Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Tuesday, June 06, 2017

Infection pada telinga si kecil

From web : babycenter.com.my afeef masa baby, 2 kali terkena jangkitan pada telinga.. dan kedua-dua kes teruk saya rujuk ke hospital pakar.. dan dirawat dengan segera. punca utama adalah selsema dan juga clogged due to ear wax. Mengakibatkan kegatalan pada kawasan telinga dan juga demam. So, kita refer pada penerangan web babycenter dibawah: 


Bagaimanakah saya boleh tahu samada bayi saya mendapat jangkitan telinga?
Agak sukar untuk menentukannya, tetapi jika anak anda mempunyai batuk atau hidung meleleh dan tiga atau lima hari kemudiannya menjadi demam, ini mungkin disebabkan jangkitan telinga. Bayi mungkin juga menarik-narik telinga atau kelihatan resah. Jika dia bertatih, dia mungkin mengalami masalah imbangan dan berkelakuan lebih cemerkap daripada biasa. Menghisap dan menelan juga menyakitkan dia, jadi jika bayi anda menolakkan badannya daripada payudara atau botol setelah mula menyusu, seakan-akan dalam kesakitan. 

Adakah jangkitan telinga sesuatu yang biasa?
Jangkitan telinga biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak kecil. Kebanyakannya berlaku kepada bayi berusia enam bulan hingga 18 bulan, tetapi ia boleh berlaku pada mana-mana usia. Kita tidak tahu mengapa, tetapi kanak-kanak lelaki lebih berkemungkinan mendapat jangkitan telinga berbanding kanak-kanak perempuan.

Apa yang menyebabkan jangkitan telinga pada bayi saya?
Bayi anda mungkin menghidap selesema, yang menyebabkan telinga tengahnya bengkak. Kebengkakan itu memerangkap cecair di dalam telinganya. Ini membentuk satu persekitaran yang hangat dan basah di mana bakteria dan virus boleh merebak. Apabila jangkitan sudah berlaku, nanah akan terhasil dan tekanan pada gegendang telinga bayi menyebabkannya membonjol dan keradangan berlaku. Bayi anda kemudian mungkin akan demam kerana badannya cuba melawan jangkitan itu. Jenis jangkitan telinga ini dinamakan otitis media akut. Satu lagi sebab bayi anda boleh mendapat jangkitan telinga ialah kerana tiub dalam telinga tengahnya pendek dan mendatar, kerana ia masih berkembang. Semasa bayi anda membesar, panjang tiub itu akan bertambah tiga kali ganda daripada 1.25 cm kepada 3.8 cm dan menjadi lebih tegak, mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan. 

Bagaimanakah jangkitan telinga bayi saya boleh dirawat?


Kebanyakan jangkitan telinga akan sembuh sendiri, namun baik juga jika anda bawa bayi anda berjumpa doktor jika:
  • bayi anda berusia kurang daripada tiga bulan;
  • simptom-simptomnya tidak berkurangan selepas 24 jam;
  • bayi anda dalam kesakitan yang teruk;
  • terdapat cecair keluar dari telinga bayi;
  • kedua-dua belah telinga bayi anda dijangkiti.
Jika bayi anda sangat tidak sihat dan jangkitan itu bukan disebabkan oleh virus, doktor mungkin akan mempreskripsikan antibiotik. Telinga bayi anda seharusnya mula sembuh dalam tiga atau empat hari, dengan atau tanpa antibiotik.

Anda juga boleh memberi bayi anda paracetamol atau ibuprofen untuk bayi jika dia sudah berusia tiga bulan atau lebih. Ini akan mengurangkan kesakitan dan demamnya. Juga berikan dia banyak susu badan untuk kekal hidrat. Jika bayi anda minum susu formula atau sudah makan makanan pejal, anda boleh berikan dia air tambahan.

Mengapakah nanah meleleh dari salur telinga bayi saya?

Nanah atau cecair kuning bercampur berdarah keluar dari telinga bayi bermakna sudah terdapat lubang kecil dalam gendang telinganya. Ini selalunya pulih dengan sendirinya dalam masa lebih kurang dua minggu, namun hubungilah doktor supaya beliau boleh memeriksanya.  



Telinga bayi saya masih belum sembuh. Apakah yang harus saya lakukan?
Jika jangkitan telinga bayi anda masih belum bertambah baik selepas empat hari, dengan atau tanpa rawatan dengan antibiotik, mintalah doktor memeriksa telinganya. Bayi anda mungkin mengalami jangkitan telinga yang lebih serius yang mungkin memecahkan gegendang telinga dan membanjiri salur telinganya. Kadang kala ini boleh menjurus kepada masalah seperti kemerosotan deria pendengaran.

Anda juga seharus
nya membawa bayi anda berjumpa doktor semula jika dia menunjukkan simptom-simptom baru seperti muntah, demam atau kurang selera makan. Simptom-simptom baru boleh jadi tanda bagi sepsis, yang beerlaku apabila badan bertindak balas terhadap jangkitan dengan menyerang dirinya sendiri. Kemungkinan besar dia tidak apa-apa, tetapi sepsis boleh jadi lebih teruk dengan cepat, jadi lebih baik anda ambil langkah berjaga-jaga dan bawa bayi anda untuk diperiksa doktor.

Jika bayi anda mendapat jangkitan telinga yang berulang-ulang, ini juga boleh membawa kepada kehilangan pendengaran dan parut di dalam telinga. Ini jarang berlaku, tetapi penting bayi anda diberi rawatan sebaik sahaja dia mendapat jangkitan telinga supaya supaya dapat mencegahnya daripada menjadi lebih teruk. Ketahui apa yang perlu dilakukan jika bayi anda mengalami jangkitan telinga berulang.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengelakkan bayi saya mendapat jangkitan telinga?

Ada beberapa perkara yang anda boleh buat untuk membantu mengelakkan bayi anda mendapat jangkitan telinga: 
  • Dudukkan bayi anda semasa memberinya makan, bukannya membaringkan dia terlentang.
  • Cuba jangan beri bayi anda puting kosong. Jika dia sudahpun menggunakan puting kosong, cuba kurangkan jumlah masa dia menggunakannya.
  • Jangan merokok atau membenarkan sesiapa sahaja merokok berhampiran bayi anda.
  • Pastikan bayi anda telah mendapat vaksin pneumococcal. Vaksin ini boleh mengurangkan risiko jangkitan telinga bagi sesetengah kanak-kanak.
  • Jika boleh, cuba jangan letakkan bayi anda di nurseri ketika dia berusia kurang daripada setahun. Nurseri boleh mendedahkan bayi anda kepada batuk dan selesema, yang boleh membawa kepada jangkitan telinga.


keadaan dalam telinga yang berair.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank