Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Tuesday, May 01, 2018

Afeef takes Bandung

Salam. Meh ni hemak nak cerita bawak anak travel oversea sendiri (over the sea jer..) Sebenarnya, office ada buat trip ke luar negara.. Bandung je tak jauh pun.. Tahun lepas iouls dah tingal je anak pergi Jepun, tapi kali ni rasa tak sampai hati pulak nak tinggal anak dan si hemak pergi berfoya-foya dengan kawan-kawan. Sebab pergi dengan office so cost tak lah besar sangat and complete package except souvenior tu rasa nak bawak jugak, nak bagi dia rasa pengalaman dekat tempat orang.. Kadang si Afeef ni dok dongak ke langit tujuh tu nampak aeroplane lalu lalang, hah teringin lah dia tetiba kata nak naik aeroplane jugak.. Nak naik, nak naik, mimi Afeef nak naik!

Ini lah peluang keemasan nak holiday dengan anak naik aeroplane haha.. kelakar rasanya.. kalau nak book ticket sendiri, survey hotel ke route and transport memang tak kuasa la hemak nak buat sensorang.. kali ni hulur je, terus cabut bawak luggage tak payah pening kepala fikir.

Part best, siap ajak kawan-kawan.. the more the merrier sambil jaga nak pun mampu nak ber-hu ha hu ha.. Maelampau kan hemak sorang ni, macam terlepas dari kandang..

Bertolak kumpul dekat Klia 2 pukul 3 pagi.. haha, gigih kan nak bangun? biasa waktu-waktu macam tu dah membuta tak sedar kan diri.. ni sebab nak berjalan, celik je mata.. segar bugar terus.. Bertolak drive ke office Afeef tido, naik bas ke Klia 2 pun dia tido.. nak sampai airport tetiba dia bangun.. wah wah ingat dah boleh terus naik aeroplane..

Tak semudah itu ye nak, naik aeroplane kena check in passport awal 2 - 3 jam before.. hantar luggage and tunggu gate buka yer.. Ikutkan dalam pukul 6 flight kitorang sekali tengok dekat screen, ambik ko.. delay 4 jam!! Gila!! tau balik sambung tido dulu.. Afeef takpe la, aku pujuk suruh tido kejap dalam stroller je..  Suka dia terus lena.

Mamang saje sewa lightweight stroller ni sebab nak bawak masuk cabin. Faham-faham je la.. jalan menuju ke gate tu boleh tahan jauh dia.. buat nya meragam tak nak jalan, mati hemak nak dukung dia.. Harapkan buggy airport, jangan la letakkan harapan yang tinggi sangat.. Macam biskut chipsmore je tu.. Sejekap ada, sekejap tiada.. Kawan afeef pun sama kan? duduk je stroller tu..

Free meal claim.. Sebab apa ye? Ok, sambung baca lagi please..

Ada cerita sedih disebalik ini, afeef tetiba nangis terjaga maybe terkejut dengan bunyi bising ke apa nak bangun ke duduk aku tak ingat stroller tu terbalik kebelakang, aku tahan tapi macam nak terlepas juga.. slowly terjatuh and kepala dia terkena lantai.. menangis aku sebab tak sangka benda macam tu boleh jadi.. nasib baik la tak kuat.. dan mujur ada kawan yang bertindak pantas menolong.

 Itu salah satu disadvantage lightweight stroller ni kalau budak yang agak besar / berat ada risiko jatuh kebelakang dengan anak ni carefull kena bawak lebih. Sudahnya aku lapik la kepala dia dengan kain tuala tebal takut terjadi lagi.. 

Sambil menunggu 4 jam sambil temankan anak tido.. Lepas subuh terus bergegas nak menuju ke Gate. Amik kau dapat Gate 21, menapak jauh la gamaknya. Sampai depan gate, bangun pulak Afeef dia tengok keluar wahhh nampak dah aeroplane bertambah excite la dia, tak sabar nak naik..

Bukak pintu gate terus tak sabar nak masuk, mujur dah siap-siap lipat stroller terus angkut masuk dalam kabin sambil mengejar Afeef yang dah kedepan tu.. bertuah punya budak.. mujur la pergi ramai orang ada kawan-kawan boleh tengok-tengokkan or tegur kalau anak tak behave.

Sedia lepas boarding.. ada makan! actually sebelum ke gate pun dah breakfast free meal dapat sebab flight delay tu la.. tapi masa tu Afeef tengah sedap tidur.. tak nak bangun, so biar je la dulu.. Siapkan bawak bekal roti or biskut je, takut dia lapar pulak. Tapi masa cepat sangat berlalu tak terasa, tetiba makanan dah di depan mata.

Tengok tu siap mintak extra drink.. Air milo tu, hah jadi la pengganti susu sementara.. Hemak malas sikit nak angkut air panas dan segala alatan nak buat susu.. haha malas... dah besarkan Afeef? Makan pun nak suap sendiri kan?

2 jam je perjalanan Kuala Lumpur to Bandung. Sesampai sana, gerimis dan makin lama hujan.. sob sob.. dah la sebelum tu delay lama, ada aircraft military training pastu hujan plak kesian dekat afeef kot-kot swing mood dia mati aku.. haha, tapi mak-mak je pandai handle anak.. dia ok je berjalan kaki ke bas.. 

Dalam bas, tinggal tukar simkad je. Kitorang ada Travel agent yang akan guide. Better on internet nanti senang la nak contact orang dekat Malaysia tu.. Tukar simkad terus active internet tu, tak payah nak setting-setting bagai.. Simkad dia pun dah siap-siap potong size, nano sim semua boleh. Aku pakai simkad jenis ni je.. cukup la untuk 4 hari dekat Bandung ni tak habis guna pun data tu..

Bas membawa kita ke Rastoran Nasi Padang tapi tak ingat dekat nama tempat.. lopa nak share location haritu.. haha.. 11 pinggan lauk ni untuk makan 4 orang, dasat betulllll selera buaya ke hape..  mujur portion agak kecil, tapi sedap gila... menambah jugak tempe sambal tu..  sayur lemak tu.. lebih kurang makanan dekat Malaysia je..


Kenyang betul la makan.. Alhamdulillah.. mujur ada lauk yang sesuai untuk afeef yang kurang suka makan pedas.. memang terbaik la restoran ni.. zeera bagi empat setengah bintang..

Dekat indonesia ada satu budaya yang aku tak berkenan langsung.. dia akan kejar orang atau tourist beli souvenier, ni sampai naik dalam bas cara jual tu pun dah macam memaksa orang untuk beli.. dont like it sungguh, sangat tak selesa.. Kalau nak beli boleh je tapi pepandai la twar-menawar sikit kadang setengah orang jual murah sangat ada yang mahal.. Kena pandai pilih.

Traffic jam as always.. belum pernah lagi la jalanraya ni lengang Bandung ni dikira bandar yang agak sesak yang ni tak banyak beza pun macam KL cuma kalau kita perhatikan dekat sini semua guna kereta import Honda, Toyota berlambak kalau mampu berkereta mamang dia orang agak berada la tu.. Bersyukur lah dekat tempat sendiri ada kenderaan jenama tempatan. Maju selangkah kedepan dari negara-negara lain. Seronok dapat bawak anak tengok culture tempat orang, nak bagi dia pengalaman baru kalau tak asyik mengadap astro ceria je.. 

Bersambung part 2



3 comments:

  1. seronok la afeef dapat naik aeroplane. hihi. kalau kat sana mmg tak disuka jugak jual and suruh beli secara paksaan ni. tak beli dikepungnya jugakk. alahaii

    ReplyDelete
  2. hehe,makanan padang memang terbaik..

    ReplyDelete
  3. Untungnya dapat ke Bandung.
    Kat sini cuma ada mee bandung dan air sirap bandung aje.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank