Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Friday, October 20, 2017

Gua Teluk Gunung & Gua Air Mata Dayang

Day two. Kita masih lagi di Merapoh, Pahang masa ini juga iols baru tau yang Gua Musang tidak lah jauh pun dari sini, dalam 45 minit je.. Buta geografi sungguh.. Ye la, Negeri Kelantan dan Terengganu tak pernah sampai lagi. Pahang ni pun sampai Genting dengan Felda apa entah lupa nama yang pernah pergi. Masih belum ada tujuan nak ke negeri sebelah pantai timur sebenarnya.. hihi..

Nasi lemak ni ya allah sedap betul, bau pun dah selera.. rasanya lagi, masakan kampung yang perfect sangat.. haha.. diorang kata pedas sambal ni.. alamak dah terambil banyak pulak.. tapi licin tau! sebutir nasik pun tak tertinggal.. aduh, rindunya nak makan lagi... 

Masa makan ni tak ingat ape.. padahal aktiviti lepas ni pun nak masuk ke hutan belukar panjat bukit terlupa pulak tandas takde! Nasi lemak dengan milo panas, selalu lepas membedal sambal tak ingat dunia mesti rasa nak memerut, Alhamdulillah kali ni tak. Pandai makcik masak sambal =)

Sambung lagi macam semalam.. naik 4 wheel drive la untuk tempat-tempat macam ni..

Pemandangan sekitar kampung

Sesampai je kena meniti sikit.. kesian Ikin termasuk dalam air.. iols dah seram pulak sebab titi tu kecik.

Haiwan ternakan disekitar kawasan gunung.. mungkin ini kepunyaaan penduduk tempatan sebab ada banyak rumah kampung penduduk kawasan ni..

Tinggi yang amat gunung ni.. naik ke? naik? kena panjat sampai ke atas? magad.. macam mana nak naik ni.. boleh ke? aih, macam-macam soalan dalam hati ni macam lagu Najwa Latip "banyak persoalan yang berada di minda, banyak tanda tanya dan juga kata kerja, otak kata jangan hati pula kata ya" e'eh....

Encik Laili Basir and the team lah yang menjadi pemandu bagi aktiviti lasak ini bermula dari hari pertama kami menjejakkan kaki kesini.. kalau ada yang berminat untuk turut serta, dari masa ke semasa banyak lagi program yang mereka unjurkan.


muka ada senyum

bermula pendakian tahap pertama

Tempat laluan ni sempit gila.. memang perlu dibantu dan patut tahu teknik yang betul untuk mendaki

Cerun yang amat curam.. keadaan berbukit tinggi amat memerlukan semangat, daya tahan dan tumpuan yang tinggi.. jika tersilap langkah pasti akan mendatangkan keburukan. Kali ni, iols pakai kasut lain. selamat.. memang bawa dua kasut takut jadi apa-apa, sebab kasut dah lama kan? cuma tak dapat bantu untuk aktiviti semalam sebab kasut tinggal dalam bilik..

Bila dah sampai antara yang terawal kena bantu kawan-kawan lain pula untuk sampai

di lereng bukit yang curam

ok gerak teruskan perjalanan

panjat punya panjat, sampi juga ke pintu depan gua.. gua ni takde pintu macam dalam cerita Ali Baba penyamun tu, tak payah baca Niat Insong Mata Kaji semar Ngiseng bagai, masuk je sebab pintu lubang dia besar.. By the way, bila dah naik tu pandai-pandai lah nak turun macam mana dekat celah-celah batu ni..

yang lain-lain pun dah sampai.. macam gambar happy family lak

photo group dekat natural frame Gua Teluk Gunung

one more time

kali ni kita mendaki dalam gua batu kapur yang lebih mencabar.. 

permukaan dinding tak sekata dan laluan lebih kecil dan basah

ada yang membantu.. jangan risau

bila semua dah sampai, jalan dalam 3 minit kita boleh lihat keadaan dinding menyerupai pentas orchestra. di depan ni adalah kasawan kosong yang lapang seolah-olah tempat bagi penonton duduk

Gua ni tak sebesar Gua Hari Malaysia.. kecik je.. dalam 10 minit lagi sampai ke penghujung gua..

OK, take 5

Selesai gua yang kedua, kita patah balik dan boleh makan lunch.. ops, tapi tadi masa nak datang kena mendaki gunung.. ni nak balik kena turun pulak dari gunung.. huaa.. seram betul la.. Syukur by tengahari semua dah selamat turun.. lepas tu kita pergi makan. 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sesudah makan, aktiviti kedua adalah caves tubing pula di Gua Air Mata Dayang

Gua Air Mata Dayang terletak kira-kira 50 meter dari jalan Merapoh-Gua Musang, Kelantan dan pengunjung perlu melalui kawasan rumah penduduk serta berjalan melalui kebun buah-buahan untuk sampai ke kaki gua.

Gua Air Mata Dayang pula bergantung sepenuhnya kepada kemahiran mendayung menggunakan tiub. Tak perlu lagi nak merdah, memanjat merakangkak dan lain-lain. Apa pun, kita hanya memerhati dari jauh dan terpaksa skip aktiviti yang ni sebab tengah 'cuti' hurmm.. rugi pulak tak join.. Maybe next time la eh..

Aktiviti 'tubing' atau aktiviti 'water rafting' ini menarik kerana sepanjang perjalanan meredah kegelapan, pengunjung boleh menikmati keunikan bunyi air menitik di dinding gua serta sesekali bunyi kelawar terbang.

Selesai tubing ni, semua balik, mandi dan bersiap untuk BBQ dinner malam nanti dan tak de gamber untuk BBQ sebab iols penat, letih, mendapat dua ketul pacat di kaki untuk 2 hari ini.. haiyoo..



8 comments:

  1. Replies
    1. best.. macam mandi pool.. head to toe basah

      Delete
  2. menarik la aktiviti macam nie. rasa nak join je. :D
    nasi lemak tu pun memang nampak sedap T^T

    ReplyDelete
  3. best nye .. memang suka aktiviti lasak ye? saya ni kurang sikit.tapi kalau jungle tracking time zaman kolej dulu pernah la join haha..merasa la juga panjat bukit turun cerun semua

    ReplyDelete
  4. Wah bestnya. Teringin nk join xtvt gini tp rasa bdn dan obes,nti xlarat nk daki.huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe.. kena selalu buat excersise.. mesti fit nanti

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank