Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Begedil Ayam Mudah

ni gara-gara terpengaruh dengan blog dak faten liyana.. balik terus semanagat nk buat..

nah, resipi...

(edisi copy paste dr blog aziejaya)

1/2 kg ubi kentang
200 gm daging ayam kisar
2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat
1 sudu besar bawang goreng
2 tangkai daun sup dihiris halus
1/2 labu bawang besar-di potong dadu
2 biji telur ayam
Garam secukup rasa


Cara cara:

Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat semasa masih panas. Ketepikan dulu.
Sementara itu tumiskan bawang besar dan masukkan daging ayam kisar dan masak sehingga separuh masak.

Satukan kesemua bahan bahan kecuali telur di dalam satu bekas. Ambil sedikit adunan dan kepal kepalkan. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.

Dalam bekas lain, pecahkan telur dan kocak kocakkan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang telah betul betul panas sehingga berwarna keemasan.

Guna api sederhana je. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah begedil tidak pecah, gorengnya pun lawa. Bila dah masak, angkat dan toskan. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.


Nota:

Jika ada lebih, boleh digoreng separuh masak dan dimasukkan ke dalam bekas bertutup sebelum disimpan di dalam freezer. Bila nak makan, dikeluarkan dan goreng seperti biasa.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
presentable tak presentable ke tak??

kite punye begedil agak lembut dan berminyak sikit..

sape tau camne nak kasi keras sikit dan tak terlalu berminyak bila dah goreng sila pm

ibu cakap, kena buh tepung sikit.. kentang rebus jangan kasi lembut sangat.. fine..

4 comments:

  1. my feveret... btl², buh tepung ckit..

    ReplyDelete
  2. betul la yg ibu ckp tu.. tepung banyak sikit.. yg penting buat time kentang betul2 sejuk.. baru la tak makan minyak bila goreng.. sebab Fiza pun selalu buat bergedil nie..http://ourmemoria.blogspot.com/2013/12/resipi-bergedil-soto-resipi-mak.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sis.. awk punya begedil comei2.. nnt nk try tiru resipi awk pulak..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank