Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Jejak Jepun part 1

Its a flyyyy day... Japan here i come! Macam mimpi je.. dah la iouls jenis penakut naik flight and makan jenis berkira.. means susah nak terima makanan yang tak biasa makan.. harap semingu ni boleh hilang 4 kilo la. Sebelum subuh lagi dah datang ke airport.. Menyampah tau ke KLIA2 tu menapak nak ke boarding gate tu jauh nak mampus. Tak suka!


ok, pesawat dah ready! by AirAsiaX. Next vacay maybe kita tukar flight lain pulak ye..


honestly, this is my first ever abroad flight.. takut sebenarnya, berada diatas awangan yang tak jejak lantai ni.. mujur tak mabuk, pe lagi, makan tido, makan tido je la kerja dia.. most of the time tido la..


mereka dah siap-siap order makan sekali masa diorang booking seat. satu je nak komen, Santan punya makan ni semua masin.. diulangi, MASIN.. tak tau ape masalah chef dia.


peneman dikala bosan.. flight 6 jam tu.. sangat tak enang duduk dengan seat tegak.. kejung je rasa.. btw, iouls tau tau pun pergi naik flight air asia.. ahaha..


sesampai di airport Kansai International AirportーKIX, kita naik train dari Shuttle Station terus ke Dōtonbori, Osaka.. destinasi pertama untuk dituju..


pose model diorang kata.. pastu yang si jakun cakap tak percaya aku dah sampai jepun.. hello..


 officemates.. colleagues and boss


aku cabar uols cari secebis sampah dalam entri ni, jumpa atau tak? haha.. pembersih gila Japanese ni.. train ni agak lama, tapi masik elok, kukuh bersih je.. ha, Malaysian bila pulak nak jadi macam ni?


sesampai disini, biasanya tourist atau traveler decide la nak pergi mana, guna pass apa.. cari route siap-siap.. yang iouls ni manja semua dah siap disediakan oleh tourist guide. so, follow je.. dah macam lawatan sambil belajar pulak. Pergi memana dah siap bas tersedia.. senang nak pergi makan pastu terus check-in hotel tanpe kelam kabut.

So, bas bawak kita ke Dōtonbori..
Macam-macam ada di sini, umpama pusat santai pelancong tempatan dan luar negara. Nak senang ingat, Dotonbori berada di persisir Sungai Dotonbori yang memang terkenal. Kiri dan kanan boleh lihat bangunan yang mana mempunyai gerai untuk makanan ‘local foods’, kedai serbaneka, cafe, butik pakaian, kedai sushi dan macam-macam lagi. Senang kata, kalau nak shopping, di Dotonbori juga salah satu lokasi menarik untuk anda terokai.

Dekat bawah tu Boat Cruising di Sungai Dotonbori best je tengok diorang naik.. iouls sampi sini pun dah nak senja.. btw, waktu kat jepun ni awal sejam je dari Malaysia tapi, waktu siang dia panjang.. pukul 3 pagi macam tu dah subuh... masak la kalau puasa kat sana.. berejam-rejam baru nak buka.. mujur negara dia sejuk.. bukan panas terik macam Malaysia.. huahaha..


Fakta: Dotonbori adalah salah satu destinasi pelancongan utama di Osaka, Jepun, berjalan di sepanjang terusan Dotonbori dari Dōtonboribashi Bridge untuk Nipponbashi Bridge di daerah Namba. Dari segi sejarah, ia kini merupakan kehidupan malam dan hiburan popular ciri-ciri suasana aneh dan papan tanda diterangi besar. Salah satu ciri yang paling menonjol di kawasan ini, papan iklan untuk syarikat konfeksi Glico memaparkan imej seorang pelari melintas garisan penamat, dilihat sebagai ikon Osaka di Jepun.

Semalaman di Dotonbori memang tak cukup. Lebih-lebih lagi jika anda seorang kaki shopping. Macam-macam boleh anda terokai di sini. Tambah lagi bila waktu musim yang agak sejuk, memang syok berjalan sekitar Sungai Dotonbori. MrJocko sempat shopping di Don Quixote Osaka. Memang best shopping kat sini sebab ada banyak pilihan dan barang murah. SK11 melambak jual.. adeh..

Bila tiba waktu malam, kawasan ini memang sejuk, memang nyaman sambil menikmati pemandangan menarik di sini. Kadang-kadang sampai terfikir malas nak balik Malaysia, HaHaHa…


motif kita nak makan dulu sebab lapar gila dah..

\
\
\
\

rindunya sushiii


sesampai meja, boleh tanya.. cukup ke ni? amik kau tak habis.. ada certain tak boleh telan sebab rasa herba dia lain maciam jer.. selebihnya.. kalau korang dah biasa kat Malaysia makan makanan Jepun, sama je manu kat sini.. senang je nak telan.


satu yang terpaling rindu... beras jepun.. sedapp eh.. huhu ni hati dah memberontak ni nak pergi cari kat Aeon.. pargi pasaraya NSK tak jumpa pulak.. hahahaha..


makan je lah,, takyah tengok kiri kanan..


Hotel Agora Osaka Moriguchi is connected to Moriguchishi station, allowing you to travel directly to Osaka and Kyoto without the need to change trains. Located just to the east of Osaka and 5 minutes by train from Kyobashi Terminal, we are also within 45 minutes of popular sightseeing spots in Kyoto such as Gion.


dah kenapa sabun pun nak pakai yang branded punya? Shiesedo kauu.. first ni, jakun sikit.


Info; Twin Room Size: 21sq.m. / 225.96sq.ft Rate: 27,000 JPY
White striped covers accentuate the urban modern interior design, and high-quality100% goose down comforters (Duvet-style comforters) support a restful sleep and promise that you will wake up feeling refreshed.





tuala untuk 4 orang.. padahal duk berdua je dalam bilik ni..


serba lengkap


Tak berguna bawa toiletries sendiri.. semua dah tesedia ada.. cehh..

bersambng part 2 ye.. 

Kahwin Yana

Sebulan lebih dah Yana kahwin.. baru nak sembang kat blog.. by te way, Yana ni cousin belah ayah kita.. makin lama, makin ramai yang kahwin, maka makin bertambah la umat, keluarga dan umur kita.. pheww.. macam buat hipotesis pulak..

Kebiasaan kalau among cousin nak kawin, kitorang yang yg paling excited, sibuk tanya tema sebab nak pakai sedondon. tapi comel kan? semangat bila sendondon, ni lagi-lagi nak buat kerja rewang kat dapur. for solenization, theme of the day is black & brown/yellow iouls je yang tersesat sikit..sebab lupa nak tengok annoucement dekat group whatsapp.


bila dah kumpul ramai-ramai sepupu sepapat sedara mara.. tambah lagi keluarga belah laki.. memang padat macm ni ye.. kotak-kotak tu sebenarnya gambar bukti kitorang rewang.


majlis akad nikah sedang berlangsung..


sah... tahniah Yana & Haziq.. gambarnya kok goyang yana.. owalah..


Keesokannya, majls bersanding.. macam biasa. iouls busy.. ini buktinya
.
.
.

first ever buat gubahan untuk makan beradap pengantin.. tak percaya iouls pandai buat selawa ini.. keh keh...


yang merewang.. acu & afeef


kek sedap dan terbaik


the bridesmaidsss...


say cheese...



--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Minggu sebelumnya kenduri kawin sepupu jugak dekat kampung Bagan Dato, Perak.. lepas Afeef keluar hospital seminggu dah merasa nasi kenduri dan kenduri lagi.. tahniah Kak Siti & Pasangan.. semoga bebahagia till Jannah..


gambar ihsan Insatgram

Infection pada telinga si kecil

From web : babycenter.com.my afeef masa baby, 2 kali terkena jangkitan pada telinga.. dan kedua-dua kes teruk saya rujuk ke hospital pakar.. dan dirawat dengan segera. punca utama adalah selsema dan juga clogged due to ear wax. Mengakibatkan kegatalan pada kawasan telinga dan juga demam. So, kita refer pada penerangan web babycenter dibawah: 


Bagaimanakah saya boleh tahu samada bayi saya mendapat jangkitan telinga?
Agak sukar untuk menentukannya, tetapi jika anak anda mempunyai batuk atau hidung meleleh dan tiga atau lima hari kemudiannya menjadi demam, ini mungkin disebabkan jangkitan telinga. Bayi mungkin juga menarik-narik telinga atau kelihatan resah. Jika dia bertatih, dia mungkin mengalami masalah imbangan dan berkelakuan lebih cemerkap daripada biasa. Menghisap dan menelan juga menyakitkan dia, jadi jika bayi anda menolakkan badannya daripada payudara atau botol setelah mula menyusu, seakan-akan dalam kesakitan. 

Adakah jangkitan telinga sesuatu yang biasa?
Jangkitan telinga biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak kecil. Kebanyakannya berlaku kepada bayi berusia enam bulan hingga 18 bulan, tetapi ia boleh berlaku pada mana-mana usia. Kita tidak tahu mengapa, tetapi kanak-kanak lelaki lebih berkemungkinan mendapat jangkitan telinga berbanding kanak-kanak perempuan.

Apa yang menyebabkan jangkitan telinga pada bayi saya?
Bayi anda mungkin menghidap selesema, yang menyebabkan telinga tengahnya bengkak. Kebengkakan itu memerangkap cecair di dalam telinganya. Ini membentuk satu persekitaran yang hangat dan basah di mana bakteria dan virus boleh merebak.
Apabila jangkitan sudah berlaku, nanah akan terhasil dan tekanan pada gegendang telinga bayi menyebabkannya membonjol dan keradangan berlaku. Bayi anda kemudian mungkin akan demam kerana badannya cuba melawan jangkitan itu. Jenis jangkitan telinga ini dinamakan otitis media akut. 
Satu lagi sebab bayi anda boleh mendapat jangkitan telinga ialah kerana tiub dalam telinga tengahnya pendek dan mendatar, kerana ia masih berkembang. Semasa bayi anda membesar, panjang tiub itu akan bertambah tiga kali ganda daripada 1.25 cm kepada 3.8 cm dan menjadi lebih tegak, mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan. 

Bagaimanakah jangkitan telinga bayi saya boleh dirawat?


Kebanyakan jangkitan telinga akan sembuh sendiri, namun baik juga jika anda bawa bayi anda berjumpa doktor jika:
  • bayi anda berusia kurang daripada tiga bulan;
  • simptom-simptomnya tidak berkurangan selepas 24 jam;
  • bayi anda dalam kesakitan yang teruk;
  • terdapat cecair keluar dari telinga bayi;
  • kedua-dua belah telinga bayi anda dijangkiti.
Jika bayi anda sangat tidak sihat dan jangkitan itu bukan disebabkan oleh virus, doktor mungkin akan mempreskripsikan antibiotik. Telinga bayi anda seharusnya mula sembuh dalam tiga atau empat hari, dengan atau tanpa antibiotik.
Anda juga boleh memberi bayi anda paracetamol atau ibuprofen untuk bayi jika dia sudah berusia tiga bulan atau lebih. Ini akan mengurangkan kesakitan dan demamnya. Juga berikan dia banyak susu badan untuk kekal hidrat. Jika bayi anda minum susu formula atau sudah makan makanan pejal, anda boleh berikan dia air tambahan.

Mengapakah nanah meleleh dari salur telinga bayi saya?

Nanah atau cecair kuning bercampur berdarah keluar dari telinga bayi bermakna sudah terdapat lubang kecil dalam gendang telinganya. Ini selalunya pulih dengan sendirinya dalam masa lebih kurang dua minggu, namun hubungilah doktor supaya beliau boleh memeriksanya.  



Telinga bayi saya masih belum sembuh. Apakah yang harus saya lakukan?
Jika jangkitan telinga bayi anda masih belum bertambah baik selepas empat hari, dengan atau tanpa rawatan dengan antibiotik, mintalah doktor memeriksa telinganya. Bayi anda mungkin mengalami jangkitan telinga yang lebih serius yang mungkin memecahkan gegendang telinga dan membanjiri salur telinganya. Kadang kala ini boleh menjurus kepada masalah seperti kemerosotan deria pendengaran.

Anda juga seharus
nya membawa bayi anda berjumpa doktor semula jika dia menunjukkan simptom-simptom baru seperti muntah, demam atau kurang selera makan. Simptom-simptom baru boleh jadi tanda bagi sepsis, yang beerlaku apabila badan bertindak balas terhadap jangkitan dengan menyerang dirinya sendiri. Kemungkinan besar dia tidak apa-apa, tetapi sepsis boleh jadi lebih teruk dengan cepat, jadi lebih baik anda ambil langkah berjaga-jaga dan bawa bayi anda untuk diperiksa doktor.
Jika bayi anda mendapat jangkitan telinga yang berulang-ulang, ini juga boleh membawa kepada kehilangan pendengaran dan parut di dalam telinga. Ini jarang berlaku, tetapi penting bayi anda diberi rawatan sebaik sahaja dia mendapat jangkitan telinga supaya supaya dapat mencegahnya daripada menjadi lebih teruk. Ketahui apa yang perlu dilakukan jika bayi anda mengalami jangkitan telinga berulang.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengelakkan bayi saya mendapat jangkitan telinga?

Ada beberapa perkara yang anda boleh buat untuk membantu mengelakkan bayi anda mendapat jangkitan telinga: 
  • Dudukkan bayi anda semasa memberinya makan, bukannya membaringkan dia terlentang.
  • Cuba jangan beri bayi anda puting kosong. Jika dia sudahpun menggunakan puting kosong, cuba kurangkan jumlah masa dia menggunakannya.
  • Jangan merokok atau membenarkan sesiapa sahaja merokok berhampiran bayi anda.
  • Pastikan bayi anda telah mendapat vaksin pneumococcal. Vaksin ini boleh mengurangkan risiko jangkitan telinga bagi sesetengah kanak-kanak.
  • Jika boleh, cuba jangan letakkan bayi anda di nurseri ketika dia berusia kurang daripada setahun. Nurseri boleh mendedahkan bayi anda kepada batuk dan selesema, yang boleh membawa kepada jangkitan telinga.


keadaan dalam telinga yang berair.

Afeef 3 tahun la!

Small celebrations with relatives and family.. doa selamat untuk Afeef yang selamat menjalani operation bulan lepas dekat rumah atok la.. mana lagi.. ummi doakan Afeef akan sentiasa sihat walafiat dan menjadi anak yang soleh dimasa akan datang.. aaminn..


Afeef Anaqi turns 3
Puteri Damiya' Qasrina turns 2
double celebrations


ingat bebudak je susah nak ajak bergambar.. makpak jugak! ada je yg tak ready!


gambar tak banyak.. 
sebab anak, anak buah, anak sedara, anak sepupu, anak-anak jiran semua kat sini sibuk main dan berlari-lari.. ok bai..


tak sabar nak terkam mainan


kek sedap plus lawo ni dari kawan kita.. search ig : maui bakery 
macam-macam ada...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank