Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Saturday, October 20, 2018

Movie Day Out - Review Munafik 2

Nanti dulu eh, haha.. before sis nak cerita pasal movie Munafik 2, sis intro dulu box office movie Mission Impossible Fallout but dekat Malaysia tak sure la box office ke tak. Best gila sebab full of action and thrill for watching. First and foremost thanks dekat member sebab ajak and recommend this movie kalau tak mereput la dekat rumah takde nak buat apa-apa.


Sinopsis MI ni: Ethan Hunt and his IMF team along with some familiar allies, race against time after a mission gone wrong. Macam-macam berlaku masa dia nak amik 3 ketul plutonium. Sis suka cerita-cerita yang penuh action ni, so tak bosan dan mengantuk la dalam cinema tu.. lagipun, duration movie is about 150 minutes lama tu dengan iklan dekat 3 jam.. 

Main cast movie ni Tom Cruise! as Ethan Hunt the hero, memang semangat sikit la nak tengok.. Ethan and team take on their most impossible mission yet, eradicating the Syndicate an International rogue organization as highly skilled as they are committed to destroying the IMF. Yes, Tom Cruise does his own stunts in Mission Impossible. 


Based on the google review, he might have injured himself doing a Mission: Impossible 6 stunt at the age 55. Member yang ajak sis tengok cerita ni pun cakap macam tu. Leg dia injured. Worth to play the roles. Kesian. But, seriously at this age he still looking good too.. haha.. crush masa iouls budak-budak dulu nih.. tapi takde pun nak follow movie Mission Impossible dari first release sebab under age lagi parents pun tak bagi pegi tengok wayang sendiri.. hahaha..


The stunts Tom Cruise does is simply amazing. Flying a helicopter on his own, jumping out of a plane so high up he needed a special oxygen mask. His bike riding and running, jumping and fighting scenes. So true! he have done the hardest working and most exciting actor he is. 


Don't miss “The finest Mission yet”  Scene paling best adalah masa Ethan bawak helikopter, macam tak percaya seyh... heli tu dia boleh drive sambil race, sambil drift nak kejar musuh sampai satu masa mendebarkan, heli hampir rosak, musnah dan terbakar. Ethan dah nak mati ker???


So korang kena tengok sendiri movie ni.. kalau dah takde dekat cimena, tengok online lah kenapa sampai macam ni dia punya last scere. bergayut dekat tempat tinggi. Boleh-boleh pulak member cakap dia nak buat abseiling dekat tempat macam ni.. baru best! Haha memang lah adventures kan? iouls pun suka.. tapi kalau takde safety harness nak pergi hiking and abseiling macam ni sis pun taknak. Betul-betul dah hilang akal ke apa? Hahaha.. overall boleh bagi 9/10 bukan sebab rating banyak or hero hensem tapi plot action dia tu memang best. 3 jam yang tidak membosankan.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Review Munafik 2


Semalam, hari ke 17 tayangan dah kutip 40 juta dasat kan? hebat filem Syamsul Yusof ni boleh kalahkan cerita Hantu Kak Limah (HKL) 2. Takda la nak review sangat cuma nak share opinion sikit tentang movie seram malayu ni pulak. HKL pun dah tengok haritu, best and kelakar gila.. well sebab ada Awie and Ropie tu buatkan cerita tu best, tetiba Dato Vida pun ada.. haha motif sangat.. ok ni nak cerita pasal Munafik 2.

Synopsis asal : Selepas apa yang berlaku sebelum ini, kehidupan Ustaz Adam (Syamsul Yusof) kembali normal. Dia masih menbantu orang-orang di sekelilingnya terutamanya orang yang masih terganggu oleh syaitan dan jin serta makhluk halus. Tetapi, Ustaz Adam masih dihantui oleh kematian Maria yang tragis. Terdapat juga seorang wanita misteri yang terus menganggu dan mempersoalkan iman dan nasib Adam. 

Sementara itu di kampung kejiranan, Sakinah (Maya Karin) tetap bersama anaknya, Aman. Sakinah juga perlu menjaga ayahnya yang menderita penyakit misteri yang tidak dapat dikesan oleh doktor. Sakinah percaya bahawa apa yang berlaku kepada keluarganya hanya kerana Abuja (Nasir Bilal Khan), seorang 'munafik' yang mahu membangkitkan kepercayaan umat Islam terhadap Allah SWT. Abuja terkenal sebagai kultus utama di kampung mereka. Sakinah kemudian pergi mencari rawatan / nasihat daripada Ustaz Adam. 


Marah dengan Ustaz Adam, Abuja mengganggu perjalanannya untuk memastikan semua penduduk kampung tidak percaya kepada Allah dan Islam, Abuja memulakan kerja kerasnya untuk menggagalkan Ustaz Adam untuk membantu umat Islam daripada pesongan. Adakah Ustaz Adam menjadi kuat dan cukup tegas untuk terus memerangi kerja kotor Abuja? Siapa Sakinah terhadap Abuja? Dan mengapa kematian Maria masih terus menghantui Ustaz Adam? Semua akan dijawab di Munafik 2 yang akan berada di pawagam berhampiran anda bermula 30 Ogos 2018.


Munafik 2 ialah sebuah filem seram Malaysia 2018 arahan Syamsul Yusof dan merupakan kesinambungan daripada filem Munafik yang ditayangkan pada 2016 tapi sis tak pernah tengok lagi munafik 1 so macam ada sikit blur-blur lah.. mujur dah tanye member lain awal-awal cerita dia macam manaa.. So, still boleh faham la jalan cerita dia even ada ganguan makhluk dekat sebelah yang suka menyakat.. ee gigit tau la ^_^

Helo.. sis tade hal la kalau nak tengok cerita seram tengah-tengah malam pun.. haha.. bukan takut pun.. dalam cinema tu full jugak seat.. sampai ada yang mendongak langit tengok bulan dan bintang ke tu bang? haha.. ada juga parents yang bawak anak.. kesian betul nasib la semua behave.. takde dengar pun suara budak nangis.. maybe mak bapak diorang pandai handle bawak keluar masa hantu Maya Karin tengah mengganas part tu je yang nampak sangat menggerikan. 

So far boleh bagi 8/10 sebab tak berapa nak seram sangat sis cuma terkejut sekali dua je.. macam mana la member boleh cerita dia takut nak tengok munafik 2 dan cerita-cerita hantu ni.. diorang laki bini halfway movie boleh nak keluar panggung and balik sebab hantu terkejut-kejut keluar.. lawak betul la diorang ni cerita... opss nama meraka dirahsiakan.. hahahaha..

 Bila sis raise question dekat IG, most of the answer cakap ending tak best maybe sebab tak berapa thrill jugak la.. ada juga yang tertanya-tanya kenapa tak report kepada pihak berwajib? sis pun tertanya-tanya juga Munafik 2 ni berkisar pada tahun bila eh? kenapa dah tengah-tengah ceritu baru de nak sebut polis.. Tapi malas nak fikir-fikir kalau tengok movie ni haha.. tengok je la apa ada... I'm consider to watch action and horror movie compared to love genre type of movie.. takde la nak layan fefeeling movie dekat public kan.. macam tak best je. Tak tahu kenapa tahun ni macam banyak pulak movie yang best-best keluar. After sooo many years tak tengok movie, tahun ni pulun habis. Ni pun ada lagi tiket yang hilang mana entah cicir.. Hahaha..

Most of the time memang tengok dekat Setia City Mall je sebab paling dekat dengan rumah. Kalau pergi malam pun, KALAU la pergi.. tak pun kalau tengok movie sorang-sorang dekat je nak balik.. GSC ni tak tau la apa masalah dia.. dalam hall tak sejuk langsung.. sia-sia je la bawak sweater.. Btw, comel tak outfit of the day kita ittew? >_< 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank