Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Sunday, December 13, 2015

Balloon Carnival Klang Parade

Wooohooo! Join us at the Balloon Carnival located at the main court of Klang Parade! All you need to do is spend RM15 or more in a single receipt then you will be entitled for 1 FREE entrance! or for only enterance it cost RM12 per person.. What are you waiting for? Head over to Klang Parade now!  #klangparade #ballooncarnival







Adab Mandikan Bayi Baru Lahir

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Share kepada semua , biar semua tahu....



Friday, December 11, 2015

Homade banana crepe untuk si manja

sementara public holiday
sementara mereput kat rumah
sementara tak keluar merayap
sementara hari hujan
sementara perut lapar
sementara si kecik ni minta kudap-kudap
sementara ada tepung, pisang, choclate
sementara mood anak baik nak main sendiri

datang mood nak masak.. so buat je la..
step ikut dalam gambar one by one

resipi: search "resipi lempeng"












tadaa....


sedap dimakan panas-panas.. baby? tunggu sejuk sket baru bagi dia ๐Ÿ˜

Saturday, December 05, 2015

Tips diet

salam. tetiba terasa jadi macam expertise on the health and life style. here i just wanna share about dietry tips opsss dont get me wrong bukan entry untuk jadi kurus sebab i ouls sendiri pun tak tau berat diri sndiri berapa.. setiap kali timbang mesti keluar figure yang berlainan.. adakah pembawakkan saka juga mempengaruhi? huh, stress rasa.. nak measure BMI sendiri pun susah ๐Ÿ˜“


iya kengkawan slalu tanya macam mana maintain badan lepas beranak.. tak gem gem pun.. hurmm.. susah nak menjawab sebab sendiri pun tak pasti macam mana jadi macam ni.. faktor keturunan? mungkin juga.. sebab mak pun halus je macam paris hilton cuma tak tinggi je.. faktor breastfeeding? tu pun salah satu faktor juga.. nanti i ouls share kebaikan breastfeeding kat next entry okay.. faktor pemakanan?  juga betul sebab i ouls adalah hantu nasi dan boleh makan berpinggan-pinggan pada siang hari.. cume dalam diet pemakanan i ouls tak suka makanan yg berlemak berkuah santan bermiyak dan yang seangkatan atau related dengan kolestrol.. 

nah sikit gambaran diet yang berkesan.. amalkan selalu inshaallah kurus.. klu tak kurus pun at least BMI boleh jadi ideal.. or masaalah-masaalah kesihatan yg lain tak tercapai 


3 waktu makan bukan 6 waktu seperti yang tersedia dalam kursus-kursus di jabatan kerajaan.. hampeh tol.. ni sebab tak suka pergi kursus selalu.. banyak slot pengisian makanan makan dan makan

kalau tengok breaskfast ni benda WAJIB. pernah dengar dont skip breakfast! dari breakfast ni lah akan ada tenaga yg akan digunakan sepanjang hari.. tak perlu risau kalau amik heavy breakfast sekalipun make sure your whole day tu dah dibanyakkan dengan aktivity untuk burn kalories dan use of energy. dalam islam sendiri menggalakkan kita untuk bangun sahur.. so this is the one of kifiatnya la.. bila bangun sahur automatik rasa bertenaga dan lebih cergas. this how beauty of islam. anything happen for reasons.

for dinner pun sama.. untuk apa penuhkan perut hanya untuk tidur? take meal secukupnya.. kalau terlalu kenyang pun tak bagus..tidur tak perlukan banyak energy.. it turns to fat je.. paling bagus, sebelum tidur minum plain water... 

serba sikit je nak bebel.. selain tu i ouls amalkan chia seed dlm meal.. baca ni (link) kalau nak tau banyak pasal kebaikan dia.. bila usia dah makin bertambah baru datang kesedaran psl health ni... kalau tak dulu duk bantai cool blog ice blend tanpa had dan tanpa rasa guilty..

korang cubalah tips ni..
kalau berkesan bgtw kat kawan lain-lain kalau tak berkesan bagitau kita.. plsss..


Thursday, December 03, 2015

Belum nak closing lagi


baru dapat kesedaran yg bulan november langsung tak post satu entry pun.. sebelum sawang blog ni menebal, baik post seketul entry sket..  maap la.. i ouls baru ditukarkan ke jabatan baru (yahoo... yahoo..) yang lebih aman dan masyuk ๐Ÿ‘€ hahaha.. jadi kena belajar banyak benda baru dulu..

tapi masuk ofis baru.. pc, line telefon printer nan hado lagi.. hatta meja kerusi guna untuk pantry punya.. how sadiss it is.. tapi tak pe mujur kerja tak sebeban datang.. masih boleh bertenang dan berangan pikirkan masa hadapan lagi.. eceehh.. 

nak harapkan blogging kat rumah.. memang tak la.. sebab si little helper sentiasa on duty... baik hemak duduk diam diam layan dia main.. kalau tak semua kerja hemak dia nak tolong.. tu belum ajak keluar berjalan.. ajak nak motor or kereta (vroom.. vromm).. masa dah banyak habis tengok keleteh si kecik ni.. penat tapi seronok.. 

tu belum hal kerja rumah.., kalau tak dibuat maka kekal lah ia begitu hingga kehari kiamat.. teruk betul perumpamaan ni dah kenapa?? 

dengan ini, bila mengadap anak segala mala gadget memang perlu disimpan sentiasa.. masa dengan anak kena jadi anti-social media jap.. make it quality family time.. tak rugi pun.. perghhh kau baru anak sorang da poyo ayat.. ok la sambung tulis entry lain masa.. okay bai



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank