Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Tuesday, February 21, 2017

Kawin Ana

Ana ni cousin aku.. Afeef panggil acik Nana... euuww.. anje betul Afeef panggil macam tu.. Dulu Ana ni baby sitter anak sepupu (depan rumah kitorang je) sekarang ni da kahwin nanti baby sit anak sendiri ye acik Nanaaaaaa.. Btw, tetiba teringat Lagu didi and Friends, Afeef suka pulak tu nyanyi lagu Oh Nana..

Tapi dia bantai lirik sendiri la.. oh nana oh oo nana.. oh nana yang.. .... nan shomeyy (pelat sikit) tapi suka pulak aku dengar dia nyanyi.. mcm seronok sangat.. ye la.. omak dia pun sama kuat karok dalam kereta & jamban tapi syok sendiri je la.. kalau nyanyi depan orang ioul malu gila.. sebab suara sumbang katak.. mesti hujan lepas tu..

Tahniah acik Nana and Pian.. till Jannah tau.. lebiu.. Suka la pengantin ni dengan Afeef.. Iouls pun dulu memang baik gila dengan Ana ni. Dia la kawan merayap, merampit, menternak lemak dan melepak..

kasi can Mummy, Naufal and adik Puteri pulak bergambar dengan pengantin.

 Rombongan marhaban telah tiba... marhaban yaaaa...

Spot me! Tu... tu la yang menyibuk sebelah pengantin.. during her Solemnization Ceremony
kepala hijau ni mostly sepupu rapat and adik-beradik Ana.. comel-comel semua.. ini semua sedara belah ayah iouls.. kalau nak ikutkan, belah ayah semua tinggi-tinggi and sado (bukan gem gem, jenis rangka besar aku tengok) tak kira laki or perempuan.. har har har.. jangan marah eh.. kang kena kecam dengan diorang ni.. iouls ikut baka belah mak.. kurus kiut mata kecik, amoi-amoi sikit (sikit je) har har har.. sempat lagi nak membahan diorang.

The next day, Reception with the brides.. Tema diraja uolss, untuk meraikan raja satu hari .. mujur tak sanding kat Istana, kalau tak, habis kitorang tak boleh masuk.. tudung kuning-kuning tu adik beradik Ana kalau korang nak tau.. best tau jadi bridesmaid.. dulu masa iouls kawin tak de macam ni.. yang barbaju sedondon tu hanya makcik-makcik penanggah je.. kalau kawin lagi lepas ni boleh lah buat camni eh, ko dah kenapa?

masa ni Brides nak pergi berarak.. dia punya nervous jangan cakap la.. si Ana, bukan iouls..
aku cuma nak tenangkan keadaan..

Wishing tree to Pengantin.. Afeef tulis sendiri hokay.. sorry Ana, kalau nampak comot.

Photobooth.. Full glam with sequines.. Menjadi jugak la kalau nak ajak berposing si Afeef Anaqi ni...

As an usher. Tetiba iouls pergi kedepan untuk sambut tetamu sambil keruk-keruk dengan mak pengantin yang berseri-seri ni.. tetiba pastu ada orang ajak bergambar pulak.. siot tol~

Ni, makcik and belah mak punya kerabat, espacially yang ber-handbag tu.. suka sangat diorang datang memeriahkan majlis cousin aku ni.. sporting dan peramah yang amat.. semua orang senang dengan dia... tudung hijau tu omak iouls.. yang tudung hitam tu musuh iouls.. menyampah betul dengan budak ni.. asyik nak cari gaduh je.. ku tarik tudung dia sekali.. haa.. padan muka..

 amit tamit pose pengantin.. haha korang tau ke pe makna dia tu.. bagitau kat komen.
Si tudung hitam tu pulak, padan muka gambar kau cacat tutup mata! ha ha ha . . . 
.
.
.
.
.
,
Minggu depannya pula, kenduri jiran sebelah rumah.. kenyang makan kenduri je la.. takpe, yang penting sodap!


mari sama meriahkan majlis orang...

Iwan & Fie may your marriage full of happiness and last till Jannah.. Ammmin

Kenduri bulan satu, nak habis bulan 2 baru buat entry... sorry la sis buzy banyak..
xoxo
xoxo
xoxo

Thursday, February 16, 2017

Pentingnya wedges bagi aku



Okay post hari ini khas untuk wanita yang suka sangat pakai kasut tumit tinggi tapi kini rasa yang ia terlalu susah untuk digayakan setiap hari. Kalau dah selalu pakai mesti ada yang dah sakit belakang tapi tak tahu puncanya kan? Memang tumit tinggi akan memberi kesan negatif seperti sakit belakang kerana tekanan yang diletakkan pada tunjang belakang semasa berjalan memakai kasut tumit tinggi. Jadi untuk elakkan perkara ini, para wanita di luar sana boleh pilih wedge shoes untuk kekal bergaya dan bebas dari ketidakselesaan.

Kenapa kasut wedges lebih mudah dipakai? Sebelum itu mari kita kenali dulu apa kasut jenis wedges. Wedges merupakan sejenis kasut tumit tinggi tetapi mempunyai tumit yang lebih tebal. Kasut jenis wedges digemari mereka yang baru sahaja belajar memakai kasut tumit tinggi dan juga untuk mereka yang suka menggayakan stail tumit tinggi tetapi perlu memakai secara harian.
  

Untuk menjawab soalan tadi, kasut wedges lebih senang digayakan kerana permukaan tapak yang lebih luas. Tumit tinggi yang luas memberi lebih kestabilan untuk mereka yang memakainya. Dengan permukaan tapak dan tumit yang luas, tekanan semasa berjalan lebih seimbang dan mengurangkan keselesaan semasa memakainya berbeza dengan kasut tumit tinggi biasa yang mempunyai tapak permukaan dan tumit kecil.

  

Tapi kasut wedges bergaya atau tidak? Sememangnya bergaya. Tidak ada beza dengan kasut tumit tinggi biasa cuma tapak sahaja. Gaya reka bentuk kasut wedges terdiri dari pelbagai jenis. Ada yang mempunyai strap atau tali, corak dan warna menarik malah ada yang diperbuat daripada kulit asli mewah. Mana satu pilihan anda?
Love that wedges complete my outfit of the day.. amacam, ada rupa Neelopa tak?
(Mohon jangan lempang laju-laju)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank