Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Wednesday, August 16, 2017

Open Houses Raya 2017

Salam. Part yang ni, paling malas sekali nak taip.. aci tak kalau korang tengok gambar je.. point dia sama je.. makan, deco, celebrate and happy tummy.. cuma lokasi jer berbeza.. kawan pun berbeza-beza.. ini lah makna meriahnya raya..  tak macam entry tahun lepas, tahun ni gambar makanan hide sikit.. 


Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Selangor famous sebab viral dekat Facebook haritu tempat untuk check Wang tidak Dituntut (WTD) ada yang dapat 4 angka, 5 angka.. haha masyuk.. rezeki betul.. tak semena-mena penuh office ni orang datang beratur nak check kot-kot ada balance duit yang boelh dituntut.. kaya sekejap tu.. Tapi bagi yang belum check tu takpe, sabar dulu.. sebab tahun depan dia nak buat sistem online.. lagi senang.. person authorize nak check WTD ni pun ada berapa orang je.. lambat dan lama sikit la pergi sana kalau ramai orang.. 


gambar kenangan dengan officemate lama



Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Selangor,
Bangunan Affin Bank, Lot Presint 3.4, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

ha, selit sikit seketul ootd raya..

open house rumah kawan merangkap officemates.. huntung la, ada banglo.. syok gila rumah besar.. kalau nak buat makan-makan, kenduri kendara, senang nak berkumpul dengan anak-beranak dan adik-beradik.. hihi..

 

Bahagian Akaun, Perbendaharaan Negeri Selangor


group photo.. tengok lah sendiri officemate yang ramai ni.. meriah betul.. lagi-lagi kalau buat potluck, kenyang sampai ke malam..


Team Raya Perak.. of course la sebab mak i terberanakkan dekat Perak.. hihi.. sebab nak pantangkan kita dekat kampung sebenarnya..


ni team yang masuk air.. dengan team garang.. haha




unit akaun.. of couse divided by unit sebab terlampau ramai umatnya.. formal photo


candid... tapi big boss baju purple je yang terlebih pose.. yang lain macam takde perasaan.. ha ha


marilah bermaaf-maafan sebab selalu termakan, terambil atau termintak lauk dekat diorang masa tengah makan dekat pantry lagi-lagi bila time lapar gila..


open house ft kenduri kawin kawan kita.. tapi abang dia yang kawin sebenarnya... dia jemput suh datang makan-makan sambil sembang dan lepak sampai si baby ni nangis nak tido.. haha.. dulu time bujang kalau lepak rumah member dah tak ingat nak balik rumah sekarang terhapus sudah habit tu..



dari 12 orang tinggal 3 orang je yang sempat jumpa..


Open house Jabatan iouls Perbendaharaan Negeri Selangor.. habis lah kantoi kerja mana.. haha tapi takpe bukan kita sorang je yang kerja situ.. ramai.. dalam Jabatan ni sendiri pun belum tentu semua kenal sesama sendiri..


kalau dalam gambar reramai ni ada gambar ahli keluarga, saudara-mara atau kenalan bagitau lah..


uhkuwah tejalin ikatan berkekalan.. perghh gittew..


jap, opah suruh anyam ketupat dulu.. nasi nak habis dah..


jom balik kampung..



menarik tak? tema untuk raya kali ni? inspired dari deco raya theme fashion valet.. comel kan? tak la nampak terlalu klasik atau serabut..




bola-bola api yang mengeluarkan cahaya..


by the way, iouls jaga booth aiskrim and popcorn untuk sejam..



laku keras kau.. lepas sejam terus licin..


and a very special guess


i love MB Selangor


kawan-kawan dari office lama pun kita jemput khas..







dah tak daya nak taip banyak lagi..




Open house Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Selangor pun meriah! banyak gerai/booth yang take part and each of them ada tema sendiri terdiri dari unit-unit serta pejabat dibawah setiausaha kerajaan negeri.. means banyak la photobooth diorang.. 



bahagian khidmat pengurusan



bahagian audit dalam





pajabat dato setiausaha kerajaan negeri selangor



pintu masuk dewan.. kebanyakan jabatan sambut dekat sini.. termasuk jabatan kita sendiri


open haouse di ruang pejabat menteri besar selangor.. Dato' Azmin dia wakilkan gambar je, sebab dia terlalu sibuk memenuhi undangan majls raya jabatan yang lain-lain... 


dalam sehari kemungkinan ada 2 atau 3 atau 4 pejabat buat open house.. kalau pergi semua, balik memang nak meletop perut.. apa pun, Alhamdulillah dengan rezeki Allah..


tak semua office nak amik gambar.. yang ni pejabat Bendahari Negeri Selangor.. memang selalu sangat berurusan dengan pejabat ni.. lagipun pejabat ni adalah satu Jabatan yang sama.. 


acah flower girl.. kalau uols cakap tak comel nanti kita merajuk setahun taknak update blog..


open house with birthday party... anak besfwen i potong kek.. comel je kek dia buat sendiri tu.. so talented! rasa dia pun sedappp sangat..


satu sekolah.. baju merah dari tadika dan sekolah rendah.. kawan dah lama kau..


kawan pergi event, party, outing, shppong, chatting about our interest, makan and lepak.. mana-mana dia peneman setia.. (baju tudung biru tu.. tetiba terharu dapat kawan macam ni)



makan dan makan.. gemuk sudah..


open house dan majlis tunang sepupu.. yang bertunang tu jenis pemalu nak bergambar.. tudung pun awal betul dah cabut.. ceh.. 


kepenatan semua terbongkang.. haha


last day raya ada lagi satu unit jemput.. ingat dah habis dah.. ni pun sebab akak tudung merah tu member selalu keluar makan dan window shopping.. haha harus lah dia ajak lagi makan.. unit kuarters nama tempat ni..



sekian.. inshallah jumpa lagi raya tahun depan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank