Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Langkawi Day 2

Chapter 2

continue from chapter 1 - hari kedua di pulau langkawi, kita mula dengan aktiviti mandi sungai... ahhaha.. bunyi dia mcm kau baru bangun pagi tak mandi kan? terus keluar mandi kt sungai, mcm tu punye orang pun ada ker? sebenarnya kitorg nak menikmati  kesegaran pagi dan keindahan alam semulajadi, seronok tau rasa dingin air dipagi hari, sejuk & nyaman je rasa..

harus lah mendaki sejauh ini... bayangkan ai sanggup naik setinggi ni walaupun letih sangat kaki

pandangan dari atas ke bawah.. tinggi dan curam kn? haa.. kenapalah aku sanggup??
baby bump 20++ week (tau dek org tua.. mampuih)

subhanallah, air terjun ni sangat cantik.. zeera bagi 10 bintang

aksi bebudak jakun mandi..

aksi paling hebatlah konon...

yg gegirl pose aksi ayu jer.. 

_________________________________________________________________________________

lepas puas bermandi manda, kite naik cable car pulak, tempat wajib melawat di langkawi, cable car terletak di Oriental Village sila ingat nama tempat ini ye kawan-kawan agar tidak mengagau cari mana lah tempat nya cable car ni.. btw, area parking dia ada 1 gerai jual rojak yg amat sedap.. sila cuba yer...

day-2 diwajibkan memakai uniform.. ready made beli kat langkawi jugak.. smart hape sedondon gittew

sampi je, beli tiket, beratur & naik kabel car.. pastu dia akan berhenti satu tempat ni.. khas untuk ambil gambar atau cuci mata melihat pemandangan keliling..

pandangan sekeliling

masa menunggu untuk pulang

next, tetiba teringat cruise! salah sorang dari kami ni adalah fan Aaron Aziz teringat babak dlm cerita Haris & Izzah duk posing atas cruise ni.. so, feeling ala-ala dalam filem lah nih




________________________________________________________________________________

aktiviti kemuncak kami adalah island hoping, ikutkan jadual dalam 3 jam je.. tp abg yg bw boat tu baik hati dia ronda dan jelajah satu pulau sesuka hati sampi nak senja dia layan kerenah kitorng, bg talk & info yg macam-macam dan menarik kt pulau langkawi.. nak tau korang kena pergi sendiri & rasai pengalamannya..

sangat bertuah hari tu sebab dapat jumpa dengan cik obor-obor 


pengalaman pertama menyusuri gua.. 

feeding the animal - haiwan jemputan masa tu adalah monkey.. terkejut beruk kitorng masa tu bila dia dtg terjun masuk dlm bot kitorang dan curi makanan.. bebudak ni ape lagi, terjerit-jerit la minta bantuan..  nasib tak de yang menggelupur terjun masuk air.. hahaha.. 
feeding the eagles
menikmati pemandangan.. me?? ok, tido lagi baik.. letih kau.. 
tapi memanag terbaik ambik angin disini... aman dan nyaman aje.. hahaha

_______________________________________________________________________________

seterusnya kami dibawa ke perkampungan nelayan.. boleh tengok sendiri hasil ternakan hidupan laut
 Restoran atas air.. see?? kt belakang tu...


kitorang dibawa untuk tengok bermacam-macam jenis ikan dan hidupan laut.. mujur takde satu pun yang aku mengidam.. tak jenuh nak order makan kat situ jugak.. ini namanya belangkas
 ikan  terbesar & tua dalam kolam ni


kengkonon bagi ikan keli makan


setelah habis meronda sampi ke malam, semua kepenatan & kelaparan, maka berpesta seafood lah kami semua disini... masakan diorang sedap.. ni empat bintang pulak sy bg...

oleh kerana habis tour tu senja, maka malam lah kami sampai ke darat... haha.. terus pegi ke Dataran Lang, gambar wajib or trademark kalau ke langkawi.. eheheh.. macam gambar kelas

last story on chapter 3

Langkawi Day 1

entry yang sepatutnya update pada bulan 1 (2014)

Chapter 1

bersempena tahun melawat Malaysia 2014, kami buka tahun baru ini dengan cuti-cuti malaysia dan destinasi pilihan adalah Langkawi.. weee.. seronok bak hang, seawal 2 Januari.. masuk je tahun baru terus bercuti. dan kali ni percutian seramai 8 org ahli yang terdiri dari sepupu sepapat sendri. lepas ni memang dah plan siap-siap, dalam setahun mesti ada pergi bercuti. wajib, aktiviti tahunan tu.. mihihi

percutian 4 hari 3 malam gerak naik flight malam, sesampai terus tido dan keesokkan harinya bermulalah aktiviti.. oh, by the way kami semua x menginap di hotel, kitrong sewa homestay pergi langkawi kos penginap + kenderaan + makan minum (self made, senang kata masak sendiri budget RM200 seorang, jimat & murah kan? tapi kos shopping, souvenier & ticket flight x masuk ye)

untuk perjalanan jarak jauh memang kami semua sepakat nak naik flight disamping menjimatkan masa, kos dan tenaga.. hee.. masa cuma dlm setengah ke sejam je dari kuala lumpur, kos lebih murah berbanding harga minyak petrol yg mencanak naik zaman sekarang ni.. ditambah pula dengan tol dan kenderaan. tenaga? iye dapat dijimatkan hanya tunggu di airport, duduk dalam sejam paling lama tau tau je dah sampai langkawi dengan hati girang.. ye, percutian yang amat bermakna.

oleh kerana keesokkan harinya jatuh pada hari jumaat, maka kami 
mulakan aktiviti selepas solat jumaat dengan masa yang agak terhad. destinasi pertama adalah melawat Makam Mahsuri 

sedikit sejarah mengenai mahsuri (versi copy paste)

Mahsuri adalah anak perempuan kepada pendatang Siam yang beragama Islam. Beliau telah dituduh melakukan perbuatan sumbang oleh ibu mertuanya sendiri disebabkan oleh kecantikan serta penghormatan yang dimiliki oleh Mahsuri. Akibatnya Mahsuri dihukum dengan hukuman mati. Pada hari hukuman, keris keramat kepunyaan keluarganya sendiri digunakan untuk membunuhnya. Namun begitu terdapat satu perkara aneh berlaku dimana darah yang keluar dari badan Mahsuri berwarna putih yang membuktikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah fitnah semata-mata. Disaat-saat akhir kematiannya, Mahsuri telah bersumpah bahawa Langkawi akan menjadi kawasan yang mundur selama tujuh keturunan.Kebenaran sumpah itu telah terbukti apabila Langkawi telah diserang oleh tentera Siam dan semua bekalan makanan dan tanaman telah dimusnahkan. Antara kebenaran lagenda atau terbuktinya sumpahan itu, Langkawi hanya mula berkembang maju sekali lagi setelah tujuh keturunan dalam kepayahan.

di depan pintu masuk Makam Mahsuri

Makam tempat bersemadinya mayat Mahsuri

pementasan kisah Mahsuri, show ni sentiasa ada kalau korang berkesampatan boleh tengok lakonan semula kisah mahsuri.. ala-ala tengok live teater gittew.. So baru la kami paham kisah Mahsuri dari awal hingga ke akhirnya yg tragis...

telaga mahsuri - kengkonon air dari telaga ni mampu membuatkan anda cantik seperti mahsuri

rumah traditional yg ada... sangat klasik

 next, acah acah beli souvenier utk org-org kampung.. haha.. beli minyak gamat, jeli gamat & yg sewaktu dengan nya.. menurut tuan kedai gamat ni banyak kebaikan dan khasiat seperti penyembuhan luka atau rawatan penyakit-penyakit kulit.. lain-lain khasiat, sila google ye..

cm bangga je posing depan kedai ni.. ye la kt selangor mana ade benda nih.. mihihi,,,

antara produk-produk keluaran syarikat gamat Gemilang.. 


lepas tu kite gerak ke tempat lain pulak, ini adalah trademark negeri kedah (padi) menarik mata memandang pada kehijaun alam ciptaan Allah, subhanallah indah nya...
feeling ala-ala tengah buat video klip lagu 'orang kampung' 
kalau tadi padi, sekarang laut pulak.. ini pekampungan nelayan, nampak banyak bot-bot untuk tangkapan hasil laut, sangat aman damai tinggal di kampung.. seronok sangat..
belanja sikit gambar berjemaah

oleh kerana tak tahan tengok keindahan laut, akhirnya  kitorang cari tempat yg berdekatan untuk bermandi manda pula, lupa pulak ape nama tempat mandi ni, seronok mandi laut ni.. cuma yg x seronoknya dia x provide proper tempat mandi & besalin pakaian.. hentam je la.. balik umah kang mandi balik..
 to be continue on chapter 2, & 3

love, xoxo

Tudung by : Bawal Aidijuma White Label Fun Flower 

After Day 40

Alhamdulillah, officially passed my confinement period.. yeay..(insert foods icon here)
rasa bersyukur Allah beri keizinan untuk merasai sendiri pengalaman yang amat berharga bg seorang wanita dari tempoh mengandung, besalin, berpantang, menyusukan anak memang tak dapat diungkap dengan kata-kata hows the feeling.. great! haha..

im not gonna story on how my progress of delivery, breastfeeding in public but if any mummy or mummy to be out there wanna get some story or sharing experiences do pm me.. im ok with it.. bukan ape, some people said that its a part of mendedahkan aib sendiri : see this photo below

ada benarnya juga photo repost diatas, we dont even know someone's imagination.. nauzubillahiminzalik, minta dijauhkan la dari perkara-perkara yang tidak baik.. 

Baby? Alhamdulillah membesar dengan baik, kejap lagi nak masuk 2 bulan... hmmm.. rase mcm cepat je masa berlalu, doakan kami sentiasa sihat & dimurahkan rezeki ye,,

#diamond of my soul

penangan cerita korea Doctor Stranger.. Inshaallah menjadi salah satu cita-cita Afeef Anaqi nanti ye... dan semoga menjadi anak yang soleh.. aminnn..

p/s: follow my Instagram for more updates : zeeralily

- Love, XoXo

Giant Bubble @ Setia City Park

oke, baby tgh tido setelah puas menyusu baru ada chance nk update blog yg sekian lama berhabuk & bersawang ni.. x caye? see my archieve sebulan 1 entry je.. paling banyak 2 atau 3.. see? bapak pemalas masa preggy dulu.. ye, memang mood naik menaip kelaut! otak pun kosong je.. Idea x de.. sudahnya masa yang ada dihabiskan dengan merayap, makan dan tido

pernah dengar ke korang giant bubble? sumpah best gile main benda ni.. especially kt park yang banyak angin tu.. haha.. pada yg sudi bace blog ni mesti korang perasan asyik-asyik bergambar kt tempat yang sama je.. dah situ je tempat paling dekat & menarik nak lepak.. situ je la mana lagi..

kali ni hangout ngan adik beradik in law, Elsa & Ella bawak budak kecik ni main kat luar sebab dah boring sangat kt umah katanye.. hehehe.. tp bukan budak kecik (wawa) ni yang main, yang tua yang lebih main..

ni belon sudah meletop.. nampak muka seronok gila main.. over gile

disaat angin bertiup, berterbangan.. si kecik ni jadi pemerhati je.. hehe.. beriya konon kata nak bawa sikecik ni main kat taman.. sudahnya... hurmm...

ok, belon terpanjang yang pernah dihasilkan.. bangga betul..

p/s: taman ni sentiasa ramai orang, especially hari cuti & hari minggu.. 
I is x galakkan kan uolss dtg sebab nnt sesak i x dapat nk main.. hehe.. 

Walimatulurus Ina & Aju

edisi throwback

Selamat Pengantin baru Ina & Aju

ni wedding classmate kite mase kt UiTM Lendu, Melaka dulu

layan gambar & suasana wedding ni je lah.. x de nk kata or komen apa sangat.. semua best!

The Wedding on 13th of April 2014

Held at Dewan Komuniti Bukit Bandaraya, Jalan Medang Tanduk, Kuala Lumpur


 The Guest Book Corner

Dewan dia sangat menarik & sangat sesuai untuk apa jua majlis

see... ada 2 mak buyung main laga-laga perut 

Pelamin angan yang indah kat belakang tu.. jadi prop kami..

photobooth yg sweet gile..


to Ina & Aju :
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma (God bless you both and bless you both)
Wa jamaah baina kuma fee khair. (And get the best collection)

Iklan : please like or follow online shop by Ina - all shawl & tudung with affordable price, sure puas hati




- Love, XoXo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank