Abseiling & Zipline at Sungai Pisang
Kali ni Kelab Rekreasi offfice buat aktiviti Abseiling dan Zipline dekat Sungai Pisang, Gombak. Ianya kawasan hutan dan ada air terjun kecik terletak dekat tepi highway je uols.. tak jauh mana pun.. cuma kena menapak sikit la nak masuk ke dalam tu..

Tadaa.. dapat baju! untuk kali ni, kita bawak kasut sampai 3 pasang 2 lagi extra dalam beg.. satu dah pakai dekat kaki la.. sebab tak nak la menyusahkan orang lain lagi.. last year kan, caving kasut iouls tercabut dua-dua tapak.. last-last dalam gua tu berstokin je.. nasib pakai stokin.. biasa sis pakai kasut memang tak suka pakai stokin.. kalau tak berkaki ayam je la haritu.. masa entry ni kalau ada yang ingat lagi la..
Haha.. even member tu willing nak bagi pinjam kasut dia tapi malu gila la tak tau nak letak muka dekat mana masa tu.. kenangan abadi sangat (mata keatas) lepas ni nak pergi mana-mana memang kena well prepared la..

Hahaha ada penampakkan makhluk rupanya dalam bas tu.. sengal betul la dia nih! Menakutkan orang memang hobi dia ek? Aktiviti outdoor kali ni pun sehari je pergi pagi balik petang. The woman's group semua jenis layan sukan lasak dan berani. E'eeh tetiba bangga sikit dengan diri sendiri.

Ada kaki budak sekolah pulak satu ni.. hahaha.. kasut putih tu kaki iouls laaa.. kuang jaq betul lah mak-mak orang nih.. mentang-mentang sis ni kecik je macam budak-budak.. tapi sis tak sentap pun.. bangga ade lah..

Tengok waterfall ni cantikkan? Tenang je rasa meskipun bunyi air dia deras sangat.. dekat situ lah nanti kitorang semua kena bergayut turun ke bawah.. haha... rasakan gayat ke tak gayat.. ada berani??
Takde hal sebenarnya, seronok gila buat zipline ni.. terasa macam kita boleh terbang, lagi-lagi kalau buat style ala superman.. yang best ko lari laju-laju pastu rasa terapung di udara sampai ke hujung tali, ko melantun-lantun macam bola.. macam naik buaian jugak la.. gila seronok.. kemudian, dari aras tinggi setinggi air terjun tu, kita tarik tali laju turun kebawah.. syok gilaaa! Tolong percaya sis la orang dalam gambar dekat atas tu.. Siap buat peace yaww..
Lagi satu sebab kita dah confident dengan safety harness yang ada. Cuma bila dah turun tu, penat la nak kena naik balik.. kena mandaki ke atas bukit-bukit ni.. tu yang membuatkan iouls buat zipline ni sekali je.. sebab malas nak mendaki balik nanti.. haha.. lepas tu balik rumah teringat-ingat nak buat zipline tu lagi.. menyesal! kenapa la iouls tak buat sampai 8 kali??

Boleh pulak iouls jatuh atas tu.. dekat batu-batu yang ada air sebelah sana tu.. ingat dah beli kasut baru habis grip la tu.. sekali batu-batu basah tu licin.. tapi iouls tak perasan langsung macam mana boleh jatuh.. masa pijak-pijak batu tu tak terasa licin pun.. ni tetiba dah terduduk.. mujur ada member kat depan.. dia pun tolong tarik. So unexpected at all! Bayangkan kalau iouls jatuh menggelongsor ke bawah.. Mohon dijauhkan la dari kejadian yang tak di ingini berlaku.. Kena berhati-hati safety is on your own responsibility.

Ini lah rupa abseiling... dari atas bukit turun ke bawah.. cuba tengok, mencabar sangat kan? dengan akar-akar kayu yang menjalar, licin, keras dan ada yang kena harung air terjun yang deras ke bawah tu.. memang kena kuat semangat. iouls tak pandai sangat nak abseil sepatutnya badan perlu dalam posisi L atau baring, turun ke bawah dengan menolak badan daripada permukaan bukit tu. Sis nervous sangat masa tu.. so silap teknik, habis lebam-lebam lutut.

Habis aktiviti, makan dan solat kita semua balik ke sarang.. hahaha.. Next time nak join lagi, tapi nak lagi extreme katanya.. macam rope swing tu.. lebih kurang la dengan bugee jumping... hahahaha.. iouls kurang bergambar masa ni sebab takde mood. sekian.


Comments
Post a Comment