari hukuman, keris keramat kepunyaan keluarganya sendiri digunakan untuk membunuhnya. Namun begitu terdapat satu perkara aneh berlaku dimana darah yang keluar dari badan Mahsuri berwarna putih yang membuktikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah fitnah semata-mata. Disaat-saat akhir kematiannya, Mahsuri telah bersumpah bahawa Langkawi akan menjadi kawasan yang mundur selama tujuh keturunan.Kebenaran sumpah itu telah terbukti apabila Langkawi telah diserang oleh tentera Siam dan semua bekalan makanan dan tanaman telah dimusnahkan. Antara kebenaran lagenda atau terbuktinya sumpahan itu, Langkawi hanya mula berkembang maju sekali lagi setelah tujuh keturunan dalam kepayahan.

di depan pintu masuk Makam Mahsuri

Makam tempat bersemadinya mayat Mahsuri

pementasan kisah Mahsuri, show ni sentiasa ada kalau korang berkesampatan boleh tengok lakonan semula kisah mahsuri.. ala-ala tengok live teater gittew.. So baru la kami paham kisah Mahsuri dari awal hingga ke akhirnya yg tragis...

telaga mahsuri - kengkonon air dari telaga ni mampu membuatkan anda cantik seperti mahsuri

rumah traditional yg ada... sangat klasik

 next, acah acah beli souvenier utk org-org kampung.. haha.. beli minyak gamat, jeli gamat & yg sewaktu dengan nya.. menurut tuan kedai gamat ni banyak kebaikan dan khasiat seperti penyembuhan luka atau rawatan penyakit-penyakit kulit.. lain-lain khasiat, sila google ye..

cm bangga je posing depan kedai ni.. ye la kt selangor mana ade benda nih.. mihihi,,,

antara produk-produk keluaran syarikat gamat Gemilang.. 


lepas tu kite gerak ke tempat lain pulak, ini adalah trademark negeri kedah (padi) menarik mata memandang pada kehijaun alam ciptaan Allah, subhanallah indah nya...
feeling ala-ala tengah buat video klip lagu 'orang kampung' 
kalau tadi padi, sekarang laut pulak.. ini pekampungan nelayan, nampak banyak bot-bot untuk tangkapan hasil laut, sangat aman damai tinggal di kampung.. seronok sangat..
belanja sikit gambar berjemaah

oleh kerana tak tahan tengok keindahan laut, akhirnya  kitorang cari tempat yg berdekatan untuk bermandi manda pula, lupa pulak ape nama tempat mandi ni, seronok mandi laut ni.. cuma yg x seronoknya dia x provide proper tempat mandi & besalin pakaian.. hentam je la.. balik umah kang mandi balik..
 to be continue on chapter 2, & 3

love, xoxo

Tudung by : Bawal Aidijuma White Label Fun Flower 

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank