Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Lazada Birthday Blogger Contest

Baiklah saya sertai peraduan ini dalam Bahasa Melayu.

http://www.lazada.com.my/birthday-sale/?boost=2


a. What do you love about Lazada Malaysia?


Saya suka Lazada Malaysia kerana ia adalah laman membeli belah yang serba lengkap dengan barangan keperluan harian dan kehendak semasa selain daripada menawarkan harga yang sangat menarik pada setiap barang, terdapat lebih potongan dan promosi dari masa ke semasa serta pelanggan akan lebih bijak dan jimat berbelanja dihujung jari sahaja. Penghantaran adalah sehingga ke depan pintu. Selain itu, voucher dari pihak Lazada amat mudah untuk ditebus secara serta merta. Tiada lagi pada mana-mana laman web seperti ini di Malaysia.


b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products)


Tiga produk pilihan dari Lazada Malaysia adalah:
  1. Solvil et Titus Women's Crystal Leather Strap Analog Quartz Multi Function Watch (White)
  2. Winter Woman Suede Fold Button High-Heeled Boots 8CM (Red)
  3. Kids Tricycle Bicycle for Children - Purple  

Sebagai seorang penjawat awam perlulah menjaga ketepatan waktu seperti perhimpunan pagi, mesyuarat, taklimat, waktu berkursus serta urusan rasmi yang lain. Amat penting untuk memiliki jam berkualiti tinggi dengan reka bentuk menarik kerana dapat menyerlahkan keyakinan serta penampilan diri terutamanya bagi kaum wanita yang mementingkan kecantikan seperti saya. Hasrat memiliki hampir terlaksana dengan potongan jimat hampir separuh harga dari Lazada Malaysia.




Impian melancong ke negara empat musim mungkin menjadi kenyataan serta kenangan manis akan diabadikan pada gambar kenangan dan seharusnya bergaya dengan but bertumit tinggi amat sesuai bagi saya kerana mempunyai ketinggian sederhana. Tampil selesa dengan kasut ini sesuai dengan keadaan dan cuaca serta fesyen yang sungguh hebat. Belian pun jimat!




Ibu yang sayangkan anak, akan sentiasa pastikan yang terbaik untuknya. Tidak terlupa juga apabila sibuk membeli belah atas talian untuk keperluan sendiri, tetap ada untuk anak. Harga juga tidak membebankan kerana lebih rendah berbanding di luar. Penghataran ke rumah amat membantu dan lebih memudahkan. 



c. How do you think Lazada Malaysia can improve?

Lazada Malaysia boleh pergi lebih jauh dan berjaya lebih-lebih lagi dengan sokongan tak terhingga dari para pelanggan. Saya mencadangkan pihak Lazada Malaysia lebih menghargai pelanggan setia dengan memberi sedikit penghargaan. Selain itu, bagi menggalakkan lagi pembelian dengan pihak Lazada Malaysia wujudkan mata atau bonus pada setiap jumlah pembelian seterusnya boleh ditebus bagi pembelian di laman web Lazada Malaysia.


d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia?

Selamat menyambut ulang tahun kepada Lazada Malaysia semoga dengan ini menjadi titik tolak kejayaan dan menjadi laman membeli belah utama di Malaysia serta menjadi polopor bagi semua jenama mahupun pengusaha perniagaan seterusnya terkenal di serata dunia.


Saya ingin menjemput sekalian rakan-rakan blogger untuk turut serta dalam peraduan ini.
Semoga Berjaya! Syarat untuk menyertai adalah seperti disini Lazada Birthday Blogger Contest
Bermula 1st March sehingga 23 March 2017 (11.59pm). 

24 comments:

  1. Selamat hari lahir Lazada.. Semoga berjaya awak.

    Wishlist awak memang menarik. Saya suka dengan pilihan jam awak. Cantik..

    ReplyDelete
  2. Good luck ya awak! saya pun join juga hehe semoga ada rezeki kita berdua.

    ReplyDelete
  3. Good luck yer! tak sabar nak tunggu lazada announce winners.hehe

    ReplyDelete
  4. cantiknya jam tuh... mmg memikat n terpikat menengoknya

    ReplyDelete
  5. Good luck! Jam dengan boots cantik 😊

    ReplyDelete
  6. Good luck.... cantik basikal tu... huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank