Tips dropshipper or Online Business
Tips posting :
7.00-10.00am - masa ni biasanya orang mahu pergi kerja . Hari isnin-khamis biasanya trafik laju . Jika jumaat , post pula tentang islamik sahaja . Sebab orang dah excited nak cuti keesokannya. Post sesuatu yg bemanfaat , panjang pun tak apa, motivasi, tips, soft selling atau story telling .
12.30-2.00pm - masa ni orang mahu keluar lunch . Elakkan posting yang panjang . Mereka tak ada masa yg cukup nak baca! Post sesuatu yang ringkas sahaja!
5.30-7.00pm - Orang balik kerja masa ni . Biasanya mereka penat! Post sesuatu yang kelakar , humor atau joke . JANGAN update pasal trafik jem sebab semua org tahu trafik sedang jem sekarang!
9.30-11.45pm - biasanya orang sudah habis solat isyak atau makan malam masa ni . Masa ni la ramai online Ada yg online sambil tengok TV. Ada yg mghadap handphone dan PC. Betul tak ?
Traffic paling laju pada jam 10 malam . Boleh juga post seawal 9:30pm . Masa ni lah masa terbaik nk buat marketing, branding, hard selling atau promosi. Lepas jam 12.00am jangan update apa-apa dah! Masa ni online banking pun dah tutup. Org dha mula masuk tidur .
Ringkas tapi padu! Share jika anda rasa bermanfaat . Ilmu ni tak ramai org nak bagi tahu tau!


Nice sharing :)
ReplyDeletethank you
Deletewow...entri menarik ni...ringkas dan berinfo.......
ReplyDelete=)
Delete