Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Thursday, February 16, 2017

Pentingnya wedges bagi aku



Okay post hari ini khas untuk wanita yang suka sangat pakai kasut tumit tinggi tapi kini rasa yang ia terlalu susah untuk digayakan setiap hari. Kalau dah selalu pakai mesti ada yang dah sakit belakang tapi tak tahu puncanya kan? Memang tumit tinggi akan memberi kesan negatif seperti sakit belakang kerana tekanan yang diletakkan pada tunjang belakang semasa berjalan memakai kasut tumit tinggi. Jadi untuk elakkan perkara ini, para wanita di luar sana boleh pilih wedge shoes untuk kekal bergaya dan bebas dari ketidakselesaan.

Kenapa kasut wedges lebih mudah dipakai? Sebelum itu mari kita kenali dulu apa kasut jenis wedges. Wedges merupakan sejenis kasut tumit tinggi tetapi mempunyai tumit yang lebih tebal. Kasut jenis wedges digemari mereka yang baru sahaja belajar memakai kasut tumit tinggi dan juga untuk mereka yang suka menggayakan stail tumit tinggi tetapi perlu memakai secara harian.
  

Untuk menjawab soalan tadi, kasut wedges lebih senang digayakan kerana permukaan tapak yang lebih luas. Tumit tinggi yang luas memberi lebih kestabilan untuk mereka yang memakainya. Dengan permukaan tapak dan tumit yang luas, tekanan semasa berjalan lebih seimbang dan mengurangkan keselesaan semasa memakainya berbeza dengan kasut tumit tinggi biasa yang mempunyai tapak permukaan dan tumit kecil.

  

Tapi kasut wedges bergaya atau tidak? Sememangnya bergaya. Tidak ada beza dengan kasut tumit tinggi biasa cuma tapak sahaja. Gaya reka bentuk kasut wedges terdiri dari pelbagai jenis. Ada yang mempunyai strap atau tali, corak dan warna menarik malah ada yang diperbuat daripada kulit asli mewah. Mana satu pilihan anda?
Love that wedges complete my outfit of the day.. amacam, ada rupa Neelopa tak?
(Mohon jangan lempang laju-laju)

10 comments:

  1. sama! ayu pun selalu pakai wedges. kawan-kawan selalu tanya tak penat ke pakai tinggi padahal kita dah biasa je hehe pada ayu pulak pakai flat macam pijak tanah terus haha

    ReplyDelete
  2. me too, love wedgess !
    hehee, dgn berat badan skrg, boleh lagi wedges, tapi heels, memg tak gemarrr sangat~

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tapak dia lebih stabil.. suka pakai.. selesa..

      Delete
  3. Dulu2, Saya suka juga pakai kasut tinggi supaya nampak bergaya ala gadis gitu. Tapi lama2 kelamaan saya tertarik dengan kasut wedges. Sebab still bergaya dan tinggi tapi skg sy jarang dah pakai. Pakai time perlu ja. Sebab sekarang saya suka pakai kasut atau boot. Tumit makin turun. hehehe anyway cantik kasut awak. pandai awak match kasut dengan tudung. so nampak lebih terserlah kasut awak. :)

    ReplyDelete
  4. Wedges memang pilihan terbaik untuk nampak gorgeous dan selesa dalam satu masa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank