Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Monday, September 21, 2015

Strawberry Farm Genting

bukan senang iouls nak berjalan.. kalau tak kerana kursus.. tido kat rumah lagi baik.. hehe.. bukan apa.. kita kuat merayap tapi cuben dok busy kerja.. nak bawa baby boy ni jalan sendiri memang tak la.. kang apa-apa jadi.. tak sanggup pulak nak hadap seorang diri.. hmmm.. oleh kerana wajib attend kursus.. maka reserve bilik siap-siap nak bawa si kecik ni.. oleh sebab ayah Anaqi kerja.. bawa sekali nenek and acu dia.. diorg pun bosan duduk rumah  mengadap dinding.. sesekali nak jugak makan angin... nak tunggu atuk bawa, atuk pun manjang buzy ke kebun.. rezeki atuk order serai, kelapa, pisang banyak pulak.. tak boleh nak tolak.. tu kerja sampingan.. kena tunggu dah pencen nanti agaknya banyak masa nak berjalan..

tak banyak benda menarik kat genting ni sebab outdoor game close at the moment.. diorang nak upgrade agaknya.. so pergi dekat first world hotel, tengok indoor game aje.. yang menarik pun tinggal satu tempat -strawberry farm- tengok gambar je lah.. malas nak cakap banyak..

orang kata dulu free nak masuk sini sekarang berbayar hoii... sekepala RM8 bagi dewasa kanak-kanak RM5 dan-dan tu kita terus cakap baby kena bayar ke? tak dia cakap.. baby free.. kalau dia charge Anaqi as kanak-kanak memang nak kena lempang laju-laju.. 

untuk petik memetik ni pun kena bayar ikut berat hasil.. dia charge RM8 per 100 gram... amik sekilo mau RM80 hengget.. pergh.. boleh tahan.. tapi sedap buah ni.. manis dan agak lembut.. kalau beli yang siap bungkus tu kawan kite kata tak sedap.. masssammm.. patut la murah.. ciss.. 

si kecik ni sibuk nak tolong juga.. seronok betul dia duk petik-petik.. picit-picit buah tu.. habis hancur lunyai jadi jem strawberry dijari.. nak oh nak.. kreatif sangat ye.. dia pelik agaknya.. ape la benda alah ni boleh dipicit-picit berair.. eh, seronok pulak dia buat main.. habis taman orang.. hurmm.. 

mini bus sebagai hiasan
selain dari stramberry farm.. ada juga lavender farm tapi bukan setakat lavender.. segala jenis bungaan dan pokok ada.. i ouulss tak berapa minat sangat bunga ni... amik gambar pun sipi-sipi je.. segala nama dan jenis bunga pun iols tak tau.. mihihi.. 

Anaqi, please dont pick the flower.. nanti mimi gigit tangan dia.. hurm.. tak jugak.. dia tarik je bunga tu sesuka hati.. mujur bukan pokok berduri.. haisss.. minta maaf ye tuan punya ladang.. anak sy memang begini.. dia suka explore benda baru..

sebenarnya, tak semudah yang disangka bila dibawa berjalan si kecik ni.. tanda-tanda anti camera macam appa dia dah nampak sikit-sikit.. hoh.. kena bergusti dulu baru boleh bergambar... tengok dan nilaikan sendiri gambar-gambar anaqi ni.. nak merayap petik-petik bunga je tau.. panat tau mi mi ni nak layan dia ni..lari sana sini..(tapi tak kurus jugak)

"tak nak la... no no no camera please mi mi.. let me go.... i wanna play..."

selain dari mencuci mata.. banyak cafe tersedia dalam Farm ni.. agak-agak lapar bila penat meronda boelh pekena stoberi coklat.. selain itu, kedai cenderahati pun banyak.. means, sangat banyak.. macam-macam barangan dijual.. awak akan lalu disetiap gerai-gerai dan kedai-kedai.. kalau rasa nak beli tu boleh lah singgah... nak jimat duit.. tak payah beli apa-apa.. cukup sekadar cuci mata.. kiki...


Location Address :
No.1, Lot 3707, Jalan Jati 2, 
Bandar Gohtong Jaya, 69000 Genting Highlands, 
Pahang Darul Makmur. Malaysia



Tuesday, September 15, 2015

Pencarian Bloglist 2015

buat julung-julung kali kita nak buat entry ni.. 
setelah sekian lama tak tengok dunia luar & tak tambah kenalan.... 
tak perlu buat entry, mudah sangat... 

first, wajib la follow blog kita dulu:




Kemudian, follow 2 of my social media (clik icon bawah ni tau)




Pada ruangan komen ini, tulis nama & url blog awak

Contoh seperti di bawah :

Nama : zeera lily
Url Blog : http://belogzeera.blogspot.my/ 

nama-nama dalam komen ini nanti yang kita up sebagai bloglist.. tapi (awas, sy check tau samaada awak betul-betul follow ke tidak.. jangan tipu-tipu ye..) salam kenal awak semua.. mohon komen dan berkata-kata yang murni-murni sahaja.. peace.. pada follower bertuah, kita ada nak bagi free gift tau.. so tunggu... boleh ajak kawan yang lain-lain juga..


Thursday, September 10, 2015

Sugarscarf Madness Pulak

tetiba minat dah beralih arah.. biasa la tu hati manusia.. sering berubah-ubah.. maksud kau?? ni fesyen je ok.. mana ada baju or fesyen org nak pakai lama.. klu x benda tu dah buruk mesti dah tak muat.. iye tak? lama-lama jemu juga tengok benda yg sama je.. mana ada benda yg kekal.. ye ke tidak? meraban dah kan? sudah la...

tak sempat nak bergosok si MS MatteFlowers Red Aurora design ni actually ada bunga putih tapi tertutup pula 

Madison Enchanting (Black) Flowers 

ada rupa model tak berbayar ke idak? gaya penggunaan tudung labuh.. ada rupa ustazah tak?



satu-satu nye jenis tudung yg labuh dan boleh digayakan bermacam cara... sesuai untuk apa jua majlis.. pergi kelas agama ke.. dengar ceramah ke.. gaya ke pejabat ke.. kenduri kahwin ke.. konvo ke... melancong ke.. muslimah style boleh pergi jauh.. (Madison Mermaid Green)


Madison Classic Sparking Sand untung kerja uniform putih pakai ngan blazer je.. pakai la tudung apa warna pun boleh.. tak pening nak pikir..


Madison Classic Ashlilac (but the lighting was so bad)

MS Classic Sofia Black.. beza dengan yang lain, Sofia ni Inner jenis kain Satin


****************************************************************************

sebab agak frust sikit pergi #sugarscarfwarehousesale2015 tempoh hari.. ye la warna Madison yg kita da aim tak ada.. means hot colour like mustard, blue cepat sangat sold out.. maka.. borong inner je la.. mujur mak tailor.. dengan muka gedik-gedik cakap kat ibu.. 'ibu, jahitkan shawl ye.. nanti combine skali atas Inner (Innara Classic)  ni' maka jadilah Madison By Zeeralily (mata ke atas).. haha.. yg tu belum siap lagi.. 

hujung tahun ni rasa penuh gaknya berwarna-warni almari dengan koleksi madison... 😓

banyak pilihan yang cantik-cantik.. bila pakai selesa sangat tak panas dan tak pekak..



dipadankan dengan shawl satin.. ermmmm.. best jugak tau - muka tak larat hari-hari ulang alik pergi kerja... nak mintak driver ke mintak penampar ni?

siapa geng meh sepp sikit 👋🏻


special selfie dengan lady boss sugarscarf aka founder of sugarscarf.. sangat humble and nice Eyqa Sulaiman ni.. tak menyesal beli shawls dia.. amat menghargai customer dia.. muaahh.. Inshallah akan stick dengan sugarscarf ni sampai bebila.. rerajin la keluar design baru yang letops tu ye.. 

Tuesday, September 08, 2015

Open House SUK Selangor

nampak tak? dekat nak raya haji baru up entry ni.. makna nya...? 
kalau tak malas, buzy ya.. harap maklum.. kat instagram je rajin sikit..
pergi follow sana kalau nak stalk la.. taknak tak pe..

ini hemak andam yg slalu ajar kan kite makeup.. walaupun hasil tak seberapa.. 
jadi lah dari tak de kan? ok la dari muka pucat nak mati.

paling light sangat makeup sebab nak nampak natural.. 

warna-warna aidilfitri


pose ala-ala magazine keluarga pula.. uniform sedondon kami tahun ini.. memang kelab sediakan baju raya khas untuk sambutan raya tiap-tiap tahun... tahun ni tema songket..
fabric by Jakel (beli + bayar ye... kelab kami yg sponsor.. bukan Jakel sponsor)

setiap gerai makanan diorg sedia sekali photobooth... tp tak larat la nk pose semua tempat.. sebab makanan lg menarik perhatian.. hihi... paling penting pergi open house ini adalah untuk makan pun.. lain-lain sampingan aje..

photobooth benda kedua terpenting selepas makan minum.. auuummm

benda free gunakan sehabis baik.. balik-balik muka yang sama je posing.. mohon jangan marah

sekian entry malas, bubbye!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank