Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Saturday, September 02, 2017

Operation Tonsil Afeef

Cerita ni adalah kisah tragis dalam 4 bulan lalu, seumur hidup pengalaman saya dan anak kerana dia harus dibedah dengan kadar segera. Ketika itu, umur Afeef hampir mencecah 3 tahun. Kami sekeluarga dengan tergesa-gesa membawa Afeef ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, dengan keadaan Afeef yang berdengkur kuat dan kesukaran untuk bernafas yang paling mencemaskan, tulang dada Afeef tersembul tinggi. Pegawai perubatan di kaunter bertanya dengan nada cemas, Budak ni ada sakit jantung ke? Kita pun dah redha apa doktor nak buat dan rawat Afeef selepas ni sebab tak tau nak jawab apa dah.. yang terlintas difikiran, budak ni hanya ada tonsil je, tapi kenapa sampai tulang dada membukit? Apa kena mengena dengan dia ni? Doktor on-call di zon merah kecemasan pun tanya benda yang sama, hati tiba-tiba sebak. Tak mampu nak cerita panjang apa yang jadi pada Afeef. 

Doktor buka baju Afeef untuk lihat badannya. Masa tu Afeef tengah tidur, tetiba dia terbatuk kuat, bangun cuba mencuri dan menarik nafas dengan panjang dan terus menangis. Sama. Begitu la keadaan dia ketika tidur dalam dua tiga minggu kebelakangan ini. Tidak lena, mudah terjaga dan menangis. Afeef juga batuk dan selsema. Doktor beri neb adrenaline, batuk berkahak yang sedang dialami sedikit lega tetapi dia terus terjaga dan masih lagi ketakutan dengan keadaan sekeliling zon yang penuh dengan pesakit kritikal. Dia masih terkejut dengan apa di depan mata. Nurse, doktor dan doktor pakar kanak-kanak kelilingi Afeef untuk melihat serta merawatnya. 

Doctor detect 2 symptom masaalah pada Afeef. Stridor dan Apnea
Stridor adalah bunyi dengkuran keras ketika bernafas disebabkan halangan pada salur pernafasan.
(harsh vibrating noise when breathing, caused by obstruction of the windpipe or larynx)
Apnea pula berhenti sementara bernafas, terutamanya semasa tidur.
(apnea is temporary cessation of breathing, especially during sleep)


Keadaan Afeef semasa tidur yang amat menyedihkan.. ruang pernafasan sempit kerana pembengkakkan tonsil mengakibatkan kurangnya oksigen ke otak dan berisiko tinggi jika Stridor dan Apnea semakin teruk. Mulut lebih cenderung terbuka ketika tidur bagi mambantu dan memudahkan diri untuk bernafas. Semasa tidur, lidah dalam keadaan rehat cenderung kebelakang menghampiri tekak. Kesian tengok keadaan Afeef masa ni.. struggle untuk tidur, kadang tak selesa dan susah lena. Kerap kali terjaga dan menangis. Kesannya, kita juga selalu mengantuk dan kurang tidur sebab kerap terjaga kerana anak tidak sihat. Berbalik cerita di Hospital tadi, dalam 3 hingga 4 jam di zon merah, doktor masukkan Afeef ke Pediatric High Dependency Unit (PHDU juga dipanggil ICU bagi kanak-kanak) Afeef dipasang alat bantuan pernafasan dan juga dipantau oleh doktor sepenuhnya.

       

Antara jenis-jenis mask untuk bantuan pernafasan. Cuma jenis FitLife je Afeef tak pernah pakai. Ia mungkin hanya berdasarkan kepada stok peralatan dan keperluannya di hospital ini. Selepas 48 jam pertama di PHDU, berjenis-jenis mask ditukar setiap hari bagi membantu pernafasan Afeef mengikut kesesuaian serta keadaan oksigen dalam badannya. Ia dikawal berpandukan bacaan oksigen pada mesin. Seperti gambar contoh dibawah.


Mujur tak jatuh mesih ni sebab Afeef tarik tube dia. Mimi tau Afeef rimas pakai mask tu.. sabar nak.. mujur dia masih boleh dipujuk. Cakap dia sakit, sikit lagi nanti baik ye sayang, dah tak payah pakai mask ni.Semakin lama, tahap kesihatan menunjukkan bacaan semakin baik, maka atas saranan doktor pakar, pegunaan oksigen dikurangkan dan hanya diguna semasa hanya waktu tidur sahaja.. ketika tidur, lidah dalam keadaan rehat akan lebih cenderung kebelakang dan hampir kepada anak tekak. tonsil yang membengkak menyebabkan saluran nafas semakin sempit, bengkak pada Afeef bukan hanya tetumpu di kawasan tekak malah pangkal hidung juga. Ia lebih menyukarkan untuk bernafas dan mengakibatkan dengkuran yang kuat. 

Ibu mana tak sedih bila tengok keadaan anaknya begini.. bersyukur jika anak sentiasa sihat tubuh badan kerana ada lagi manusia yang diuji lebih hebat. Ada anak kecil yang hidupnya sentiasa bergantung pada oksigen dan perlu membawanya pada setiap masa. Semoga Allah mudahkan urusan mereka. Aaaamin..


Berbalik pada cara rawatan pada Afeef oleh pihak hospital, kes dirujuk kepada pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) dan juga pakar pediatrik. Endoskop adalah cara untuk mengesan punca penyakit serta anggota yang terlibat. Bagi kes tonsil, endoskop hidung digunakan tiub kecik berkamera dia masukkan melalui hidung ini adalah alat perubatan yang terdiri daripada tiub yang nipis, tegar dengan kabel fiberoptik untuk membawa cahaya. Endoskopi kemudiannya disambungkan kepada sumber cahaya dan kamera video untuk memaparkan imej yang diperbesarkan pada skrin. Imej endoskopik ini boleh ditangkap dan direkodkan untuk dokumentasi untuk setiap pesakit.

Menangis. Mungkin kerana rasa yang sangat-sangat tidak selesa dan menyakitkan pada anak kecil. Setelah diteliti, kedua-dua tonsil ditekak akan dibuang dan terdapat satu lagi bengkakkan pada pangkal hidung yang berpunca daripada jangkitan kuman juga akan dibedah. Allahu, keadaan bengkak terletak berhampiran dengan otak dan doktor menerangkan bahawa bengkak tersebut hanya dibuang separuh sahaja dengan menggunakan alatan khas kerana risiko terlalu tinggi. Selepas ini, keadaan Afeef dari segi kesihatan dan kebersihan perlu sentiasa dijaga dengan baik kerana masih ada kemungkinan untuk terjadi jangkitan kuman.


Selama lebih dua minggu keadaan pernafasan Afeef dipantau dan bagi tujuan pembedahan, Afeef perlu bebas dari keadaan demam, batuk atau selsema.. keadaan dia perlu betul-betul sihat ketika pembedahan begi mengelakkan jangkitan yang lebih teruk atau menggangu sistem ketahanan tubuhnyaa. Afeef sangat suka sangat makan makanan hospital.. Nasi dan segala jenis lauk ayam memang makanan kegemaran dia.. kadang sampai bertambah makan.. Part ni, seronok tengok dia gembira dan bersemangat.


Pemeriksaan lanjut, Afeef berjumpa doktor pakar dan ibu juga harus mendengar penjelasan dari doktor juga harus bersedia untuk sebarang kemungkinan. Sebelum dan selepas pembedahan, Afeef perlu sentiasa pakai mask terutamnya untuk keluar atau pergi tandas di luar bilik kerana akan melalui katil kanak-kanak lain yang berpenyakit. Pencegahan dirinya dari sebarang penyakit berjangkit lain..

Sebelum hari pembedahan, Afeef diwajibkan untuk berpuasa.. masa ini kita agak cemas kerana perlu tenangkan anak kecik yang belum faham sepenuhnya prosedur hospital dan pembedahan. Afeef kebiasaannya akan bangun awal dalam masa 6.30-7 pagi, mintak susu sebaik bangun dari tidur tetapi Alhamdulillah, Allah permuhkan urusan semuanya.. Afeef bangun pagi agak lewat sedikit dengan keadaan tenang. Kita ibunya, sayu hati tengok keadaan anak, peluk dan cium dia semahunya dan mendoakan semoga urusan pembedahan berjalan lancar.


Nurse dan doktor sangat pantas menyiapkan afeef untuk dibawa ke dewan bedah, termasuk guard membantu bagi kelancaran proses. Tiba di dewan bedah afeef inu pada anak hanya dibenarkan menemani anak sehingga bius diberi, kemudian dengan kadar segera hasrus meninggalkan dewan bedah bagi kelancaran doktor menjalankan tugasnya pula. Lebih kurang sejam di dewan bedah, Afeef dibawa keluar ke ruang berehat, ibu dipanggil bagi menemani anak. kelihatan kesan-kesan darah dia hidung dan mulut Afeef. Sayunya hati. Sedih bercampur kasihan. Mimi doakan Afeef sentiasa kuat dan sihat selepas ni ya. Kamudian Afeef dibawa semula ke wad. doktor lihat keadaan Afeef semakin baik dan ibu dinasihati untuk beri anak makan makanan lembut dan keesokkanya makanan pejal bagi membiasakan tekaknya semula agar tiada darah beku terjadi. Sekali sekala Afeef diberi aiskrim dan jus buah sejuk bagi melegakan tekaknya. 2 hari selepas pembedahan Afeef dibenarnya pulang setelah 21 hari dirawat dihospital.



Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada pihak hospital terutamanya doktor-doktor dan doktor pakar yang banyak membantu. Sebahagian nurse yang ringan tulang dan amat baik hati terhadap kanak-kanak. Pesakit kanak-kanak di wad PHDU dan Wad 6 (bagi kanak-kanak) didoakan semoga diberi kesembuhan yang segera serta dipermudahkan segala urusan sekeluarga. Kepada nenek dan atuk Afeef yang banyak sangat membantu menjaga dan menjenguk Afeef selalu, moga Allah membalas semua jasanya... aaminn.. Akhir kata dari Afeef jagalah kesihatan diri masing-masing. Mencegah dan merawat pada peringkat awal sangat bagus sebelum ia melarat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank