Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Friday, May 04, 2018

Afeef takes Bandung Part 4

Plan asalnya nak pergi Maribaya.. tapi tak jadi.. hoho lupa la pulak kenapa tak jadi.. rasa sebab tak sempat ke sebab tutup pagi tu hujan sekejap adeh lupa plak.. so plan bertukar ke Dusun Bambu Family Leisure Park. Tempat ni sesuai sangat la nak meronda-ronda kalau pergi dengan anak kecik.


Dusun Bambu Family Leisure Park menjadi taman di kaki gunung yang menyediakan pendidikan dan kemudahan untuk aktiviti rekreasi. Ada Bamboo Playground, Archery, Shooting Target dan macam-macam lagi tetapi berbayar.. tak termasuk dengan harga tiket masuk.


Dusun Bambu Family Leisure Park ni juga terletak dekat kawasan tanah tinggi.. so, suhu atas ni sejuk tau.. nyaman je.. kalau nak buat outdoor  memang best sebab tak panas.. Nak lepas Afeef main lari-lari pun takde hal bro, bang bang! (e'eh, trademark sape tu?) 


Cuaca baru lepas hujan lagi la nyaman.. Kesayangan mama ni, hari-hari rindu dia.. Each and every year nanti mama plan lagi untuk oversea travel ye sayang.. Doakan mama murah rezeki selalu tau.. Susah payang mama sekarang ni pun for your happiness sayang.. Forget mama not, ok!


Rumah-rumah kecik dekat belakang tu, rumah ker? macam pondok je kan? yang tu adalah restauran/cafe sebenarnya. Ia terletak cantik dekat penjuru tasik.


Dekat sini kalau tak main outdoor aktiviti pun takpe.. jalan-jalan sekitar Dusun Bambu ni pun dah ok.. scenery dia cantik. ada pulak flowerman jalan-jalan naik basikal tua vintage ni.. classic je..


This is called Purbasari. Lakeside lunch with authentic Sundanese food. Saung Purbasari are located around the lake face to face with Cafe Burangrang. The main function of this saung is also as a place to eat lesehan for you who want the situation of eatingclose to nature. You can dine delicious food from Bamboo Village by looking at the lake water combined with the backdrop of mountains that stretch as far.


Eco-tourism spot yang ada disini sangat-sangat menarik. Mewakili tujuh aspek kehidupan: Ekologi (alam), Pendidikan, Ekonomi, Etologi (budaya), Etika, Estetika (Estetika), dan Hiburan.


While Afeef having morning Vitamin E.. panas tapi tak terik.. its good for health.. still rasa sejuk tempat ni dekat kaki bukit kan? so, ni kita nak bawak Afeef pusing-pusing dekat tasik.. Macam best jer kan..


Afeef pun terpegun melihat keindahan alam jom-jom kita naik bot tu cepat.. Nak meronda tempat ni pulak nanti..


Kawan-kawan mama sebenarnya yang ajak naik sekali.. tong-tong sorang sikit.. untuk baby 1 years ke bawah free je.. Afeef 4 years, tapi sebab dia pun baby face macam mama dia (sila muntah) so dia tak kena bayar.. hahahaha.


Termasuk Afeef, berlima lah naik boat tu.. masing-masing duduk jarak-jarak sebab nak bagi balance kapal tu.. lagi-lagi dengan permukaan dia yang bulat dan senang berayun tak confident langsung nak assume kapal ni secure.. seram woi kalau sengat sebelah.. kalau jatuh nanti siapa pulak nak bertanggungjawab? overthinking kan?? 


hamboi take over pose mama nampak.. kalau sis letak pool dekat sini, mesti semua vote Afeef lagi cute dari mama dia kan?


Seronok main lari-lari, jatuh pulak.. adoi (letak emoji tepuk dahi dekat sini) .. mujur la tak bedarah or koyak seluar.. macam nak mengis dia tapi tak jadi..  kesiannya la.. careless betul mama dia..


Elok jugak la pakai seluar jeans, tebal sikit takde kesan pape pun.. Sorry ye.. janji, lepas ni mama extra monitor Afeef.. 


Bergembira dia bila mama suruh bergambar.. mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. ye tak?


Dah jatuh pun tak serik-serik.. Ready, set go.. lari lagi.. lantak la, janji tak menagis..


Paksaan jadi photographer mama sekejap.. Ok what walaupun gambar blur sikit. Masa ni dah tak jumpa mana entah kawan-kawan yang lain.. Buat haluan sendiri at the moment.


Sungai berbatu bata ni mengingatkan dekat Malaysia, Japanese Village dekat Colmar Tropikal punya view lebih kurang macam ni jer.. ahahaha.. Jauh-jauh pergi ingat tempat yang dekat dengan rumah je.. tengok ni..


Enjoying Jajanan Nusantara where all type of Indonesian snacks are here. Enjoy any type of Indonesian snacks and foods all in one place here in Pasar Khatulistiwa. Buy some traditional souvenirs for your lovely family back at home or just for you to enjoy in the later time.




Rabbit Wonderland adalah salah satu tarikan khas yang dibina untuk anda pencinta arnab atau haiwan comel lain.. dengan tema Alice in Wonderland, tempat ini banyak perhatian dari pelawat yang datang, terutama untuk kanak-kanak yang kebanyakannya suka haiwan arnab. 


Dusun Bambu Family Leisure Park provides both sanctuary and recreational activity in the middle of its beautiful scenery for the whole family. Tired of walking around this place, mama treat you ice-cream, baby!


Terdapat juga banyak tempat indah yang boleh anda gunakan untuk mengambil kaki selfie.


Lutung Kasarung - Lovebird Nest..


Belakang ni tempat makan sebenarnya.. kalau nak privacy, boleh book dalam ni sambil makan dengan tenang bukan bising macam dekat open space tu.. 


Ada hammock tower jugak pulak tu, tapi berbayar la kalau nak naik.. Kalu tak gayat naik la.. sis suka je cuba malas, nanti Afeef mesti nak naik jugak. Paham tak perasaan malas tu? ahahaha.. 


one more time pose


Times up, mari keluar berkumpul dekat bas semula.. Sabar-sabar, belum penuntup lagi.. 
bersambung ke part akhir.. Part 5.


Thursday, May 03, 2018

Afeef takes Bandung Part 3


View from the hotel on day 2... Hotel kitorang stay ni nama dia Pasar Baru Hotel.. haha, building dekat luar tu padat sunggoh! a bit messier. Well kepadatan penduduk di Indonesia pun tinggi.. citezen dia juta-juta.. So, what do you expect for?


From here,  the only things yang tersergam indah is Masjid.. Subhanallah.. tapi hampir subuh gajah jugak pagi tadi, maklum lah bilik hotel kan sejukkk.. lupa nk slowkan aircond.. but i like it tho.. hahaha


Breakfast at the hotel.. Menu breakfast still okay.. tekak boleh terima and perut pun boleh hadam lagi.


Early morning, ada bubur for breakfast.. 


But ni je favourite afeef, unless cereal, any food yang related with butter, chocholate and peanut memang farourite dia sangat-sangat.. dia suka la ratah macam tu je.. adoii nak.. berapa kali dia tambah..


Only in Indonesia. roti spread with chocolate rice. Seronokkan Afeef jumpa menu baru.. dia pun suka makanan dekat indonesia.. semua kena je dengan tekak dia.. well, Afeef pun kalau bab makan, dia sejenis yang tolak batu dan kayu.. dah besar ni, dia bukan sejenis picky eater except benda tu pedas takde la dia nak makan.. perut budak pun mana tahan sangat...lagipun kan.. Afeef kadang bibik yang jaga.. huhu.. dah pernah merasa makan masakan orang sana.. huhu.. sedih mak.. 


Today is the time for shopping... hotel kitorang stay depan je dengan Pasar Baru.. shopping heaven dekat situ.. tapi bukan sejenis shopping mall.. dia lebih kurang macam GM Klang la.. cuma old bulding.. 3 juta untuk shopping cukup kot? Hahaha.. marasa gak jadi jutawan pergi indon ni..


Dekat Pasar Baru ni, ada pulak guide yang tolong bawak kitorang shopping or recommend cari barang dekat kedai mana yang lebih murah.. bukan tu je, nanti diorang yang akan tolong bawakkkan barang-barang weouls semua. First-first sekali pergi tengok-tengok telekung.. tengok-tengok je pun..  rembat jugak 5 pasang.. hahaha..


telekung travel memang iouls nak cari sangat.. alang-alang dah sampai bandung kan? senang kalau nak pergi travel or jalan-jalan ke.. takyah bawak luggage besar-besar buat berat beban je.. nak pegang Afeef lagi kan.. ahaha.. tengok tu behave je dia melayan perasaan while mama shopping..


Bermacam-macam jenis and telekung gred Siti Khadijah pun ada.. dari murah sampai mahal.. kualiti cotton biasa-biasa ke kualiti baik punya pun ada.. tu belum jenis sulam dan warna-warna lagi.. but not legit collections please bare in mind ye.. hahaha..


Only in Bandung drink ni.. ada yang kata ada dekat Malaysia.. entah la.. tak pernah tengok plak ioulss ada dekat sini.. sedappp ni rasa teh la.. mcm Chrysanthemum tea tu.. tapi lagi sedap, kurang manis i loike.


See masa sis nak ushar-ushar kain owner kedai siap rasuah budak-budak dengan makanan dan air.. Haha suka gila la Afeef favourite makanan dia kacang tu ada depan mata.. makan tak berhenti.. mak pulak senang hati nak shopping.. pilih-pilih sampai tak terpilih.. hahaha


Pilihan lace cantik tak? tapi tak hantar lagi mana-mana tailor nak buat baju.. ahaha ntah bila la nak buat.. tunggu raya lagi dua tahun kot.. ahaha.. beli je lebih.. buat nya tak.


Pilihan kain batik.. tapi sis tak beli pun.. haritu pergi langkawi dah borong.. walaupun tak sama jenis batik dia, but for me batik is batik.. and still batik.. hahahaha.. So, dekat sini kita fokus cari kain lace je ye..


pilihan kain cotton ni best.. rambang mata nak pilih..


Nampak tak corak ala pucci tu.. kain cotton warna purple biru yang sis pegang tu.. omg! sis ada kain tu, dah buat baju pun.. dah selalu sangat pakai beli bertahun-tehun lepas.. tak sangka berjodoh lagi jumpa dekat bandung..


Terus kurang sikit mood nak membeli sebab fikir ni mesti corak yang dah lama-lama punya.. adeh.. kurang-kurang pun, sis punya plastic beg paling banyak.. hahaha. bengang je member. ye la.. sis kalau berjalan beringat jugak nak belikan something dekat Mak, Ayah, Adik, Adik Ipar, Adik kepada Adik Ipar, anak buah and member office.. hah nasib tak belikan untuk satu kampung.


Sampai dekat hotel, assistant yang bawakkan barang kitorang shopping tadi tu letak semua dekat lobby hotel.. masa nak collect barang masing-masing, tetiba perasan satu bungkusan aku takda ! hoho.. kain lace aku hilang pulakk.. Mujur jumpa balik.. termasuk dekat beg member punya.. lepas tu dia label nama sis tah ape tah.. tak wujud nama tu dalam ahli rombongan pun.. nasib jumpa, kalau tak jumpa memang sis taknak bagi tips dekat diorang. hee..


Bersambung part 4





Wednesday, May 02, 2018

Afeef takes Bandung Part 2

Olay, rombongan Cik Kiah ke Hobbiton di Jawa Barat pulak. Orang kata, Hobbiton ni ala perkampungan Hobbit macam dalam trilogy movie The Lord of The Ring. Perkampungan hobbit atau hobbiton adventure jungle seluar lebih kurang 1 hektar juga di kawasan sekitarnya mempunyai Farmhouse Susu Lembang


Sesampai dibumi Bandung pun, hujan dan gerimis je sepanjang masa.. mujur Afeef tough sikit, Alhamdulillah sihat walafiat dia sepanjnag dekat bandung tu.. siap meronda-ronda semua tempat pun dia tak cranky langsung.


Kalau tak turun bus dan explore tampat memang rugi je la kan.. so masa hujan tak lebat ni la nak jalan-jalan.. nak buat macam mana, dah nasib nak hujan..


Tempat ni sesuai sangat untuk orang yang kaki selfie. tempat menarik tu banyak. Haha iouls tak tau la nak cakap ape masa pergi sini sebab sis pergi bandung ni pun unexpected nak pergi.. siap pakej bawak Afeef sekali.. memang datang saje-saje untuk hilangkan stress agaknya.. ye la. macam-maam kejadian menimpa dekat aku.. huhu kalau nak cerita, sebanyak air di lautan pun tak habis.. haha gittew..



Sempat dia pau mama... mainan wajib ada ye.. souvenir untuk dia dulu yang penting.. orang lain kemudian.. hahahaha.. manyampah aku orang meniaga tapi memaksa membeli.. mujur ada Afeef.


Haha mujur ada tangga, boleh susun semua jemah dekat sini.. dah habis cara dah macam mana nak kumpul ramai-ramai amik gambar cantik-cantik sama-sama.


seram lak tengok bangunan belakang tu, mujur takde penampakkan apa-apa.. hahaha


Untuk masuk ke perkampungan hobbit ini, dia akan beri vocher tambahan untuk menebus air susu dari Farmhouse Susu Lembang sekaligus juga dapat digunakan sebagai tiket masuk.



Geng jemah 0.2 Nais pulak gambar nih... hahahah


suka la afeef dapat air susu.. favourite dia dari baby kan..


Lepas tu kitorang pergi Floating Market Bandung. Pada awalnya, floating market Lembang tidak begitu luas. Tapi sekarang dah expand dan banyak objek menarik baru. Nama floating market ini merujuk pada tempat jualan makanan yang berada dalam perahu.


Selain pasar makanan terapung dalam perahu, terdapat juga beberapa cafe dan tempat makan lain dengan suasana yang indah. Disarankan untuk menukarkan coin secukupnya saja, jika kurang baru korang tukar lagi coin tambahan.



Meja makan pun menarik.. comel je.. bukan nak kata untuk kids seated tapi untuk dwarf adalah.. Makanan dia pun sedap-sedap..  Ada jagung cheese.. jagung tu dia potong sendiri bukan rebus bertih yang dah siap kopek tu.. pastu spiral potato pun sedap.. again, bit pricey.. coin yang kitorang tukar pun tak habus.. last-last beli airkrim je.. murah, nak habiskan coin punya pasal..


Tempat ini dibuka setiap hari pada 9 Pagi - 5 Petang, manakala pada hari Sabtu, Ahad dan Public Holiday : 9 Pagi  sehingga 8 Malam bertempat di Jalan Grand Hotel No.33E, Lembang, Kabupaten Bandung Barat. Contact number : 022-2787766.

Bersambung part 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank