Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Welcome home Princess

Ok, cukup empatpuluh hari baru publish

sejarah kelahiran: well, due date 20++ mei 2015 lebih kurang setahun lepas.. sama menunggu masa Anaqi lahir.. kali ni adik sedara dia pulak.. Sehari sebelum lahir.. Daddy, Mummy & Naufal (mini family baby) join Family Day kelab kereta Saga BLM kat Melaka.. masa pergi sabtu pagi.. bertolak dari rumah nenek Meru sebab memang kebetulan lepak kat rumah sini...  pada masa yg sama Maklong (saya la tu) sibuk buat preparation untuk First birthday Anaqi.. untuk hari Ahad nya.. 

pagi ahad lepas subuh.. sibuk semua bersiap masak kemas.. deco meja birthday.. tetiba dapat message dlm group whatsapp family - share location : Hospital Besar Melaka.. semua dah macam tercengang, melopong.. blur.. at last kite call Jery (adik kite).. 

zeera: "weh ko kat mana.. buat apa? sape kat hospital..? sape masuk hospital? ko tengok sape?"
nampak tak soalan bertalu-talu dengan nada gelabahnya.. mujuk tak kena jerit... call bagi salam tidak tetiba bertalu-talu soalan keluar

jery: hospital la ni.. shila da kat labor room.. nak besalin dah
macam selambe je jawab

zeera: dah sakit-sakit ke? bila start sakit? terus nak besalin?
dah macam nurse pulak ak tanya

jery: aah.. pagii tadi pas subuh.. shila cakap sakit perut.. bawa klinik.. cek jalan dah buka..

zeera: ni dah besalin ke? baby ape? pukul brapa besalin?

jery: entah. belum tau lagi

oohoii.. orang laki memang cool

yg mak kita tetiba kabut tapi nampak relax sebab adik beradik dia ada kt umah sekali ni.. dari tadi duk sembang-sembang.. cakap takut terberanak la kat negeri orang sebab dah tunggu hari.. better tak yah la jalan jauh-jauh.. haha.. masin mulut.. kan betul.. mujur nak buat sekali doa selamat.. sekali kan majlis keyukuran Anaqi and baby.. aaaminn.. disebabkan hospital jauh dari rumah.. maka terpaksa tunggu sampai shila discharge and diorang balik.. mujur ada kawan-kawan yang teman and tolong drive.. tak tidur semalaman jery jaga dak naufal.. tetiba tarantum lain macam sebab tetiba Mummy takde.. mujur sehari dah boleh dischrage dan baby and mummy sihat.. Alhamdulillah...

eceehh...

 umur dua hari: yang dinantikan Puteri Hang Li Po kami.. 
eh eh.. bukan la.. nama kite "Puteri Damiya' Qasrina" la maklong.. kulit kemerahan mata kecik... 

dah balik... selfie seketul dengan Maklong tu wajib 
next year boleh celebrate birthday sama-sama Anaqi.. even tak sama date.. tapi dekat-dekat.. kikiki

ni abang long kite.. dah makin membesar melasak dan banyak akal.. tu la hobi dia main kereta.. motor.. satu tak cukup.. nak dua pegang kanan kiri.. berebut dengan Anaqi selalu.. Maklong perati selalu.. perati gelagat budak-budak ni comel je.. tak pernah terasa nak marah.. even diorang tengah gaduh berebut barang.. sorang tarik, sorang tolak.. sorang pukul 'pelepuk' kena kepala.. adoi la.. lawak...

- Love, XoXo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank