Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Sunday, October 15, 2017

Selamatkan Gua Merapoh


Sebelum iouls nak up story girls day out or girls backpackers ke satu pulau rahsia tempoh hari as per requested oleh budak yang bernama Talib, nak selit sikit cerita pergi caving dulu. Haha, sorry terpaksa peram lama cerita ni, tak done nak update dekat office sebab kerja menimbun dengan tugas tambahan KUP dan tanggung kerja lagi. Sis redho. Saya yang menurut perintah!

Eh, sambung balik cerita tadi program yang kitorang pergi ini dinamakan Wet Water Adventure anjuran Kelab Rekreasi office yang diadakan di Merapoh, Kuala Lipis Pahang Darul Makmur. 4 jam perjalanan dari Shah Alam. First time dalam hidup pergi caving (masuk gua) and panjat-panjat gunung curam tu. Tak sangka betul.

Sebenarnya tayar bas dah bergolek pukul 11.30 malam di dataran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) dan tiba dia Taman Negara pada pukul 4 ke 5 pagi macam tu la.. tak ingat sebab iouls dah krohh..krohh dalam bas (hak hak.. tak senonoh betul)

Sebaik sahaja bas berhenti, mujur la dah terjaga apa lagi. amik beg and barang cepat-cepat lari bertempiaran pergi ke hostel ni semata-mata nak book katil bawah.. ha ha ha.. kalau ikut plan asal, semua tidur dalam khemah je.. tapi disebabkan masa kitorang pergi tu, 17 hingga 18 Ogos adalah musim hujan jadi kita follow plan B.

Best tau naik bas baru... cengkelat semua ni menyorok dalam bas sebab tak nak kena gigit nyamuk pagi dekat dengan tepi semak tu.. ala.. nyamuk hutan je pun takut yang pakai tudung leopard tu macam la tak biasa kena gigit kat rumah tu..

Belakang tu ada 2 biji hostel untuk kaum perempuan, mandi air sejuk suka suka depan mengadap hutan tu macam seram sikit.. tapi iols ok jer.. Itinerary asal tak ikut pun sebab hari pertama terus nak caving dekat Gua Hari Malaysia memandangkan cuaca sangat baik pagi itu. Jika cuaca hujan penganjur akan batalkan secara serta merta kerana keselamatan peserta is their priority they don't compromise on your safety.

Team lelaki. Dua dari kanan, adik Talib bukan nama sebenar. Hobi sampingan suka sangat membaca blog. Satu office tapi lain Unit. tak sabar nak bace entry yang up selalu.. haha.. Aktiviti lasak macam ni perempuan tak ramai nak join. 10 orang perempuan je ada. Sadis betul

After breakfast, mereka bagi briefing, guide. Part yang tak best diorang pesan, masuk hutan nanti takde toilet jadi kena buang siap-siap atau makan tu agak-agak sikit la. tapi kalau dah tak tahan sangat nak memerut nanti pandai-pandai la cari port baik sikit, mintak izin dekat tuan tanah dulu.. ha ha mujur la aku kurang selera dengan mee goreng pagi tu. Kawan satu jabatan, kak mimi, syikin, cik jun, faris, latif, kak tasha, dan yang lain-lain, jemput makan ye..

Kita buat warming up dulu.. by the way, tempat kitorang breakfast ni lah tempat pacat bertandang. siot betul, pandai pacat carik port buat kerja. Aku tak boleh kalau rasa basah or melekit lain macam sikit ni.. nak mengamuk rasa..

I saw Johnny Deep the killer, hoi seram betul korang main parang tu. Buang tebiat ke hape?

Group photo session. Masing-masing baru lepas mandi bersih je.. kita tengok lepas masuk gua nanti macam mana rupa mereka.. hahaha

Berbekalkan air mineral dan dah tapau makanan sikit, moh le kita gerak, jangan buang masa lagi 

selebihnya menghirup udara segar pagi.. yeahhh..

amik helmet jap

teruskan perjalanan menyusuri kampung-kampung.. iols pun duduk kampung jugak.. dah sebati 

Perjalanan dari Taman Negera ke Gua Hari Malaysia mengambil masa dalam 30-45 minit melalui kasawan lapang dan hutan yang telah diteroka. Isk isk, nampak tak lori balak depan tu? Cuba fikir apa yang mereka lakukan? Tanggungjawab kita juga untuk memastikan alam dan hutan dalam keadaan terpelihara dari manusia rukus yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan semata tanpa memikirkan kesan dan manfaat khazanah alam sekitar dimasa kan datang.

-photo from Google-

Gua ini dinamakan semula Gua Hari Malaysia sempena tarikh ia ditemui pada 16 September 2012. Save Merapoh Caves adalah program yang dikendalikan oleh Laili Basir Event Adventure 

Sesampai kita perlu malalui kawasan hutan untuk sampai ke pintu gua.

Tanah dalam keadaan lembap, berlecak dan berselut selepas hujan semalam.

Setelah melintasi kawasan sungai kecil dan termasuk kedalam selut, kasut pinjam ni tercabut dua-dua belah tapak pulak. Damn! macam mana la nak masuk gua ni nanti? Adeh.. buat hal betul la.. memang iouls tak sempat nak buat preparation haritu tak beli langsng kasut baru sebab tak tau batapa extreme nak masuk gua ni.. 

So called wet water adventures. The beginning.

Sesampai di pintu gua.. perghh.. masing-masing membelek kaki seluar badan.. pacat kau! menggedik dekat situ.. nasib la sape yang kena gigit.. iouls dah gigil-gigil nak give up taknak teruskan caving merata-rata pacat tu melompat.. dekat stokin dan kasut pun penuh dia melepak.. adoi.. mampu tahan suara je dari nak menjerit.. malu oi orang tengok..

Semangat pacat ni.. amboi kenyang sangat pacat ni..


Sebelum masuk gua ada penemuan aneh sikit. Tapak kaki tapir katanya.. tapi tak nampak pon ada binatang kat sini.. hehe

Pejam mata je la nak masuk dalam ni.. buat keras dan keringkan hati.. akhirkan masuk jugak ke dalam gua melalui pintu kecik ini.. dalam tu pulak.. sempit dan ada masa kena mengesot dan merangkak..  keadaan lantai ada yang berbatu kasar, kecil, berpasir dan penuh air.. seronok sebenarnya dapat explore benda baru.. gua tu amat gelap dan kitorang hanya dibekalkan lampu kecil pada helmet dan kena berhati-hati bila berjalan. helmet tu bagi melindung kepala dari batu dan dinding yang keras.. ada stalagtit yang panjang kebawah tu kalau kena kepala, boleh bocor..

Ketua pemandu sendiri tidak dapat pastikan apa yang ada dalam gua ini.. mungkinkan ular? atau binatang berberbisa yang lain-lain lagi.. wallahualam.. jaga batas dan kelakuan masing-masing dan berdoalah agar semua dipermudahkan.

Lebih kurang 20 ke 30 minit berjalan, di situlah terletaknya air terjun tahap pertama. Bayangkan betapa indahnya melihat air terjun di dalam gua. Dinding air terjun setinggi empat meter itu dipasang tali untuk membolehkan kami memanjat ke atas. Dua dibawah dan tiga orang lagi diatas untuk bantu naik. Part ni memang fail sebab air tu terlalu deras dan susah nak naik ke atas.

Menarik lagi tentang Gua Hari Malaysia ini adalah dia memunyai 5 buah sungai dan 3 air tejun didalamnya.. amazing! selama ni pernah tengok yang dekat luar negara dalam Internet tapi kali ini.. ada rupanya di Malaysia yang kita tak tau.. Subhanallah.

Kejadian yang tak dapat dilupakan, kasut walaupun telah dibetulkan dan diikat semula degan kuat sebelum masuk ke gua, tetap tertanggal dan tercabut habis tapak. Mujur kasut ada kawan yang sudi kutip untuk dibawa balik nanti. Sepanjang caving terpaksa pakai stokin sahaja! sedih tak dapat digambarkan dengan terpaksa menahan sakit batu lama-kelamaan kita penat sangat. Terima kasih kepada Faris yang tetiba sudi bagi pinjam sandal dia sehingga habis aktiviti caving ini. Segan dan rasa bersalah dia yang kena berstokin pulak.

Tak daya nak ambil gambar banyak-banyak. Beg dah banyak kali kena air, kena simpan elok-elok dan takut rosak kena air atau terhentak pada dinding batu gua. Fokus teruskan perjalanan. At last, team kitorang sampai ke hujung pintu gua lebih awal setengah dari masa yang ditetapkan dan kami antara peserta terawal sampai berbanding team yang pernah samapi sini sebelum ni. Rasa bangga jap, walaupun gua ini baru je diteroka hilang segala kepenat kat dalam tu. Tak habis sampai disini, patah balik semula ke pintu gua... sobs 3 jam lagi nak harung keluar.

Muka kepenatan masing-masing. Patah balik ke pintu kecik gua tu, habis dalam pukul 4 petang macam tu.. masuk kereta sempat lagi tertidur.. penat-penat dan lapar gila singgah pulak pasar.. pergh terbaikkk.. 

Sambil-sambil cari selipar baru, sebab nak pulangkan kasut Faris tapau cendol 2 cawan dah kuih muih untuk alas perut. Sambil beli sikit untuk buah tangan dekat rumah.. petai mur mur lima ringgit je..

Sesampai di tempat menginap, membee tapau buah ni pulak.. pergh dah la tengah musih, sedap pulak tu murah, 10 hengget je sekilo. dekat KL tak dapat harga macam ni.. Selambak diorang beli boeleh makan untuk 2 hari. Makan untuk malam badan kaki semua dah sakit-sakit ada yang tido tak sedarkan diri sampat tak bangun makan.. kesian.. lupa cooling down la tu..

arwah kasut sebangai kenangn Taman Negara =(

Perlu diingat, aktiviti ini adalan bukan aktiviti suka ria perlukan penjagaan dan  guide dari mereka yang sangat berpengalaman. Bagi yang gemarkan aktiviti lasak, aktiviti ini sangat sesuai dengan korang. Cuba la kalau tak percaya.

2 comments:

  1. geli pulak tengok pacat tu. memang kena kuatkan hati la nak masuk gua dalam keadaan macam tu masuk air bagai. seram lak, tapi macam best :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seram sebab berpotensi besar pacat akan merayap ke satu badan.. erkk

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank