Hello Kitty Bank

Followers

Blogger Widgets

Baby Cirit-Birit


takkan nak upload pic najis anaqi kan? so google for sample ye

Simptom-simptom cirit-birit termasuklah najis yang sangat cair dan kadang-kala dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap, dan ia akan memancut keluar dari punggung bayi anda.

Bayi yang diberikan susu badan kurang cenderung menghidap cirit-birit kerana susu badan membantu merencatkan mikroorganisma yang menjadi puncanya.

Bayi yang diberikan susu formula lebih cenderung mendapat jangkitan. Oleh itu adalah penting bagi anda mensterilkan peralatan dan mencuci tangan anda sekerap mungkin. Punca cirit-birit termasuk salah satu daripada yang berikut:

  • jangkitan seperti gastroenteritis; 
  • mengambil terlalu banyak buah-buahan atau jus; mula tumbuh gigi;
  • pengambilan ubat;
  • kesensitifan atau alahan terhadap sesuatu makanan.


since anaqi dah start solid food.. bila tumbuh gigi terus nak makan macam orang dewasa.. hurmm.. tapi hemak still bagi makanan lembut-lembut juga.. hari tu sebab terlalu banyak makan dia cirit birit.. ye la, kut-kut makanan tak proper hygiene.. pegang barang or tangan kotor pun sumbat dalam mulut... senang bakteria merebak.. jadi hemak-hemak memang wajib peka dengan persekitaran dan keselamatan anak. 

pengambilan ubat itu betul jadi punca juga, masa anaqi batuk berkahak dulu pun sama.. seminggu kena on antibiotik.. makan ubat cair kahak lagi.. at last jadi cirit-birit dan najis agak berlendir.. another way untuk buang bahan yang tak sepatutnya..

Cirit-birit biasanya sembuh tanpa rawatan dalam masa 24 jam, tetapi jika tidak, dapatkan pemeriksaan doktor. Para ibu selalunya beranggapan bahawa puncanya ialah susu formula bayi, tetapi sebelum menukar kepada jenama lain, bincanglah dengan doktor anda untuk memastikan tidak terdapat sebarang punca lain.

kebanyakkan info dicedok dari -> http://www.lifefit.my/adakah-bayi-anda-sihat-kenal-pasti-melalui-najis-bayi-anda/  entry ini sekadar perkongsian dan untuk ingatan tuan tanah. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank