Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Ajar buat tudung saji


Mari sama-sama kita ke masjid! Meriahkan karnival yang telah dijayakan oleh pihak masjid dan kerajaan negeri selaku penganjur.. selangkah permulaan untuk kita mendekatkan diri ke masjid..

antara program yang telah berlangung salama tiga hari.. sangat penuh pengisian dengan ilmu dan aktiviti yang bermanfaat.. allahu.. seronok rasa bila kita sama-sama berada di taman syurga allah..

Kita focus untuk satu aktiviti iaitu menghias tudung saji...

nenek Anaqi dijemput sekalu tenaga pengajar untuk segmen menghias tudung saji

Program ini adalah dibawah seliaan PWB. eh, ape itu PWB??

 (PWB) Pusat Wanita Berdaya Negeri Selangor ialah hub aktiviti wanita setempat di seluruh Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian serius kepada kaum wanita kerana kaum wanita adalah faktor penting kejayaan setiap agenda, perancangan dan matlamat sesebuah kerajaan. Atas sebab itulah, segala yang berkaitan dengan wanita perlu diberi keutamaan dengan teliti dan sebaik mungkin.

Melakar Kesejahteraan Wanita Selangor adalah program utama khusus bagi memartabatkan kaum wanita di Negeri Selangor tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Bagi memenuhi keperluan wanita Negeri Selangor, telah diwujudkan 9 program utama menjurus kepada kesejahteraan wanita. Lebih dari itu, program ini diketengahkan agar wanita negeri Selangor lebih berdaya maju, dapat membantu meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan Negeri Selangor di samping mampu untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran besar yang mendatang.
Adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri Selangor agar wanita memperoleh hak-hak mereka secara maksimum termasuklah kejayaan di dalam pelbagai bidang yang diminati di samping sentiasa berasa aman dan tenang di sepanjang menjalani kehidupan seharian.
Dalam meneruskan agenda pembangunan material dan kerohanian berserta kesejahteraan Negeri Selangor, atas keyakinan bahawa kaum wanita menjadi tunggak kejayaan sesebuah agenda, maka program yang dimulakan sejak 2010 ini diberi perhatian serius agar mencapai matlamat dan seterusnya kaum wanita Selangor memperoleh pelbagai faedah darinya.

-gitu  lah kisahnya-


semasa kelas pembelajaran

dengan hanya RM5 sebagai yuran penyertaan, peserta boleh membawa pulang tudung saji yang siap dihias sendiri.. so, cepat-cepat belajar dan siapkan menghias tudung saji ni.. ada hadiah tau bagi peserta yang menghias tercantik..
bukan untuk kaum ibu sahaja.. belia muda juga join.. berminat juga diorang dengan aktiviti seni..
Inshaallah.. bakal isteri-isteri solehah diorang ni.. sejuk mata memandang..

bangga dengan hasil sendiri.. bagus-bagus.. teruskan usaha.. boleh buat duit ni dik..  cantik hasilnya.. kalau sayang nak buat tutup makanan boleh hias gantung kat tepi dinding je...
sekian.. note : bukan untuk ditudung di kepala ya...

2 comments:

  1. cantiknya. hehe dulu dulu my mom ada tudung saji yg utk hiasan, gantung kat dinding. tapi kucing kucing nakal sangat, dah capai dia gigit gigit >,< habis rosak semua

    ReplyDelete
  2. nakal tau kucing tu... nak kena ikat tangan dia ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank