Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Baby lahir selangor dapat RM1500

Wahhh... bertuah betul jadi anak selangor.. lahir di selangor ni kerajaan negeri bagi RM1500. amaun yang agak banyak tu.. selangor sahaja... negeri lain harap maaf ye.. macam-macam keperluan boleh dapat.. sebelum tu kena tau la dulu macam mana nak dapat RM1500 ni.. ini adalah dibawah program merakyatkan ekonomi selangor di pihak kerajaan negeri selangor.. dikenali sebagai program TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)

APA ITU TAWAS?


Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatannya TAWAS, merupakan antara program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1. TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008. Program ini diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat.

Syarat adalah seperti yang tertera dibawah :


Pada 17hb Ogos 2015, menerusi Mesyuarat Kedua Penggal 3 dalam Sidang Dewan Negeri Bahagian Ketiga Belas, satu Enakmen Tabung Amanah Warisan Anak Selangor telah diluluskan bertujuan memastikan Ahli TAWAS menerima RM1,500.00 apabila mencapai usia 18 tahun kelak. Tabung Amanah berkenaan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Bermula dari 1hb Mac 2014, YAWAS telah memperkenalkan Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500.00 yang akan diberikan kepada waris Ahli TAWAS sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

pendaftaran secara atas talian boleh lawati : http://pawas.yawas.my pendaftaran adalah percuma!
comei betul masscot dia... macam bebear A&W bukan? mana yang belum mendaftar masih sempat lagi.. capat! sebelum anak-anak anda berumur 3 tahun.

selain itu.. banyak aktiviti dan sumbangan diadakan setiap tahun.. ini adalah salah satu kelebihan pada ahli tawas... nak tahu lebih lanjut boleh like Facebook TAWAS untuk mengetahui pengumuman atau info semasa berkaitan aktiviti TAWAS atau layari www.tawas.org.my


KELEBIHAN TAWAS


                            




















Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan dengan permohonan TAWAS, penyata simpanan dan kad TAWAS boleh mesej secara peribadi di Facebook atau hantar email ke admin@tawas.org.my atau datang sendiri ke pajabat YAWAS yang terletak di seksyen 7, Shah Alam 
- nak tanya saya pun boleh juga -

4 comments:

  1. my next baby kalau x menyempat beranak kat johor, kena lah beranak kat selangor.. dapat lah merasa jadi anak selangor.. huhu

    ReplyDelete
  2. part of incentive from state gov.. rasa perak pun ada bagi juga.. but not the same la..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank