Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Wednesday, June 07, 2017

Jejak Jepun part 1

Its a flyyyy day... Japan here i come! Macam mimpi je.. dah la iouls jenis penakut naik flight and bab makan, jenis berkira.. means susah nak terima makanan yang tak biasa dimakan.. harap semingu ni boleh hilang 4 kilo la. Sebelum subuh lagi dah datang ke airport.. muka tak cukup tido mata rabak nih..


Menyampah tau ke KLIA2 tu.. nak kena menapak ke boarding gate jauh nak mampus. Tak suka!


Ok, pesawat dah ready! by AirAsiaX jer.. Next vacay maybe kita tukar flight lain pulak ye.. kiki


Honestly, this is my first ever abroad flight.. kawan-kawan lain dah merata dunia pergi.. haha.. iouls takut sebenarnya, berada diatas awangan yang tak jejak lantai ni.. Mujur la tak mabuk, pe lagi, makan tido, makan tido je la kerja dia.. most of the time tido la..


Mereka sebenarnya dah siap-siap order makan sekali masa diorang booking seat. Satu je nak komen, Santan punya makan ni semua masin.. diulangi, MASIN.. tak tau ape masalah chef dia.


Peneman dikala bosan.. flight 6 jam tu.. sangat tak senang duduk dengan seat tegak.. boleh slide kebaah ikit.. tapi berapa degree je.. kejung je rasa badan ni.. Btw, iouls tak tau pun pergi naik flight air asia.. ahaha..


Sesampai di airport Kansai International AirportーKIX, kita naik train dari Shuttle Station terus ke Dōtonbori, Osaka.. destinasi pertama untuk dituju..


Pose model diorang kata.. pastu yang si jakun cakap tak percaya aku dah sampai jepun.. eh, hello..


 officemates.. colleagues and boss


Aku cabar uols cari secebis sampah dalam entri ni, jumpa atau tak? haha.. pembersih gila Japanese ni.. train ni agak lama, tapi masik elok, kukuh bersih je.. ha, Malaysian bila pulak nak jadi macam ni?


Sesampai disini, biasanya tourist atau traveler decide la nak pergi mana, guna pass apa.. cari route siap-siap.. yang iouls ni manja semua dah siap disediakan oleh tourist guide. so, follow je.. dah macam lawatan sambil belajar pulak. Pergi memana dah siap bas tersedia.. senang nak pergi makan pastu terus check-in hotel tanpe kelam kabut.


So, bas bawak kita ke Dōtonbori..

Macam-macam ada di sini, umpama pusat santai pelancong tempatan dan luar negara. Nak senang ingat, Dotonbori berada di persisir Sungai Dotonbori yang memang terkenal. Kiri dan kanan boleh lihat bangunan yang mana mempunyai gerai untuk makanan ‘local foods’, kedai serbaneka, cafe, butik pakaian, kedai sushi dan macam-macam lagi. Senang kata, kalau nak shopping, di Dotonbori juga salah satu lokasi menarik untuk anda terokai.


Dekat bawah tu Boat Cruising di Sungai Dotonbori best je tengok diorang naik.. iouls sampi sini pun dah nak senja.. btw, waktu kat jepun ni awal sejam je dari Malaysia tapi, waktu siang dia panjang.. pukul 3 pagi macam tu dah subuh... masak la kalau puasa kat sana.. berejam-rejam baru nak buka.. mujur negara dia sejuk.. bukan panas terik macam Malaysia.. huahaha..


Fakta: Dotonbori adalah salah satu destinasi pelancongan utama di Osaka, Jepun, berjalan di sepanjang terusan Dotonbori dari Dōtonboribashi Bridge untuk Nipponbashi Bridge di daerah Namba. Dari segi sejarah, ia kini merupakan kehidupan malam dan hiburan popular ciri-ciri suasana aneh dan papan tanda diterangi besar. Semalaman di Dotonbori memang tak cukup. Lebih-lebih lagi jika anda seorang kaki shopping. Macam-macam boleh anda terokai di sini. Tambah lagi bila waktu musim yang agak sejuk, memang syok berjalan sekitar Sungai Dotonbori. Memang best shopping kat sini sebab ada banyak pilihan dan barang murah. SK11 pun melambak jual.. adeh..

Bila tiba waktu malam, kawasan ini memang sejuk, memang nyaman sambil menikmati pemandangan menarik di sini. Kadang-kadang sampai terfikir malas nak balik Malaysia, Ha Ha Ha 


motif kita nak makan dulu sebab lapar gila dah..

\
\
\
\

rindunya sushiii


sesampai meja, boleh tanya.. cukup ke ni? amik kau tak habis.. ada certain tak boleh telan sebab rasa herba dia lain maciam jer.. selebihnya.. kalau korang dah biasa kat Malaysia makan makanan Jepun, sama je manu kat sini.. senang je nak telan.


Satu yang terpaling rindu... beras jepun.. sedapp eh.. huhu ni hati dah memberontak ni nak pergi cari kat Aeon.. pargi pasaraya NSK tak jumpa pulak.. hahahaha..


makan je lah,, takyah tengok kiri kanan..


Hotel Agora Osaka Moriguchi is connected to Moriguchishi station, allowing you to travel directly to Osaka and Kyoto without the need to change trains. Located just to the east of Osaka and 5 minutes by train from Kyobashi Terminal.


dah kenapa sabun pun nak pakai yang branded punya? Shiesedo kauu.. first time ni, jakun sikit.


Info; Twin Room Size: 21sq.m. / 225.96sq.ft Rate: 27,000 JPY
White striped covers accentuate the urban modern interior design, and high-quality100% goose down comforters (Duvet-style comforters) support a restful sleep and promise that you will wake up feeling refreshed.





tuala untuk 4 orang.. padahal duk berdua je dalam bilik ni..


serba lengkap


Tak berguna bawa toiletries sendiri.. semua dah tesedia ada.. cehh..

bersambng part 2 ye.. 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank