Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Resipi Roti Sarang Lebah

salam all.. ni amik dr fb kawan.. sy sendiri belum berkesempatan untuk mencuba.. al maklumlah masa amat dicemburui oleh anak.. memang tengah in roti sarang lebah sekarang ni.. bg yg ada masa dan telah mencuba nnt share komen korang kt sini ye.. tenkiu

tunggu update resipi penuh dr sy ye.. buat masa ni cuci mata dulu tengok pic, sumber ihsan dan copypaste dr fb kawan .. thank you so much sis for info yg amat berguna 
 roti yang sangat lembut dan gebu ditambah pula dgn butterscotch sauce nya dan taburan kacang bijak, almond flakes dan kuaci.. nak cuba? ni hah resepi dia.. resipi versi COPYPASTE ye ni.. hahaha.. ak pun x pernah try rasa roti ni.. cuba resipi jauh sekali..

DOH

2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam 
Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.

2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. 

3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.

4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. 
INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.

5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.

6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya

7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. 

8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.

9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).

10. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.

11. Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:- 

1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi-bahagi doh kecik-kecik.

2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.

3) Make sure oven benar-benar panas supaya ia lembut bak cotton.

4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras

5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas-kemas.

BUTTERSCOTCH SAUCE

1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.

2. Tuangkan whipping cream perlahan-lahan sambil mengacaunya.

3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTE:- 

Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. 
Berhati-hati, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .

p/s: kalau blur sangat sila rujuk gambar ye.. kikiki


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank