Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Wednesday, December 20, 2017

Kisah Backpackers

Welcome 2018

Hellooooo its 2018 already... quarter of 2018 guysss! and i've still got 2017 stories pending, dang! sambil tepuk dahi laju-laju.. Actually last four month i dah prepare this entry half of it dah in progress sampai lenguh jari nak type but unfortunately while typing... u know la.. i loss it all! terrrdelete sobss.. sobbss.. (cry out loud icon here) 

Started again, yang mana i ingat je la nak bebel haritu.. ha, kisah ni kami for the first time on backpackers with office-mates pergi holiday kat sebuah pulau di Malaysia. Kerja yang agak gila dari kerja hakiki kami sebab bila ramai on leave so lengang la office tu.. adehh.. mujur tak kena sound dengan big Boss.. takut dia ingat ramai-ramai staff dia protes pulak.

While waiting at the airport sebab flight delay about 1 hours and selfie twinning dengan orang lain.. i pun tak kenal siapa dia ni tapi mesti uols faham perasaan itu kan? bila keluar pakai baju dan kau nampak orang lain pun pakai yang sama.. feels like.. omg.. omg.. rasa nak sorok muka dari orang lain.. cuba nak hilangkan rasa malu tu, so buat-buat muka excited la.. haha.. this one ter'set' filter camera pulak.. original is not like this guyss

 How gelandangan looks like.. mujur masih cun.. ahahahah.. bosan weh tunggu flight delay mentang-mentang la low-fare.. service lebih kurang, bagi air kosong je lak tu.. hampeh tol airasia.. Tapi we'ouls tetap jadi penunggu paling dekat dengan boarding gate konon nak jadi orang yang paling cepat masuk dalam kabin la ni.. excited punya pasal dapat escape dari laki masing-masing they'll la not me.. hahaha..

Bila dah buka gate, terus cepat-ceoat masuk.. Ni before boarding.. 1 2 3 dalam gambar, yang bawah 4 5 6 dan tepi tingkap 7 orang kesemua ahli rombongan.. best pergi ramai-ramai ni.. macam-macam kerenah ada.. macam-macam isu yang boleh di gossipkan... 30 hingga 45 minit duration dalam flight ni tak terasa langsung..  tetiba rasa dah sampai.. sebab row yang i duduk ni semua sebok berborak sampai kawan kat belakang complain bising.. haha.. diorang ni pantang lepa mesti nak terlelap je kerjanya.. hihi

Me, yang lain semua kakak-kakak,  kak Intan, Zura, Dayah, Maznah and Erni.. haha perasan paling muda rasa lak.. Time waste masa flight delay je.. dah nak depart tu kejap je pastu boleh zass mulakan aktiviti.. jimat masa dan tenaga sangat daripada long journey nak drive..

Video masa landing ni smart pulak rasa.. maklum la, baru berapa kali naik flight kan? kasian..haha!
30 minit dah tiba di destinasi dituju.. ok, kakak-kakak semua pergi cari kereta sewa.. 

Kereta sewa dekat airport langkawi ni banyak dan senang sangat nak dapat.. so, kalau korang datang sini tak book ape-ape pun takpe cari dekat airport je.. aduh.. perut dah krark.. krurk.. krak.. kruk dah ni...

Dapat je kereta, terus pecut pegi sebelah airport ni.. banyak gerai makanan.. and laksa ikan sekoq yang fames tu kat sini la... sebelah airport je, kalau nak jalan kaki pun boleh sampai.. naik kereta 2-3 minit je..

Perut tengah lapar memang tamak haloba la nak pilih makanan..

Sekali sampai selambak pinggan besar di isi.. sepinggan ni harga dalam RM 60 ke 70 lebih macam tu la.. Haha.. terbuntang mata masing-masing.. ni manusia ke hantu menteka darah ni? astaghfirullahalazim... a'uuzubillahiminasy syaitonnirrajim..

Spot tempat makan pertama, mengadap laut yang jernih dan cantik.. tenang rasa hidup.. aman rasa dunia.. segala yang ada dalam kepala otak, segala benda serabut tu hilang sekejap.

Hah, dah order makanan ni makan la cepat sebelum sejuk.. Nanti rasa dia dah tak sedap dan kena bertindak pantas sebab lepas ni ada program lain pulak nak buat..

7 ketul kesemuanya... ni bukti kaki dah jejak ke Pulau Langkawi.. juga tanda persahabatan.

Di tepian pantai, sambil menghela nafas lembut, menghirup udara segar dan menghembus udara yang tak diperlukan..

Menghayati keindahan matahari terbenam sekejap lagi.. Mashaallah, takjubnya aku pada keindahan ciptaan Illahi..

Sebelum check-in, layan kerenah mereka semua nak shopping coklat.. boleh kudap-kudap masa dalam bilik nanti kan? ataupun nak start shopping sikit-sikit pun boleh.. coklat lagkawi ni fames sangat sebab boleh dibeli dengan harga murah dalam packing yang besar atau untuk borong dan untuk kali ini, i'm appointed to be the driver (racer/drifter actually) haha.. mengucap panjang masing-masing.. Muat dan selesa untuk 7 orang termasuk barang-barang dan luggage dalam MPV Toyota Innova ni.. recommended la untuk korang kalau nak holiday in group.. minyak pun jimat..

Lavigo Resort yang kitorang dah decide untuk book awal-awal haritu..  such a nice place to stay.. 

3 king bed sesuai untuk kitorang semua.. 1 bilik dan bilik air dekat dalam.. ruang bilik ni pun lapang.. senang nak letak barang.. ada satu bed ni kitorang sahre untuk 3 orang yang kurus selesa sangat dengan full air-conditioning.. tido rasa taknak bangun!

We ouls belum nak tidur lagi ye, even penat still nak ada last activity... untuk malam ni nak penuhkan perut je dulu.. ye la, dah datang ke tempat menarik mesti la teringin nak rasa macam-macam makanan orang-orang belah utara.. So, dinner satu kali nak dekat pukul 10. Tadi masing-masing sampai hotel amik turn bersiap, mandi and solat semua.. time macam ni, kedai dah banyak tutup pulak pelik betul la.. kalau dekat KL kedai macam tak nak tutup je.. At last, jumpa juga satu restoran seafood.

Not bad, rasa macam makan makanan seafood dekat port klang... lauk penuh semeja, geng kaki makan ni memang dahsyat sungguh la.. akak amik order tu pun sampai kata "cukup lah ni dik" sebab sorang-sorang nak order menu macam tak cukup-cukup.. macam-macam ada dekat atas meja tu, sampai tak cukup meja.. ikan, ayam, udang, sotong, tomyam, sayur 2 / 3 jenis siap kerabu mangga, air tembikai.. makan dua kali ganda dari bilangan orang.. segan betul.. but still tak over bajet.. murah dalam seratus lebih je total.. pergh.. kenyang seminggu.

Kesan akibat kekenyangan ni, balik semua terus tumbang.. sepi tanpa kata.. hanya kedengaran bunyi-bunyian akibat keletihan melampau. Tv pulak tengok orang tidur.. kami semua dah lena dibuai mimpi yang indah-indah.. krohh..

  Keesokan pagi sesudah subuh terus bangun mandi, kalau lambat padan la muka kena menunggu kawan yang lain-lain siap guna toilet.. Seawal 6 pagi macam tu kitorang semua dah siap.. ready untuk next plan..

Mulakan dengan sarapan dulu.. kami teringin nak cuba makan di kedai Nasi Dagang Pak Malau.. dengar-dengar kedai ni famous sangat dikalangan pengunjung Pulau Langkawi.. ye la menu dia pun lain dari yang lain kan? selera pantai timur di utara.. 

Tempat ni kalau nak pergi, dia berdekatan dengan makam Mahsuri atau kilang gamat. Senang kata, kalau korang drive sendiri, bukak waze/maps je.. senang tak perlu susah-susah nak baca peta atau signboard.

Tempting sungguh tengok kuah dia.. lauk fresh lagi baru angkat dari kuali.. Tapi iouls kurang sikit makan lauk pedas di pagi hari kecuali nasi lemak.. kah.. kah.. so, amik ayam goreng je la mintak kuah kawan sikit-sikit. iouls tak reti nak makan nasi dagang ni macam mana..


Kuih pun ade.. kuih dia ala kampung sikit. nampak macam familiar je dengan makanan orang jawa.. perghh variety sunggoh kedai Pak Malau kajang berlipat ni, hamba musafir lalu berkenan dengan makanan ini.

Kedai Pak Malau ada scenery yang sangat cantik.. kedai dia mengadap sawah padi.. bestnya.. dingin dan nyaman menikmati santapan di pagi hari.

group photo satu.. peace semua..


Beza nasi dangang dengan menu nasi yang lain adalah jenis beras yang digunakan adalah berasnya yang tersendiri atau menggunakan campuran sedikit beras pulut. Kalau nak resipi boleh google ye, maaf sis tak pernah masak lagi lauk ni.


Gambar kenangan bersama Pak Malau.. ingatkan Pak Malau orang ganu, orang jawa rupanya..
ha ha ha.. Pak Malau dan misinya mencari bini ketiga.. patut ramah semacam..




Wuhuu.. nice ootd spot sangat dekat tengah sawah padi ni.. jauh sangat ni sampai ke Kedah padahal dekat Tnajung Karang pun ada.. 

Alolo sweetnya.. akak-akak kita nih..lepas habis makan ni, kita ikut plan asal nak spend time and activity dekat area Oriental Village.. dekat sana banyak attraction and tak terlalu jauh dari airport. By the way petang hari yang sama juga kitorang nak balik dah.. Ha ha ha.. sweet tak short escape kitorang kali ni? satu malam je stay Langkawi.. ye la, masing-masing ada commitment dengan family and kesian dekat anak-anak.. tak sampai hati nak tinggal lama then mak pergi berjimba, kan tak patut tu.. 

Dekat sini, we ouls beli ticket and souvenir siap-siap sebab kejap lagi nak singgah beli chocolate gift or barang pinggan mangkuk ke dekan Haji Ismail group, situ harga ok sangat.. sempat singgah lagi dekat Nusantara pulak, cari segala mak nenek produk gamat.. 

Then bila dah complete semua barang, kita balik bilik untuk final packing and check out. So, about luggage kitorang settlekan awal-awal, organize and susun siap-siap dalam kereta.. then, baru kita enjoy! 

Ok, kita mulakan..
cantik sungai bawah tu kan? jernih je air.. siap boleh kira berapa ekor ikan yang yang dalam tu.. haha

minah ni sempat lagi tukar baju aih...

On your mark to ride cable car.. Ready?

Istighfar panjang atas ni.. Alhamdulillah mujur smooth journey kitorang.. ini semua berkat zikir Nashrah la.. Kak Zura si baju merah ni rajin sangat la selfie..

Fuh... kesian kalau orang yang gayat naik.. gondola ni pun bergoyang-goyang tak reti diam.. kena tiup angin sikit pun goyang.. bagaimana lah perasaannya 5 jam tersekat diatas ni? Uols tau kan, kisah cable car Langkawi tergendala atas kesilapan teknikal tu.. Ya Allah permudahkanlah urusan kami.semua..

Tak lama pun duduk dekat stesyen atas tu sebab waktu tengah panas terik..

Habis cuci mata semua kita turun la balik

Naik tangga sikit dekat stesyen yang kedua ada hiasan padlock yang bewarna-warni.. ala-ala macam dekat Penang and Korea la tu..


Turun dari Sky Cab.. ahakz banyak nama dia, Sky cab la Cable Car la Gondola pun boleh.. tapi benda tetap sama.. kitorang masuk Muzium 3D Art Langkawi yang terbesar di Malaysia tau! Lapar terok la tengok epal tu...

Fefeeling mermaid you


Aquarium Zone yang memaparkan pelbagai jenis imej hidupan laut dan keindahannya, pelawat boleh memenuhi fantasi zaman kanak-kanak mereka sambil meneroka kepelbagaian lautan

Zon ini menggambarkan pelbagai tema seperti fiksyen sains, sejarah dan cara hidup.

Pelawat yang datang dapat meneroka kreativiti mereka sendiri sambil berinteraksi dengan lukisan-lukisan yang terdapat pada zon ini.

looking for love

nikmati pengalaman menyamar dengan haiwan liar yang wujud dari seluruh dunia.


Jasa Tun takkan saya lupakan sampai bila-bila


Selain itu, kitorang masuk Sky Dome (sekadar gambar hiasa) ia dilengkapi dengan 12 projektor, SkyDome menawarkan 360 derajat unjuran imej 3D yang dengan mudah meliputi bidang pandangan anda. Sensasi ini ditarik ke dimensi seterusnya dan dipertingkatkan lagi dengan definisi tinggi (HD). Ia pasti akan menjatuhkan anda ke dalam pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Sekarang, berehat dan biarkan diri anda hanyut bersama dengan keinginan imaginasi anda sendiri.

Keluar je dari Skydome rasa macam upset sangat sebab tak ambil 1 gambar pun dalam tu

menunggu detik waktu pulang ke sarang..

Tengahari kitorang lunch dulu.. makan itu 'wajib' and last but not least makan lauk

Sebelum berlepas, lepak dulu dekat kedai makan tepi airport ni lagi.. last minutes plan katanya. Kali ni jumpa kedai makan ikan sekoq yang betul-betul sedap.. laksa pun sedap cendol tu.. mcm craving lama je.. mujur dapat.. kiki..

end story.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank