Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Sunday, July 15, 2018

Ujian Bertulis Jawatan Kerajaan

Maaf ramai sangat DM / PM dekat all sort of my social media bertanyakan mengenai 'clue' or guidance bagi yang first time nak menduduki ujian bertulis serta interview kerja Kerajaan atau Badan Berkanun seperti UiTM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan lain-lain.. 


Nak masuk dua penggal ujian bertulis ni ada, rasa berdosa pulak bila aku seen, read, buat-buat tak baca dan tak reply langsung pun ada.. macam bagi harapan palsu dekat orang lain padahal niat kita masa tu nak bagitahu kawan blog kita Miss Tina tu.. hihi.. Jadi nak tak nak, sis cari masa sikit la untuk entry ini, tapi tak banyak la yang sis mampu bantu.


Ujian Bertulis: Masuk bab ujian, preparation tu penting sangat ya. Dari segi attire, hendaklah bersesuaian dan formal seperti berbaju Kemeja bagi lelaki dan Baju Kurung bagi wanita. Alat tulis tidak disediakan, so bawa la siap-siap pencil box dan kalkulator. Penting! Selain dari surat panggilan ujian dan Kad Pengenalan. 




Persediaan dari segi ilmu dan pengetahuan, ujian bertulis adalah berdasarkan Perintah-perintah Am Bab A sehingga G di dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Baca nota, buku dan pekeliling sahaja tidak mencukupi sebab perlu faham ayat dan cuba jawab contoh soalan yang ada. Especially those yang graduate dari Universiti atau Kolej yang menggunakan bahasa perantaraan Bahasa Inggeris, perlu untuk mendalami bahasa Melayu. Bukan bermaksud Bahasa Inggeris tak diperlukan di jabatan kerajaan. Penting dan is sebenarnya digunakan apabila bertutur dengan public atau foreigner especially macam Kementerian Pelancongan, Kementerian Luar Negeri ada Malaysian Embassy, Diplomat they are a government servant and liaise in form of English language.

Kalau nak beli boleh cari dekat kedai buku macm MPH, Kinokuniya, Marwillis PKNS Shah Alam kedai buku student Uitm pun ada jugak. Jangan risau kalau takde buku ini sebab dekat online ada salinan buku ini untuk rujukan semua. Klik: http://www.eghrmis.gov.my/Perintah Am Ada 6 tajuk dalam buku ni. Maaf sangat softcopy sis tak ingat simpan mana sebab dah berpindah office haritu, but then lebih baik semak dekat website jika ada sebarang perubahan atau arahan terkini.

Jawapan - B. Jun
Pergerakan Gaji hanya ada pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober perbezaan jarak tiga bulan bermula Januari.


Jawapan - D. Lulus Kursus Induksi 
Lulus Kursus induksi adalah syarat kepada pengesahan jawatan iaitu 3 tahun tempoh percubaan bermula dari tarikh lantikan ke jawatan Tetap. Rujuk Bahagian Viii - Kenaikan Pangkat, Pemangkuan Dan Penanggungan Kerja (Halaman 15 & 16) No 37. (1) Kenaikan pangkat seseorang pegawai adalah berasaskan merit.  (2) Jika seseorang pegawai yang akan dilantik bagi kali pertama memiliki pengalaman yang relevan dengan jawatan yang akan disandangnya, pegawai itu boleh diberikan gaji permulaan yang lebih tinggi berdasarkan satu pergerakan gaji biasa bagi tiap-tiap genap satu tahun pengalaman yang relevan itu. (3) Pengalaman yang dianggap relevan bagi seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional ialah pengalaman yang diperoleh selepas pegawai itu mendapat kelayakan profesional atau akademik sebagaimana yang ditentukan dalam skim perkhidmatan yang berkenaan. (4) Subperaturan (2) dan (3) hendaklah juga terpakai—

Jawapan - D. Jabatan Sukarelawan Malaysia
Jabatan Sukarelawan Malaysia atau dengan panggilan RELA adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri. Info lanjut mengenai jabatan dan agensi lain-lain di bawah Jabatan Perdana Menteri boleh ke laman web http://www.jpm.gov.my (Direktori Agensi)


Interview: Make sure dapatkan info tentang penggunaan dasar / pekeliling / Arahan Pentadbiran daripada laman web official Jabatan dan Skop Kerja yang berkaitan contoh kalau korang nak interview jawatan Penolong Pengusa Penjara takkan la nak observe web www.treasury.gov.my (or Finance) sepatutnya www.prison.gov.my baru related dengan jawatan. Most of the time korang juga kena jadi seorang yang bagus dalam pengetahuan am dan alert juga dengan isu-isu semasa. Paper tu rajin-rajin la baca sebab kebiasaan interviewer akan tanya soalan secara menyeluruh. Bonus kalau dapat ingat nama-nama Pegawai Tertinggi atau Pengarah sesebuah jabatan.. Based on experience sendiri yang dah empat kali interview dekat Putrajaya, soalan tu memang favourite sangat.. Uitm tak pernah lagi.. sebab tak pernah mohon pun.. 


Soalan lazim dalam web ni pun banyak membantu http://www.jpa.gov.my/ Q & A
Kot-kot la one day aku jadi panel interview.. who knows kan? Harap posting ini membantu ye dan selamat maju jaya untuk semua sehingga ke peringkat seterusnya.. tak minta apa-apa cuma doakanlah sis cepat naik pangkat. Hihi..



1 comment:

  1. singgah dan follow Zeera kat sini.. perkongsian yang bermanfaat terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank