Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Strawberry Farm Genting

bukan senang iouls nak berjalan.. kalau tak kerana kursus.. tido kat rumah lagi baik.. hehe.. bukan apa.. kita kuat merayap tapi cuben dok busy kerja.. nak bawa baby boy ni jalan sendiri memang tak la.. kang apa-apa jadi.. tak sanggup pulak nak hadap seorang diri.. hmmm.. oleh kerana wajib attend kursus.. maka reserve bilik siap-siap nak bawa si kecik ni.. oleh sebab ayah Anaqi kerja.. bawa sekali nenek and acu dia.. diorg pun bosan duduk rumah  mengadap dinding.. sesekali nak jugak makan angin... nak tunggu atuk bawa, atuk pun manjang buzy ke kebun.. rezeki atuk order serai, kelapa, pisang banyak pulak.. tak boleh nak tolak.. tu kerja sampingan.. kena tunggu dah pencen nanti agaknya banyak masa nak berjalan..

tak banyak benda menarik kat genting ni sebab outdoor game close at the moment.. diorang nak upgrade agaknya.. so pergi dekat first world hotel, tengok indoor game aje.. yang menarik pun tinggal satu tempat -strawberry farm- tengok gambar je lah.. malas nak cakap banyak..

orang kata dulu free nak masuk sini sekarang berbayar hoii... sekepala RM8 bagi dewasa kanak-kanak RM5 dan-dan tu kita terus cakap baby kena bayar ke? tak dia cakap.. baby free.. kalau dia charge Anaqi as kanak-kanak memang nak kena lempang laju-laju.. 

untuk petik memetik ni pun kena bayar ikut berat hasil.. dia charge RM8 per 100 gram... amik sekilo mau RM80 hengget.. pergh.. boleh tahan.. tapi sedap buah ni.. manis dan agak lembut.. kalau beli yang siap bungkus tu kawan kite kata tak sedap.. masssammm.. patut la murah.. ciss.. 

si kecik ni sibuk nak tolong juga.. seronok betul dia duk petik-petik.. picit-picit buah tu.. habis hancur lunyai jadi jem strawberry dijari.. nak oh nak.. kreatif sangat ye.. dia pelik agaknya.. ape la benda alah ni boleh dipicit-picit berair.. eh, seronok pulak dia buat main.. habis taman orang.. hurmm.. 

mini bus sebagai hiasan
selain dari stramberry farm.. ada juga lavender farm tapi bukan setakat lavender.. segala jenis bungaan dan pokok ada.. i ouulss tak berapa minat sangat bunga ni... amik gambar pun sipi-sipi je.. segala nama dan jenis bunga pun iols tak tau.. mihihi.. 

Anaqi, please dont pick the flower.. nanti mimi gigit tangan dia.. hurm.. tak jugak.. dia tarik je bunga tu sesuka hati.. mujur bukan pokok berduri.. haisss.. minta maaf ye tuan punya ladang.. anak sy memang begini.. dia suka explore benda baru..

sebenarnya, tak semudah yang disangka bila dibawa berjalan si kecik ni.. tanda-tanda anti camera macam appa dia dah nampak sikit-sikit.. hoh.. kena bergusti dulu baru boleh bergambar... tengok dan nilaikan sendiri gambar-gambar anaqi ni.. nak merayap petik-petik bunga je tau.. panat tau mi mi ni nak layan dia ni..lari sana sini..(tapi tak kurus jugak)

"tak nak la... no no no camera please mi mi.. let me go.... i wanna play..."

selain dari mencuci mata.. banyak cafe tersedia dalam Farm ni.. agak-agak lapar bila penat meronda boelh pekena stoberi coklat.. selain itu, kedai cenderahati pun banyak.. means, sangat banyak.. macam-macam barangan dijual.. awak akan lalu disetiap gerai-gerai dan kedai-kedai.. kalau rasa nak beli tu boleh lah singgah... nak jimat duit.. tak payah beli apa-apa.. cukup sekadar cuci mata.. kiki...


Location Address :
No.1, Lot 3707, Jalan Jati 2, 
Bandar Gohtong Jaya, 69000 Genting Highlands, 
Pahang Darul Makmur. Malaysia



4 comments:

  1. X yah naik Cameron dh...kat getting pun dh ada

    ReplyDelete
  2. lebih kurang cameron je dah. dulu pernah dah pergi situ tetap tak boleh lawan cameron kan. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. cameron tak pernah sampai lagi.. hehe.. ni yang nak pegi lepas ni..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank