Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Thursday, September 14, 2017

Main masak-masak dengan Heinz

sebagai Penaja Utama


Bertempat di Signature Kitchen
Lot 24, Jalan Teknologi, Taman Sains Selangor 1, 
Kota Damansara, PJU 5, Petaling Jaya, Selangor 47810 Malaysia

Signature Kitchen adalah rangkaian pengubahsuaian dapur terbesar di Malaysia 


Tajaan bersama produk makanan jenama antarabangsa Heinz.. mmm mesti sedap..


Event ini juga adalah sempena meraikan Her World Cookbook 2017. Demo masakan secara Live bersama Chef Yenni Law. Saksikan bagaimana Chef Yenni menyediakan resipi lazat lagi menggiurkan dari buku masakan ini dan dapatkan petua memasak dari beliau.


You’ll also have the chance to taste Chef Yenni’s cooking. You certainly don’t missed out this opportunity!


and cook with Chef Yenny


part ni live on my Instagram je >_<


Bahan makanan dia memang dah siap tersedia lengkap.. nak catch satu-satu tak sempat langsung and by the way, host for today is Azura Zainal (at the very left side)


Sorry lupa pula nak introduce you dari awal and yet no proper photo with Azura, sorry Azira (zeera) caras your job kejap ye...


Mangkuk belah hadapan adalah hasil dari saya. Menarik bukan? Inilah buku masakan yang saya maksudkan itu.. 


Boleh cuba resipi ini.. Rasa dia sangat sedap dan penuh berkhasiat. Demo masak ni cepat je.. masak-masak terus siap.


pose 1 kali


some refreshments


snacking time to fuel the body to keep it running and consistently feeling great


because #eatingismyhobby 



and #eatingismyessentials



Time consuming and its running fast. At the end of this demo cooking 3 menu was completed. Look out at the lobster.. so tempting! 


The recipe on how to cook and the ingredients all in the cook book please get the copy of it from your nearest bookstores and of course its compulsory to cook with Heinz product for more delicious taste.



Enclose with flower popia, its crunchy and soft inside.. filled with egg, tomatoes, anion, leaves and cheese taste like a pizza. Thanks a lot Herworld and Heinz for the freebies!



Saturday, September 02, 2017

Operation Tonsil Afeef

Cerita ni adalah kisah tragis dalam 4 bulan lalu, seumur hidup pengalaman saya dan anak kerana dia harus dibedah dengan kadar segera. Ketika itu, umur Afeef hampir mencecah 3 tahun. Kami sekeluarga dengan tergesa-gesa membawa Afeef ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, dengan keadaan Afeef yang berdengkur kuat dan kesukaran untuk bernafas yang paling mencemaskan, tulang dada Afeef tersembul tinggi. Pegawai perubatan di kaunter bertanya dengan nada cemas, Budak ni ada sakit jantung ke? Kita pun dah redha apa doktor nak buat dan rawat Afeef selepas ni sebab tak tau nak jawab apa dah.. yang terlintas difikiran, budak ni hanya ada tonsil je, tapi kenapa sampai tulang dada membukit? Apa kena mengena dengan dia ni? Doktor on-call di zon merah kecemasan pun tanya benda yang sama, hati tiba-tiba sebak. Tak mampu nak cerita panjang apa yang jadi pada Afeef. 

Doktor buka baju Afeef untuk lihat badannya. Masa tu Afeef tengah tidur, tetiba dia terbatuk kuat, bangun cuba mencuri dan menarik nafas dengan panjang dan terus menangis. Sama. Begitu la keadaan dia ketika tidur dalam dua tiga minggu kebelakangan ini. Tidak lena, mudah terjaga dan menangis. Afeef juga batuk dan selsema. Doktor beri neb adrenaline, batuk berkahak yang sedang dialami sedikit lega tetapi dia terus terjaga dan masih lagi ketakutan dengan keadaan sekeliling zon yang penuh dengan pesakit kritikal. Dia masih terkejut dengan apa di depan mata. Nurse, doktor dan doktor pakar kanak-kanak kelilingi Afeef untuk melihat serta merawatnya. 

Doctor detect 2 symptom masaalah pada Afeef. Stridor dan Apnea

Stridor adalah bunyi dengkuran keras ketika bernafas disebabkan halangan pada salur pernafasan.
(harsh vibrating noise when breathing, caused by obstruction of the windpipe or larynx)

Apnea pula berhenti sementara bernafas, terutamanya semasa tidur.
(apnea is temporary cessation of breathing, especially during sleep)


Keadaan Afeef semasa tidur yang amat menyedihkan.. ruang pernafasan sempit kerana pembengkakkan tonsil mengakibatkan kurangnya oksigen ke otak dan berisiko tinggi jika Stridor dan Apnea semakin teruk. Mulut lebih cenderung terbuka ketika tidur bagi mambantu dan memudahkan diri untuk bernafas. Semasa tidur, lidah dalam keadaan rehat cenderung kebelakang menghampiri tekak. Kesian tengok keadaan Afeef masa ni.. struggle untuk tidur, kadang tak selesa dan susah lena. Kerap kali terjaga dan menangis. Kesannya, kita juga selalu mengantuk dan kurang tidur sebab kerap terjaga kerana anak tidak sihat. Berbalik cerita di Hospital tadi, dalam 3 hingga 4 jam di zon merah, doktor masukkan Afeef ke Pediatric High Dependency Unit (PHDU juga dipanggil ICU bagi kanak-kanak) Afeef dipasang alat bantuan pernafasan dan juga dipantau oleh doktor sepenuhnya.

       

Antara jenis-jenis mask untuk bantuan pernafasan. Cuma jenis FitLife je Afeef tak pernah pakai. Ia mungkin hanya berdasarkan kepada stok peralatan dan keperluannya di hospital ini. Selepas 48 jam pertama di PHDU, berjenis-jenis mask ditukar setiap hari bagi membantu pernafasan Afeef mengikut kesesuaian serta keadaan oksigen dalam badannya. Ia dikawal berpandukan bacaan oksigen pada mesin. Seperti gambar contoh dibawah.


Mujur tak jatuh mesih ni sebab Afeef tarik tube dia. Mimi tau Afeef rimas pakai mask tu.. sabar nak.. mujur dia masih boleh dipujuk. Cakap dia sakit, sikit lagi nanti baik ye sayang, dah tak payah pakai mask ni.Semakin lama, tahap kesihatan menunjukkan bacaan semakin baik, maka atas saranan doktor pakar, pegunaan oksigen dikurangkan dan hanya diguna semasa hanya waktu tidur sahaja.. ketika tidur, lidah dalam keadaan rehat akan lebih cenderung kebelakang dan hampir kepada anak tekak. tonsil yang membengkak menyebabkan saluran nafas semakin sempit, bengkak pada Afeef bukan hanya tetumpu di kawasan tekak malah pangkal hidung juga. Ia lebih menyukarkan untuk bernafas dan mengakibatkan dengkuran yang kuat. 

Ibu mana tak sedih bila tengok keadaan anaknya begini.. bersyukur jika anak sentiasa sihat tubuh badan kerana ada lagi manusia yang diuji lebih hebat. Ada anak kecil yang hidupnya sentiasa bergantung pada oksigen dan perlu membawanya pada setiap masa. Semoga Allah mudahkan urusan mereka. Aaaamin..


Berbalik pada cara rawatan pada Afeef oleh pihak hospital, kes dirujuk kepada pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) dan juga pakar pediatrik. Endoskop adalah cara untuk mengesan punca penyakit serta anggota yang terlibat. Bagi kes tonsil, endoskop hidung digunakan tiub kecik berkamera dia masukkan melalui hidung ini adalah alat perubatan yang terdiri daripada tiub yang nipis, tegar dengan kabel fiberoptik untuk membawa cahaya. Endoskopi kemudiannya disambungkan kepada sumber cahaya dan kamera video untuk memaparkan imej yang diperbesarkan pada skrin. Imej endoskopik ini boleh ditangkap dan direkodkan untuk dokumentasi untuk setiap pesakit.

Menangis. Mungkin kerana rasa yang sangat-sangat tidak selesa dan menyakitkan pada anak kecil. Setelah diteliti, kedua-dua tonsil ditekak akan dibuang dan terdapat satu lagi bengkakkan pada pangkal hidung yang berpunca daripada jangkitan kuman juga akan dibedah. Allahu, keadaan bengkak terletak berhampiran dengan otak dan doktor menerangkan bahawa bengkak tersebut hanya dibuang separuh sahaja dengan menggunakan alatan khas kerana risiko terlalu tinggi. Selepas ini, keadaan Afeef dari segi kesihatan dan kebersihan perlu sentiasa dijaga dengan baik kerana masih ada kemungkinan untuk terjadi jangkitan kuman.


Selama lebih dua minggu keadaan pernafasan Afeef dipantau dan bagi tujuan pembedahan, Afeef perlu bebas dari keadaan demam, batuk atau selsema.. keadaan dia perlu betul-betul sihat ketika pembedahan begi mengelakkan jangkitan yang lebih teruk atau menggangu sistem ketahanan tubuhnyaa. Afeef sangat suka sangat makan makanan hospital.. Nasi dan segala jenis lauk ayam memang makanan kegemaran dia.. kadang sampai bertambah makan.. Part ni, seronok tengok dia gembira dan bersemangat.


Pemeriksaan lanjut, Afeef berjumpa doktor pakar dan ibu juga harus mendengar penjelasan dari doktor juga harus bersedia untuk sebarang kemungkinan. Sebelum dan selepas pembedahan, Afeef perlu sentiasa pakai mask terutamnya untuk keluar atau pergi tandas di luar bilik kerana akan melalui katil kanak-kanak lain yang berpenyakit. Pencegahan dirinya dari sebarang penyakit berjangkit lain..

Sebelum hari pembedahan, Afeef diwajibkan untuk berpuasa.. masa ini kita agak cemas kerana perlu tenangkan anak kecik yang belum faham sepenuhnya prosedur hospital dan pembedahan. Afeef kebiasaannya akan bangun awal dalam masa 6.30-7 pagi, mintak susu sebaik bangun dari tidur tetapi Alhamdulillah, Allah permuhkan urusan semuanya.. Afeef bangun pagi agak lewat sedikit dengan keadaan tenang. Kita ibunya sayu je hati tengok keadaan anak.. peluk dan cium dia semahunya dan mendoakan semoga urusan pembedahan berjalan lancar.


Nurse dan doktor sangat pantas menyiapkan afeef untuk dibawa ke dewan bedah, termasuk guard membantu bagi kelancaran proses. Tiba di dewan bedah afeef hanya ibu dibenarkan menemani anak sehingga bius diberi, kemudian dengan kadar segera hasrus meninggalkan dewan bedah bagi memudahkan doktor menjalankan tugasnya pula. Lebih kurang sejam di dewan bedah, Afeef kemudian dibawa keluar ke ruang berehat.. ibu dipanggil bagi menemani anak. Kelihatan kesan-kesan darah dia hidung dan mulut Afeef. Sayunya hati. Sedih bercampur kasihan. Mimi doakan Afeef sentiasa kuat dan sihat selepas ni ya. Kamudian Afeef dibawa semula ke wad. doktor lihat keadaan Afeef semakin baik dan ibu dinasihati untuk beri anak makan makanan lembut dan keesokkanya makanan pejal bagi membiasakan tekaknya semula agar tiada darah beku terjadi. Sekali sekala Afeef diberi aiskrim dan jus buah sejuk bagi melegakan tekaknya. 2 hari selepas pembedahan Afeef dibenarnya pulang setelah 21 hari dirawat dihospital.



Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada pihak hospital terutamanya doktor-doktor dan doktor pakar yang banyak membantu. Sebahagian nurse yang ringan tulang dan amat baik hati terhadap kanak-kanak. Pesakit kanak-kanak di wad PHDU dan Wad 6 (bagi kanak-kanak) didoakan semoga diberi kesembuhan yang segera serta dipermudahkan segala urusan sekeluarga. Kepada nenek dan atuk Afeef yang banyak sangat membantu menjaga dan menjenguk Afeef selalu, moga Allah membalas semua jasanya... aaminn.. Akhir kata dari Afeef jagalah kesihatan diri masing-masing. Mencegah dan merawat pada peringkat awal sangat bagus sebelum ia melarat.

Raya Qurban 1428H

Merungkap kembali kisah dan pensyariatan Ibadah Qurban pada zaman Nabi

Hari Raya Aidiladha mempunyai makna yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia. Ia juga dikenali sebagai hari raya haji, sempena umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah.

Salah satu keistimewaan Aidiladha ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Menjelang hari mulia ini juga kita sering teringat kepada sejarah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu daripada Allah supaya berbuat demikian. Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail.

Selepas mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar. Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata:"Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti."

Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya: “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah SWT, aku sedia merelakan diriku untuk disembelih". Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih.

Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan: “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya".

Walau apa pun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah SWT terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya: “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku."

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah SWT perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatnya apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah SWT kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat daripada Allah SWT.

Seharusnya peristiwa pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s ini diceritakan berulangkali agar ia tidak dilupakan, terutamanya oleh generasi muda. Berapa ramai agaknya anak muda di zaman ini yang sanggup berkorban merelakan diri disembelih oleh ayah sendiri?

Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anak kandungnya Nabi Ismail, mempamerkan sifat ketakwaan dan ketaatan seorang hamba Allah demi menegakkan agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangan sendiri. Setiap orang Islam sepatutnya memahami dan menghayati makna di sebalik peristiwa tersebut.

Peristiwa tersebut memberi makna yang cukup besar terutamanya dalam kehidupan hari ini di mana kebanyakan manusia semakin sibuk mengejar kemewahan dan kesenangan hidup. Pengorbanan bukanlah suatu perkara yang senang dilakukan, sebaliknya ia adalah sesuatu yang amat sukar.

Ibadat haji itu sendiri merupakan suatu pengorbanan apabila seseorang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk menunaikannya. Pengorbanan di antara sesama manusia contohnya, apabila seorang suami berpenat lelah mencari rezeki dan mendidik keluarganya serta pengorbanan seorang isteri terhadap suami dan anak-anak.

Seorang ibu yang sanggup tidak tidur semalaman kerana menjaga anaknya yang sakit juga telah berkorban. Tidak terkecuali pengorbanan ibu yang terpaksa bangun di tengah malam membancuh susu untuk anaknya. Walaupun nampak kecil, ia sebenarnya bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan jika tidak sanggup berkorban serta mengharapkan keredaan Allah semata-mata.

Dalam aspek kemasyarakatan, individu yang sanggup berkorban bakal mewujudkan suasana yang bahagia, aman dan tenang di dalam sesebuah masyarakat. Sikap tolong menolong, saling bantu membantu akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara satu sama lain.

Sikap bekerjasama dan mengambil berat ini akan dapat mengikis perasaan mementingkan diri sendiri. Seterusnya ia bakal menjadikan umat Islam kuat serta mampu menangkis sebarang anasir yang tidak sihat dari mempengaruhi masyarakat. Namun pengorbanan haruslah ikhlas kerana Allah yakni, bagi mendapat keredaan Allah semata-mata, bukan dengan tujuan bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk. Bertuah rasa mempunyai saudara-mara yang saling membantu dan mengekalkan sikap kerjasama dalam semua aspek.

Sempena Hari Raya Qurban ni, sambut sekali birthday adik ipar sekali.. budak-budak dah tak sabar sangat nak makan kek.. penat main lari sana-sini dekat rumah atok pulak tu.. sampai tak sempat nak hias meja dekat dalam rumah.. pfft.. Terima kasih banyak kepada semua sapupu, makcik, pakcik jiran sebelah rumah yang sudi bantu..

Semoga Allah murahkan rezeki dan diberi keberkatan umur serta bahagia selalu sehingga ke Jannah, Shila.. aamin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank