Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Holiday Villa, Subang

berkursus.. ye, berkursus.. tidak ada makna tiba-tiba nak spend duit bermalam di hotel tanpa motif.. kehkehkeh.. terima kasih banyak daun keladi pada kawan yg sudi bagi bilik free untuk kami anak-beranak.. sesungguhnya jasamu ku kenang sampai bila-bila.. ceh.. muuah ciked !

tempat kita dah mention pada tittle, tarikh, minggu lepas 16 April Khamis.. tapi bawa Anaqi & family kecil saya keesokkan hari nya.. Jumaat petang sebab Sabtu ayah Anaqi tak kerja so boleh lah berbabymoon sama-sama.. alololo ohsem sangat rasa.. sebab lama gila tak bervacation sejak ada Anaqi.. both husband & wife pula sibuk.. jadi, gunakan kesempatan yang ada... next... 

taraf lima bintang katanya.. tengok gambar la best ke tak best? mana-mana hotel pun sama sahaja..
beza cuma pada service.. tak kenan sekarang ini.. guard, waiter semua sub pada foreign worker.. hurm.. kemana la rakyat malaysia.. semua dah jadi big boss barangkali..
  terasa televisyen ini amat jauh dari pemandangan.. haha.. bahana orang rabun nampak kecik.. tak boleh nak menonton dari atas katil terus.. kena duduk kat sofa.. mujur tak ada mood nak tengok tv.. nk tidur je.. letih..
tak berapa berguna pun benda ni.. haha.. cabinet tu ok la buat gantung baju
ni best untuk bersiap and selfie..  cermin besar ni best untuk cermin diri.. kikiki sebelah ada kettle.. senang nak bancuh susu anak, makan meggi.. bawah ada peti ais.. senang dah.. 
 
  two single bed.. takkan nk letak Anaqi kat bawah pulak.. haruslah combine.. hemak ambil space sikit-sikit aje sebelah anak.. lighting hotel ini memang bertemakan romantik agaknya.. dari bilik, lobby, coffee house, enterance lif semua kuning dan malap.. tak gemar langung nak berselfie..
 nampak tak old school hair dryer? comel
 shower
 bath tab
 kurang faham dengan function benda alah ni.. nampak canggih sebab tak guna remote & suis dah tapi agak payah.. tekan-tekan berkali-kali baru nak function
balik kelas tengok si kecik ini dah terbongkang.. tak meragam nak tidur.. maybe dia sangat selesa dengan bilik hotel yang dingin dan bersih.. ok, lepas ni boleh bawa bercuti-cuti lagi ya

bab makan

bab makan.. mesti tak kurang 3 pinggan..
yang ni heavy breakfast katanya.. cold and hot drink wajib.. cereal breakfast juga tak tinggal.. hai la coco crunch & honey star.. come to me please

ikut perangai hemak ke apak ni?.. makan sampai kenyang dan duduk tersandar.. hohoho.. Anaqi breakfast scramble egg, porridge and fruits.. waaa.. he loves banana.. banana.. ba.. na.. na.. na.. lepas breakfast ummi cepat-cepat pergi kelas.. berharap juga kelas cepat habis sebab nak bawa baby pergi mandi pool.. ummi attend class, ayah jadi baby sitter kejap, good boy sangat Anaqi.. sementara ummi pergi kelas dia santak tidur lepas kekenyangan makan.. habis kelas dia bangun pastu kita pergi mandi pool.. yahuu yahuu.. 

 ok, masuk kelas lah pula yer

penceramah terkemuka lagi fames Tuan Syed Abdul Aziz - Celik Kewangan.. hah.. buka mata sikit.. duit yang ada bukan untuk tujuan dibelanja sewenang-wenangnya.. ingat sikit masa depan.. bak kata.. masa senang sebelum susah okey, boleh follow slot dia di TV1 9 pagi malas nak celoteh banyak
teruk benor perangai.. dah la malas dengar ceramah, sebok berselpie dan tido pula.. bilik beraircond sejuk yang amat memang tak boleh belah.. rugi-rugi dibayar untuk kursus.. hahaha..

 habis kelas... and then cabuted

 yeahhh.. masuk dalam pool...
 yeah.. kita main itik.. ayah tolak ronda-ronda ye.. vromm vromm vromm.. pool ini kami yang punya.. ni ummi tukang amik gambar sahaja sebab tak boleh nak join sekali masuk pool.. restricted to swimming wear only! sobs sobs punya rules T_T

last but not least, kita sambung mandi dalam tab pula ya.. nak berendam dalam pool makin lama makin terik pula matahari.. sun block pula tak bawa.. lagipun kamu baby lagi.. tak nak lasak sangat ye nak..

ni la kisah short vacay kami.. see you then,

 Love, XoXo

Buy Jacket, Coat & Blazer

nak barang yang menarik, cantik dan berkualiti?

ni edisi khas boleh,

iklan boleh,

post entry yang ditaja pun boleh..

tak nak cerita pengalaman beli belah dengan zalora yang sangat mudah sebab semua orang dah tau..

dah viral pun..

cuma nak bagitahu...


sebenarnya tak beli pun.. penghargaan dari zalora.. huwaa.. lama berkepam jacket ni sebab menunggu masa bila waktu sesuai nak pakai.. hurm.. nk travel oversea mcm takkkkkk je.. first time naik flight, itu pun domestic flight je dah macam tak nak dan takkan naik lagi.. nak kata gayat, tak.. takut mati? tak juga mungkin terkesan sangat dengan kejadian-kejadian mh370 & mh17 agaknya.. so, vacation within country je.. selamatkan malaysian currency..

at last pakai masa attend kursus, sebab hall tu sejuk sangat-sangat.. macam kat genting.. aircond kuasa kuda tahap dewa agaknya.. mujur tak demam..

ok, berbalik pada cerita zalora tadi, sapa nak dapatkan jacket-jacket, coat or blazer yang berkualiti lagi berjenama antaranya Mango, Dorothy Perkins, Nichii, Cat Whiskers, Club Zen, Urban Cottage, and many mores boleh clik sini new arrivals sangat-sangat owesome and certain pieces with discount offer.. 20% dan keatas less.. banyak tu.. kalau beli yang berharga RM100 lepas less jadi RM80.. penjimatan yang banyak bukan? dah la murah, baju cantik-cantik, trendy & up to date, selalu bagi discount on coupon pula tu.. mana tak jatuh cinta nak shopping selalu.. 

till then,

ok, bye

Belayar bersama Nora Danish


cuba lah.

mana tau rezeki kan?

Inshaallah...

ok...




Mulakan Pelayaran Kejelitaan SAFI - https://apps.facebook.com/safifair/

Safi1
Terus click Sertai Sekarang.

safi2


Cara cara penyertaan yang mudah
safi3
Kemudian, lengkapkan pantun dibawah . . . . . .  


safi4

Dah lengkap, Isi borang, bolehlah Hantar dan Kongsi….

Senang Bukan nak dapat peluang berjumpa Nora Danish. 


Boleh share kat Instagram or Facebook korang masing-masing


Antara Peluang besar kalau korang join :


  • 10 Pemenang akan dipilih untuk bercuti di Langkawi selama 3 hari 2 malam. Dan paling best, Winners dibenarkan bawa family atau rakan bersama. Tapi ini tertakluk pada terma dan syarat la ye…
  • Winners akan dapat naik cruise dan tengok sunset dengan Nora Danish.
  • Terdapat juga 20 hadiah saguhati yang tak menang percutian iaitu, SAFI hampers worth RM250 each.
  • Dan selain join contest melalui FB app, uols juga boleh participate guna contest form yang boleh di dapati di selected Outlest (Mydin, Giant, Aeon, Aeon Big, Billion etc)
  • Cepat join tau. Contest akan ditutup pada 30 April 2015


Meh kite bg briefing sikit pasal produk Safi :



1) SAFI: Produk penjagaan kulit yang hanya diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan Habbatus Sauda: jadi kalau reader-reader sekalian peminat produk-produk semulajadi, bolehlah cuba range ni.
a1
2) SAFI Balqis: Produk penjagaan kulit yang dikatakan mampu mencerahkan kulit seawal 3 hari. Produk ni juga terdapat dalam versi biasa dan versi kawalan minyak
a2
3) SAFI Rania Gold: Produk penjagaan kulit cegah penuaan
a3
4) SAFI Rania Diamond: Produk penjagaan kulit yang memulihkan tanda-tanda penuaan sambil memelihara sifat kulit yang remaja – diorang kata pencegahan lebih baik daripada mengubatikan? So kalau nak macam muda je selalu, bolehlah start routine penjagaan kulit anti-aging ni..
a4
5) SAFI Shayla: Produk penjagaan rambut (rambut tau) yang mengandungi Habbatus Sauda, khas diformulasikan kepada wanita yang bertudung
a5
Safi juga merupakan jenama penjagaan kulit halal no.1 di Malaysia. 
Jadi tak perlulah kita risau sangat apabila menggunakan produk-produk Safi.
Lst but not least, Good Luck pada semua peserta yang mencuba

Kenyit mata laju-laju

xoxo

11 month Afeef Anaqi


Budak paling kuat makan. 

Sehari makan 3 kali nasik. Tak masuk kudap-kudap roti biskut lagi.

Masih tak kenal ape itu jajan.. bg gula-gula.. coklat cuma dipicit-picit pastu buang.. Ni bagus.. tak berapa gemar junk food cm ummi..

Kuat minum susu sebab campur FM. Malam DF.

Paling manja. Nak orang sebelah die je. Kalau orang tu bangun die menangis macam kene pukul.

Pantang tengok ummi or nenek pakai tudung. Mesti nangis nak ikot.

Paling susah nak tidur. Dah lah susah tidur. Tidur sekejap-sekejap je pulak tu.

Gigi 4 batang 2 atas 2 bawah.

Terpaling suka gigit tutt. Tarik mcm makan sate.. Grrr

Paling suka tarik rambut bebudak

Suka drive. Paling pantang naik kerete.. Sibuk nk pegang stereng jugak..

Suka berkawan and sayang kawan-kawan.. cuba kita cakap syg..syg.. mesti dia laga pipi or cium-cium

Suka cubit-cubit & cakar-cakar org.. ermmm kuku dia tajam kalah kucing tajamnya (even dah potong)... cengkaman dia kuat sungguh...

Suka kucing. Paling suka tarik ekor kucing (kenan mak suka kitty)

Selalu mintak dukong.

Paling kuat nangis.. sekali die melalak.. Frequancy dia boleh ganti muazzin..

Tembam muka je.. badan macam slim tapi semangat..

Taknak dengan orang yang tak berapa dikenali.. mesti meraung-raung mcm kena dera

Berat tak pasti berapa. Syak dah 10 kg jugak

Suka ngigau time tidur.. ngigau dia ek ek mcm nangis.. pastu diam..

Dengan ummi asyik nak merengek je. Bila dukong diam.

Paling suka mandi. main air kecepik-cepik.. Tapi takut air sejuk.. kena sekit terus nk lari

Paling susah nak pakaikan baju seluar pampers. Stress !.. laju je merangkak lari.. mak dah melolong-lolong macam tarzen

Dah kenal orang. Acah-acah senyum-senyum.. bila org dukung nangis..

Kuat ngempeng.. maybe tak puas-puas BF..

Anaqi takleh jumpa atok.. pantang dengar suara mesti nak ikut

Alhamdulillah...jarang demam.. sekali demam teruk, lama & warded.. (stress jugak)

Rambut nipis tak lebat.. tapi mak asyik nk botakkan je sebab rimas..

First word "mom" tak sure stand for mum or mam (makan).. kikiki..

Roll over (meniarap) start 4 month agak lambat dari naufal yg 3 month

Tak mengesot macam askar.. terus merangkak 7 month.. sebelum pandai merangkak duk ushar je naufal kesana sini.. pastu jelous suruh nenek angkat dia "tolong merangkakkan sy nek!"

Pakej lepas demam 7 bulan terus merangkak, duduk, panjat & meniti...

9 month dah sibuk nak tatih-tatih.. sebab jelous tengok naufal jalan jugak.. adoii la anakku.. taknak kalah..

Nak masuk 11 month dah berdiri-diri imbangkan badan.. jap lagi berjalan la tu..

Pandai ajuk-ajuk cakap sikit.. favourite word dia 'nenek'  - naufal dah bercakap gaknya.. sebelum ni ajuk-ajuk org cakap jelas je bunyi.. 

alahai baby baby ni.. membesar dengan sihat dan bijak ye..


tak semua ai share.. ni general and ada sikit from other observation
perkembangan baby tak sama.. sedangkan manusia pun lain-lain perangai ye dak?
yang penting didik anak yang baik-baik.. jangan kurang kasih sayang.. jangan kurang ajar

tak pernah keluar malam.. sekali ajak ngeteh.. mula-mula duduk diam je baik.. orang makan mulut dia yang nyup nyup nyup nk jugak.. tak bagi ngamuk.. cepat boring pastu buat muka ngantuk nak tido.. pastu buat perangai.. jum la balik.. jum balik.. nak tido.. 

- Love, XoXo



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank