Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Tuesday, January 30, 2018

Snow-walk I-city

Omar & Hana ada satu video klip dekat salji.. pergh terus order -
Afeefmimi nak pegi situ.  Mimi: main salji ke. Afeefya.. afeef nak main salji.. jom la pergi mimi 
Hari tu de tercerita dekat afeef mak dia pergi Japun pegang salji.. terus teringat dia mintak pergi yang dekat Jepun terus.. Adeh nak.. sabar-sabar sikit ye.. kita pergi main salji yang dekat-dekat dulu yer..


Enterence dekat I-city.. wahhh lawa gila tu yang buat tak sabar-sabar afeef nak terus masuk.. Sebelum tu, nak masuk dekat I-city ni kena pakai card nama dia i-Card and perlu reload point dalam tu.. Ceh, dah macam main dekat Molly Fantasy lak.. macam kad Touch n Go pun ada jugak.. haha.. macam-macam mainan ada kat sini.. Untuk mak bapak sekalian, sabar dan duit kena bawak lebih sikit ye.

What is i-Card? i-Card is a preloaded card and the only payment tool for the goods and services rendered by i-City at its Leisure Park @i-City”). It is ready to use as soon as you purchase and top-up money into it. 


One #ootd from Afeef please.. 


Snowalk is South East Asia’s first indoor winter wonderland. It is climate-controlled at below 5 degrees Celsius with 100mm of snow underfoot and provides an unforgettable Arctic experience to anyone looking to escape the tropical heat.



Jacket provided and should be returned after use. Covered shoes are compulsory to wear because of the very cool temperature don't worry if you did't bring along your shoe because shoes rental is available.


It features 50 thousand square feet of floor space and over 100 tonnes of ice sculptures shaped by a team of 30 artists from Harbin, China. 


It also features a play zone for fun activities such as snowman-making, ice-sliding and tobogganing.


Gelongsor ais pun ada seronok betul Afeef naik turun main, aku jer yang risau sebab licin takut lak jatuh, well.. mak-mak kan? paranoid. 

Suhu sejuk gila kalah peti ais dekat rumah.. Afeef jelir lidah dah kenapa? Ingat boleh makan ke snow tu? Ais batu boleh la dia selalu kunyah.. uishh.. ngilu pulak gigi aku..


Merata-rata jalan licin.. memang kena hati-hati.


Lighting dalam ni memang out la... better bawak camera or dslr yang boleh setting lighting gelap..


Menyesal sungguh pakai wedges.. Payah betul nak jalan, aku advise korang pakai sport shoes je.. Tak payah nak gedik pakai heels bagai.. 


Lagi sejam aku berdiri dekat situ, sama keras macam dinding tu nanti. Fuh, menyesal buka kasut habis basah stokin.. Kalau tak bukak payah pulak nak jalan..


Seronok dia duduk dalam ni kalau boleh taknak keluar.. tapi tak mampu la sebab sejuk melampau.. surrender jugak budak ni last-last.. 

Hiasan lain-lain.. cantik-cantik cuma tak lama la dalam tu tak sampai sejam.. Tak tahan beku.. next time nak datang lagi prepare baju tebal, gloves untuk anak skali, stokin tebal dengan sport shoes je.. Kesian berebut gloves dengan anak tadi.

-----------------------------------------------------------------------------------------

FUN WORLD ITSY BITSY


Dah tak tahan sejuk kitorang decide keluar je la.. bawak afeef pergi main dekat luar pulak.. Budak ni walaupun sejuk nak beku tapi dia tetap kuat semangat nak main  salji air tu.. adeh, omak risau dia selsesam je nanti.. Atau si kecik ni praktis nak duduk London? Kashmir? Jepun? New York? bawak mak sekali nak ye.. kalau nak migrate.


A magical park where adults and parents can relive their childhood while spending time with their children as they join the hardworking ants. They can even have a fun moment together as Mr & Mrs Bee busily buzz around ferrying ‘kids’ to their “beehive”.


 Budak yang bernama Afeef Anaqi ni kalau boleh roller coaster pun dia nak naik, mana la ada untuk budak kecik. Tak boleh nak,  sedar diri tu budak kecik dulu.. cuba korang cari video kt youtube, Rocking Chaise Car i-ity ni macam mana ride dia? Ke depan, belakang, pusing, guling or emergency break dia boleh gelak-gelak pulak macam main dekat video games tu..


 In Itsy Bitsy, there is a variety of readily available rides like the Mini Pirate Ship, Rocking Chaise Car and Fitness JR where kids’ stamina and physical strength are put to the test.


Nak habiskan token, ride la train ni.. masa pergi ni tak ramai orang, dan-dan tu Afeef nak conquer duduk  sorang dia suruh mimi duduk tempat lain. Eh, tak tau ke mimi risau, mimi nak duduk sebelah Afeff sebab nak pegang Afeef. Again, paranoid!


Anak mak releks je.. Sebelum gelap jom la kita balik ye Afeef, mimi macam nak membuta lepas ni.. Hahaha.. kuat betul stamina budak ye.. Kalau dah main tak tau nak rehat.


Besok-besok datang lagi tau mimi -pesan Afeef

xoxo

Thursday, January 11, 2018

New attraction of Genting

Celebrating New Year 2018! iouls ni takde la nak berjaga malam semata-mata nak countdown sambil melepak tengok fireworks.. memang la keesokkan harinya tu public holiday tapi kebiasaanya kalau dah hari cuti tu, mesti manjang dekat rumah.. Iouls adalah sejenis yang tak pandai pun nak stay-up sangat ni.. jam kalau dah lebih 12 tengah malam, mata tu akan automatik berat dan bantal pun memanggil-manggil (bajet si Cinderella). Ingat lagi masa zaman study dekat U dulu, tak kira la esok nak exam ke, presentation ke.. bila dah time, memang princess akan beradu dulu lantak la roomate nak pasang alarm kuat, bancuh kopi, masak meggi, bangun buat revision ke.. iouls tak peduli semua tu.. haha.. sebab ni la tak dapat 4 flat kan? dah, cukup-cukup la tu throwback.

Berbalik kepada cerita hari cuti, iouls suka kalau penuhkan waktu terluang dengan jalan-jalan atau makan. Duduk rumah siang hari memang rasa panas sentiasa tu kita lari ke tempat sejuk. Tak jauh pun dari rumah dalam 59 minit dengan kelajuan 120km/jam boleh sampai tempat sejuk ala oversea dekat Genting. Dengar kata Genting ada benda baru...... ni dia Genting Highland Premium Outlet.. lama nak tunggu dia siap.. 

Sekali dah siap ya ampun lawa gila tempat ni, bangunan dia tinggi kalau dari roundabout bawah area Hotel Seri Malaysia tu amik kiri naik bukit or tengok signboard je senang.. banyak arrow dia tunjuk.. jeuh jauh dah nampak bangunan tinggi Genting Highland Premium Outlet ni.. Bagi yang drive naik ke atas ni, parking senang je.. takde la jalan jauh sangat, harga pun tak semahal Pavi dan kebanyakkan yang datang sini semua naik Cable Car je..

Genting highlands premium outlets is an outlet center with a collection of designer and name brand merchandise at savings of 25% to 65% every day including 150 outlet stores and you will find impressive savings at Adidas, Aigner, Coach, Furla, Hugo Boss, Kate Spade New York, Michael Kors, Moschino, Polo Ralph Lauren, Superdry, Tumi and more.

Bukan setakat well know butik je ada dekat sini, Food and Beverages pun banyak yang famous antaranya Absolute Thai, Dome, Starbucks, The Coffen Bean & Leaf, The Chicken Rice Shop, Dubu Yo kpop restoran pun ada dan banyak lagi.. Masa ni ioul makan dekat Food Court je... tu pun best ada Marrybrown..ahaha.. macam makan dekat airport.. pendek kata, nak datang kesini poket kena tebal dulu.. Kalau tak mesti menangis..

Nak masuk Coach ni kena banyak bersabar la memanjang kena berutur.. kalau dah masuk kena betul-betul decide nak beli atau tak.. kang sia-sia je.. sebab kalau dah keluar, nak masuk kena berutur balik kesian la pulak dekat budak kecik ni nanti.. 

Sebab ramai sangat orang beratur, kita masuk la kedai lain dulu.. sambil window shopping.. uish, besar sangat mentos tu Afeef.. stok setahun pun belum tentu habis ni.. haha..  kita beli yang lain ye nak.. chocolate lagi sedap.. Gift department dia semua best-best..

 Ni dekat Fidani Chocolatier tau.. betul-betul macam shopping dekat airport kau.. cuma Godiva je tak sempat masuk maklumlah hari hujan dan gerimis renyai-renyai... macam tak sesuai je nak makan air-cream waktu ni.. takpe, next time pasti datang lagi.. tak pun nanti bisik-bisik dekat kawan suruh organize kursus dekat Genting lagi.. wahaha (gelak setan)

Gerimis je satu hari ni.. jalan pun basah, tak seronok rasanya nak jalan-jalan lama dekat Outlet tu... tu ysng kitorang naik atas Genting.. Genting Highland Premium Outlet ni dekat bawah je.. naik bukit sikit dah sampai.. nak naik atas First World kena mendaki lagi.. tinggi lagi atas tu dalam 5km kot.. Sebab tu ramai naik cable car je.. senang..

berhanti kejap dekat tepi jalan bila dah mula nampak kabus.. excited betul Afeef macam baru bukak peti air.. fuhh.. sejuk dan nyaman je.. jadi jakun sekejap kitorang.. sambil hembus nafas buat asap ala-ala dekat oversea tu... lebih kurang je dekat atas Genting ni...

Pose background berkabus.. pergh.. fefeeling Jepun sangat.. rindunya.. dah dekat setahun tinggal kenangan tu... kena start menabung dari sekarang.. Afeef tak habis-habis cakap nak pergi jepun.. asal naik bas or nampak bas je.. nak pergi Jepun.. dia ingat boleh sampai Jepun ke naik bas tu? haha.. baik panggil Ultraman suruh pickup kitorang dekat rumah bawak pergi Jepun.

Berjimba la dekat atas tu selagi boleh.. haha.. seronok ye, hembus-hembus asap.. cuaca sejuk... dekat Klang haram nak merasa sejuk macam ni... kan best tak payah pasang aircond ke kipas ke.. jimat letrik.. drive tak payah pasang aircond pun takpe.. buka tingkap je.. ok, sebelum kaku kat bawah ni, elok la kita naik cepat-cepat..

Bila dah naik dekat atas.. round area hotel, tampat outdoor game still in progress.. hmmm bila la nak siapkan? rindu nak naik roller coaster.. indoor game yang dulu dekat dalam hotel ni pun dah takde.. banyak digantikan dengan shop-lots and restaurants.. mujuk pokok trademarks ni masih ada..

cuma ada New year decorations sempena Christmas.. comel je.. snow and tree ada dimana-mana.. and front area semua ramai dengan orang..  and wall deco diganti dengan lighting and magic lamp yang macam dalam rumah DS Aliff Syukri tu.. bergerak turun naik atas.. wahh.. amazing..

Depan lobby area dekat dengan laluan keluar ni dipanggil Sky Avenue dulu ada Kenny Rogers area ni.. sekarang no more.. tak sure pulak  dia replace Kenny Rogers tu dekat mana. 

Enjoying Sky Symphony that plays Sky Symphony Theatre of Lights and Sound adalah daya tarikan multimedia yang pertama di Asia pertunjukan visual orkestra luar biasa audio, visual dan gerakan pengaturcaraan grafik serta ilustrasi Hutan, Symphony Bandar dan Dewi.

Ada 1,001 bola winch digantung dari siling empat tingkat tinggi. Bergerak laju kebawah dan keatas seronok tengok lampu bertukar warna..

Screen ni nak tengok movie pun boleh.. cun sangat.. amboi Afeef berjoget lagi.. mama pun layankan je.. dalam First World Hotel ni pun, dah banyak berubah.. tempat makan tu makin banyak pulak.. makin senang nak cari makan dekat sini...

Street Churros pun ada, meh tunjuk sikit.. dekat KL pun ada tapi tak banyak lagi outlet dia.. seronok sejuk-sejuk pekena churros dan air panas dekat sini.. refreshing body... 

Tak dapat makan dengan tenang mama ni.. asyik berebut je dengan Afeef.. dia kata sedap.. next  time kita lepak OU eh makan lagi.. tak pun mama bukak youtube je la.. amik resipi dengan tutorial sekali masak sendiri dekat rumah leh makan banyak-banyak..

Level 4 (atas sekali) A Taste of Malaysia memang la makanan tempatan.. bila tengok betul-betul semua restoran dekat sini adalah Non-Halal.. hampeh betul.. better la korang pergi makan astfood je la.. tak pun tengoklah directory balik.. kot-kot jumpa Kenny Rogers ke.. haha.. tak habis-habis KR

Waktu balik tu dah gelap malam, so Mini Strawberry Farm pun dah tutup.. sempat singgah kedai tepi jalan tu je beli strawberry dip chocholate... lagipun dulu dah pernah pergi kan? Ingat tak entry ni? Kali ni kita pergi strawberry belum berbuah lagi katanya..

Sunday, January 07, 2018

Nada turns 2

Happy Birthday Nada!!! by the way, where's Nada? 

where?

where?

oh, lets have sword fight with Kael

again, where's Nada?

Hi mascot.. i tengok dari jauh la ya..

This is Nada... have a blast Nada.. you are turning two today.. be a good girl to your mom and dad.. Thanks for inviting! I have got a set of happy meals, gift and balloons.. Thanks Aunty..

Mummy and friend.. sekejap mama, mummy, mimi.. sometimes kakak pun ade Afeef panggil mak Afeef ni.. haha


Mama and her BFF


Yeah... my friends Tasha and Kael


bagi chance la mummy nak berjimba dengan kwan-kawan dia.. nice tak?

Its a wrap! Se u again.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank